Memaparkan catatan dengan label Motivasi Suri Bekerjaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi Suri Bekerjaya. Papar semua catatan

Selasa, 7 Februari 2017

“STRUGGLE” demi cabaran akan datang..

 
Topik yang yati nak cuba sampaikan hanya sebagai persedian yang yati sendiri perlu lalui pada masa akan datang..

Pada ketika dan saat ini semuanya harga barang semakin meningkat. Bayangkan nilai duit RM50 hanya sekejap sahaja habis di tangan walaupun cuma berbelanja sedikit..walaupun yati masih belum mempunyai ahli keluarga yang ramai tetapi bahangnya tetap terasa...walaupun kedua-duanya masih bekerja.. Bagi yang bergelar surirumah,sememangnya langkah berjimat cermat sentiasa dititikberatkan.

Kos untuk barang makanan adalah yang paling ketara meningkat. Bagi peniaga yang berasaskan produk makanan memang terasa bebanan ini..bahan-bahan penyedian makanan yang dibeli semuanya sudah meningkat 2xganda daripada biasa. Yati ceritakan ini berdasarkan pengalaman sahabat2 yang terlibat dalam industri pemakanan dan yati juga sekarang mengalami benda yang sama ketika membeli bahan2 untuk membuat kek dan roti.

Jadi, cara yang paling tepat adalah “ Bekerja Dan Berniaga” dan dari sekaranglah kita bertindak untuk melaksanakannya. Bagi yang tiada modal besar mulakan dengan mencuba menjadi dropship kepada produk yang telah popular. Cuba untuk belajar cara pemasarannya secara online. InsyaAllah bila dah start baru kita nampak jalan untuk kembangkan perniagaan.

Yati rasa tak salah jika ingin mencuba..ikut contoh usahawan yang berjaya dan kita asah kemahiran yang ada sehingga kita menjadi mahir. Bila dah kena dengan jiwa, baru boleh fokus kepada produk yang boleh menjana pendapatan sampingan. Sebenarnya yati juga pernah menjual pelbagai produk seperti pakaian, selipar, minyak wangi, biskut raya, aneka puding dan yang terkini roti dan kek..tapi yang betul2 menjadi minat kitaorang berdua adalah produk yang berasaskan makanan.

Nak kata yati dah jadi usahawan berjaya masih jauh lagi..ilmu pun belum cukup mantap nak mengajar cuma yati boleh kongsi pengalaman jer sekiranya anda yang ingin mencuba dan membaca coretan ini sebab kita boleh belajar sesuatu melalui pengalaman. InsyaAllah..buang perasaan malu untuk berniaga.

Yati dalam misi 2017mencari agen diseluruh Malaysia yang ingin menjual Biskut Bangkit Cheese & Santan.

Berminat boleh hubungi yati 012-7482126..InsyaAllah kita sama-sama saling bantu membantu menjana pendapatan yang boleh meningkat ekonomi keluarga kita sendiri.

Terima kasih buat anda yang sudi membaca..InsyaAllah kita sambung entry akan datang..
































Selasa, 9 Ogos 2016

HIJRAH USAHAWAN 2016



06.08.2016. …Tarikh ini Allah izinkan yati menghadiri seminar Hijrah Usahawan terbitan TV Alhijrah untuk sesi rakamannya  di TV9. Ni adalah kali kedua yati dapat hadiri seminar Dr Azizan Osman. Teringat kembali masa pergi Seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pada Mac 2016. Tak sabar nak menuntut ilmu dan yang bestnya dapat pergi dengan En Suami. Akhirya dapat jugak pujuk  si dia pergi bersama-sama lagipun kalau pergi berdua, baru rasa aura positif untuk sama-sama kembangkan perniagaan. InsyaAllah..

Sebenarnya bagi yati, tujuan pergi seminar ini adalah untuk refresh kembali ilmu semasa di IMKK Mac lalu. Bukan apa kadang2 motivasi kita adakalanya turun naik dan tak bersemangat jer nak lakukan tindakan luar biasa. Maka dengan adanya seminar percuma kali ini memang yati tak lepaskan peluang untuk fokus kembali MATLAMAT yang asal dan cuba berusaha untuk tetap konsisten jalankan perniagaan..InsyaAllah semua dengan izinNYA

Petikan daripada seorang mentor
“Dengar ceramah motivasi, baca buku, hadiri seminar sehebat manapun ia takkan sama dengan apa yang kita lalui, Cuma ia bergantung kepada bagaimana kita hadapi situasi itu, dan ilmu yang kita perolehi melalui semianar, buku dan ceramah itu sebagai bekal untuk kita BANGKIT SEMULA…..”



Buku Percuma


Paling bestnya dapat sekali buku percuma Dr  Azizan,tajuk  Bukunya Mudahnya Berniaga: Dari kosong menjadi Jutawan. Kalau beli harganya dekat RM45.90, ini pergi seminar dah dapat dua buku percuma..tu yang seronoknya. Yati kalau bab2 buku motivasi ini memang suka sangat dan memang nak jadikan buku Dr Azizan sebagai simpanan koleksi peribadi. Bila kita down jer boleh capai  buku ini sebagai sumber inspirasi. InsyaAllah , Semoga satu hari nanti yati jugak dapat hasilkan buku sendiri..berangan jer dulu..hihiiiii

Semoga ianya memberi manfaat buat anda..

Rabu, 27 April 2016

POSITIFKAN DIRI DENGAN MENULIS

Setiap hari kita melalui hari-hari yang sentiasa berubah. Adakalanya kita merasai situasi yang sangat  gembira dan adakalanya kita melalui kesedihan dalam kehidupan kita.  Perasaan ini sememangnya silih berganti selagi  kita masih bernyawa di muka bumi ini.
Jadi bagaimana tindakan anda saat melalui proses tersebut?  
Apakah kaedah dan cara yang kita boleh gunakan?
Disini saya ingin  berkongsi dengan anda  kaedah yang boleh kita gunakan adalah dengan MENULIS.
Tafsiran mengenai menulis  pelbagai.  Bagi saya, antara sebab saya suka  menulis adalah untuk menzahirkan apa yang ada di dalam minda saya untuk  diaplikasikan melalui  tulisan  agar dapat menghasilkan teks yang  mudah dibaca dan seterusya dapat  difahami oleh orang lain.
Secara jujurnya  saya sudah memulakan  amalan menulis dalam kehidupan harian tidak kira dari perkara yang sekecil-kecilnya  sampai lah kepada perkara yang besar. Bila kita dah memulakan secara tidak langsung akan muncul idea-idea yang menarik sehingga kita merasakan  seronok dan teruja untuk menulis.  

MENULIS  dalam keadaan sedih dapat membantu kita memendekkan tempoh kesedihan kita. Kenapa saya mengeluarkan fakta tersebut kerana saya sudah buktikan dan amalkan. Mungkin ketika  itu, kita menganggapkan  diri  kita ini kurang bersemangat dan terlalu  banyak perkara negatif  ada dalam diri kita, tapi bila kita menulis secara tidak langsung kita mula berfikir kepada perkara positif. Ini menunjukkan kita bersedia utuk menghadapi  segala cabaran dan bersangka baik dengan Maha Pencipta. Insyaallah,  mungkin ada perkara  yang lebih baik selepas ini sebab ianya RAHSIA Allah.

Jadikan  penulisan yang kita buat ini sebagai terapi dan amalan yang terbaik untuk kekal menulis walaupun  hanya satu nota. Semoga niat saya  menulis ini  dapat  menyampaikan mesej  secara berterusan di masa hadapan . InsyaAllah

Terima kasih buat anda yang sudi meluangkan masa membaca.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Mula daftar dan belajar hari ini
==============================
Di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), kami menawarkan 2 kelas blog:
1) Kelas Asas Blog dan Penulisan
2) Kelas Asas Mula Bisnes Online




Selasa, 24 November 2015

TIP MUDAH UNTUK SURI BEKERJAYA



ANDA PERNAH MENGALAMINYA???


Setiap individu yang bekerja atau  yang bergelar surirumah memang mudah untuk mengalami satu simpton dalam diri iaitu sikap MALAS .Bagi suri-suri  yang bekerja seperti saya, kadang kala waktu di pejabat terasa begitu lambat sekali,rasa macam tak sabar untuk menunggu waktu pulang. Namun begitu, sebagai pekerja yang makan gaji dilarang  sama sekali menunjukkan sikap malas kita kepada orang lain.  Apa kata hari ni saya kongsikan kepada anda tip paling mudah untuk atasi sikap MALAS anda ditempat kerja.

Berikut adalah perkara yang boleh anda lakukan untuk atasi sikap malas:

1.         Amalkan doa .
Doa adalah senjata mukmin seperti mana Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya:
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Ghaafir 40:60)
Allah s.w.t sendiri telah memberikan jaminan bahawa Dia nescaya akan memperkenankan doa hamba-hambanya. Sama ada cepat atau lambat hasilnya itu tidak penting, yang penting kita sebagai hamba melakukan apa yang telah Allah s.w.t sarankan kepada kita.
“Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari kedukaan dan kesusahan, perasaan lemah, malas dan kebakhilan”.

2.         Ingat matlamat atau sasaran anda
Anthony Robbins seorang pakar motivasi terkenal di Amerika telah menulis dalam bukunya, ‘People are not lazy. They simply have impotent goals - that is, goals that do not inspire them.’ Maksudnya, ‘manusia tidak malas. Mereka sekadar memiliki matlamat yang mati – iaitu matlamat yang tidak merangsang diri mereka’.
Persoalannya sekarang bagaimana untuk kita mempunyai matlamat yang merangsang diri?
-Kongsikan matlamat dan impian anda dengan orang lain. Sentiasa ingat IMPIAN BESAR anda.

3.         10 minit keemasan!
Sekiranya anda malas maka cuba katakan pada diri anda bahawa anda bukan mahu belajar satu jam pun, tetapi anda hanya mahu belajar selama 10 minit sahaja. Tetapi syaratnya, dalam masa 10 minit ini anda MESTI berikan yang terbaik. Tumpuan anda mestilah 100%, anda juga perlu baca dan faham sungguh-sungguh dan buat catatan tentang apa yang anda baca. Anda juga perlu firkirkan kembali apa yang telah anda baca dan cuba ceritakan semula pada diri anda apa yang anda faham.

4.         Banyak membaca bahan motivasi
Memperbanyakkan membaca buku-buku motivasi yang mampu mencetuskan pemikiran positif dan merangsang diri untuk berubah menjadi rajin. Setidak-tidaknya bacalah artikel- artikel motivasi yang pendek-pendek yang boleh anda cari dengan mudah dalam internet.
Baca juga kisah-kisah kejayaan orang lain kerana apa yang dibaca itu nanti mampu memberikan inspirasi untuk anda turut berjaya seperti mereka. Malah mungkin melebihi pencapaian mereka dan ini bukanlah sesuatu yang mustahil.


5.         Rehat dan tidur yang cukup
Malas akan terbit apabila badan terasa lemah dan letih. Oleh itu rehat dan tidur yang cukup adalah satu cara yang boleh diambil bagi mengatasi rasa malas.

6.         Riadah
Ada ketikanya anda rasa malas sebab tiadanya aktiviti fizikal yang membolehkan darah dan oksigen berjalan lancar dalam badan. Cubalah libatkan diri dengan pelbagai aktiviti riadah dan anda pasti akan dapati tubuh badan yang segar menjana semangat belajar yang tinggi.

7.         Berkawan dengan orang yang positif
Tingkah laku dan sikap anda banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan anda. Sekiranya anda berkawan dengan mereka yang positif, yang mahu belajar dan sering berbincang tentang tugas yaag diberikan, maka lama-kelamaan sikap positif ini akan mempengaruhi diri anda juga.

8.         Amalkan teknik pernafasan
Ada ketikanya anda rasa malas sebab oksigen yang dibekalkan ke otak berkurangan. Otak memerlukan 25% daripada bekalan oksigen yang dihantar ke badan untuk berfungsi dengan baik. Sebab itulah apabila kita baru sahaja selesai makan makanan yang berat seperti nasi maka diri terasa malas kerana sebahagian besar oksigen digunakan untuk menghadamkan makanan. Satu cara yang boleh dilakukan ialah tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan beberapa kali. Anda serta merta akan terasa lebih segar.



(Dipetik dari buku Motivasi Alihan Pelajar tulisan Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd.)

Semoga ianya bermanfaat kepada diri anda untuk sentiasa bersemangat dan berjaya.


Khamis, 29 Oktober 2015

TIPS SURI BEKERJAYA

Teks: Norhayati Mohd Nooh


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari ini hari Khamis, minggu terakhir bulan oktober. Terasa pantas masa berlalu dan kita akan melangkah masuk bulan yang baru..Hari ni saya perlu bersemangat untuk menyelesaikan kerja yang ditetapkan. Bila dipandang masih banyak lagi dokumen yang bertimbun-timbun masih tidak disentuh lagi.. maka bagi menghilangkan tekanan saya mengambil masa yang sedikit ini dengan menulis catatan blog. InsyaAllah saya berdoa semoga saya mampu menyelesaikannya..

Bagi anda yang masih bekerja..inilah cabaran yang perlu kita hadapi. Pembahagian masa amat perlu diseimbangkan antara Bekerja dan Berniaga.
Saya kongsikan tip kerja pejabat
1. Sampai pejabat, kemas meja yang bersepah. Kertas dan kerja yang bersepah di meja akan serabutkan lagi masalah
2. Cantas semua fikiran negatif. Banyakkan berdoa selalu
3. Listkan semua yang terlintas di minda dan kerja yang perlu diselesaikan.
4. Pilih semua kerja yang hanya melibatkan anda.
5. Delete task yang tak berkenaan
6. Berikan keutamaan kerja yang perlu diselesaikan.
7. Buat satu persatu sampai siap.
8. Lakukan sekarang. Jangan bertangguh.













Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam. InsyaAllah




Isnin, 21 September 2015

ETIKA PENULISAN TERBAIK


Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google

Penggunaan teknologi semakin mendapat liputan yang meluas  dikalangan  generasi muda kini. Informasi dan maklumat mudah diperolehi dengan mengunjungi laman-laman web atau sosial.

Antara contoh yang saya perhatikan adalah jika dahulu kita bergantung kepada surat khabar...hari ini generasi baharu kurang dan tidak lagi membaca surat khabar. Tabiat membaca surat khabar kian dipinggirkan sebaliknya mereka bergantung kepada laporan media sosial. Banyak bahan media elektronik dan digital telah diaplikasikan untuk memudahkan pembacaan.  Kaedah penambahbaikkan penyaluran maklumat telah dipelbagaikan dalam menarik minat membaca.

Namun bagi pendapat saya,bukan semua laporan dalam media sosial itu benar...kadang-kadang ada yang palsu, ada yang fitnah dan ada yang separuh benar. Maka dalam dunia tanpa sempadan inilah (penyebaran maklumat dalam media sosial) yang paling mencabar. Rakyat kita lebih percaya berita yang dikeluarkan media sosial berbanding artikel surat khabar. Maka kita perlu berhati hatilah takut tersebar khabar angin. Hanya anda yang mampu membuat penilaian terhadap artikel tersebut sama ada ianya berunsurkan positif atau negative.

Sebagai seorang penulis yang sangat baru di alam siber, saya cuba belajar untuk memperbaiki penulisan dan menyumbangkan idea yang baik untuk tatapan pembaca.  Saya juga cuba mengelakkan sebarang penulisan yang berunsurkan politik,hukum agama dan penyebaran fitnah. InsyaAllah…..saya mengaharapkan penulisan yang boleh memberi manfaat kepada anda.

Di sini saya ingin kongsikan bersama-sama anda sedikit panduan berkenaan dengan etika penulisan di blog mengikut pandangan Adarain.(Artikel penuh boleh dilihat DISINI).

ETIKA PENULISAN DI BLOG
1)      Dalam penulisan jangan terlalu short form sangat macam SMS. Elakkan menggunakan perkataan short form dan gunakan perkataan penuh bagi memudahkan pembaca lebih memahami.
2)       Gunakan bahasa yang baik
3)      Berkongsilah perkara yang baik. Perkara yang baik di sini bermaksud anda berkongsi petua, pengalaman anda, tip-tip dan banyak lagi yang mungkin berguna untuk rakan-rakan blog.
4)      Jangan copy-paste bulat-bulat entry orang lain melainkan setelah mendapat keizinan tuan empunya entry.
5)      Jangan menulis perkara yang berunsurkan seks begitu juga dengan gambar yang tidak senonoh.
6)      Jika anda menulis berkenaan dengan informasi atau fakta, pastikan dan periksa fakta yang anda kongsikan itu betul dan bukannya tipu.

BEZAnya, kita PERLU tambahkan lagi ilmu seandainya kita mahu menulis blog berinformasi, mempunyai trafik tinggi dan blog yang dapat membantu kita menjana pendapatan. smile emoticon Belajar cara menulis yang betul, InsyaAllah boleh memberi hasil yang kita mahu.
==============================
Di Akademi Bekerja DiRumah (ABDR), kami menawarkan 2 kelas blog:
1) Kelas Asas Blog dan Penulisan
2) Kelas Asas Mula Bisnes Online


Khamis, 17 September 2015

BEKERJA SAMBIL BERIBADAH

Teks: Norhayati Mohd Nooh

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada susah dan senang, lemah dan malas, takut dan kikir serta bebanan hutang dan penindasan orang lain”- Hadith Riwayat Al Bukhary


Bekerja sambil beribadah. Saya kongsikan penulisan ini sebagai motivasi diri yang dapat memberi manfaat kepada anda semua. Bagi anda yang bekerja dengan majikan, bekerja sendiri @ suri rumah anggaplah bahawa setiap tindakan yang kita laksanakan ini sebagai bentuk ibadah untuk mencari keredhaan dan keberkatan. Dalam konteks pandangan Islam, bekerja juga merupakan suatu tugas yang mulia, yang boleh membawa diri seseorang pada posisi terhormat, bernilai, baik di mata Allah SWT mahupun di mata masyarakat walaupun hanya bekerja di rumah sahaja.

Diantara amalan yang membolehkan kita mendapat pahala ialah bermula dengan niat kita menjalankan  tugas. Tanamkan niat dalam diri untuk bekerja dengan betul dan ikhlas semata-mata  kerana Allah bagi memudahkan hasil yang diperolehi mendapat keberkatan serta mencukupi untuk seisi keluarga. Tetapkan kepentingan kerja berdasarkan matlamat yang jelas, realistik dan boleh dicapai. Bagi saya antara bekerja dan berniaga, kedua-duanya adalah sama iaitu keutamaannya adalah nombor satu. Mestilah seiring dengan tindakan.InsyaAllah.

Kerja yang banyak,jangan dijadikan sebagai alasan untuk kita tidak mampu melakukan dan memperbanyakkan amalan kebaikan kepada Allah swt. Ingatlah rezeki ketentuan Allah. Sebagai insan yang lemah ini, amalan zikir jangan ditinggalkan. Bagi anda yang sentiasa sibuk,cuba luangkan sedikit masa untuk menghadiri majlis-majlis ilmu untuk mendengar ceramah agama.
Oleh itu, sambil kita bekerja,ibadat dapat disempurnakan.

Pengurusan masa juga memainkan peranan penting dalam kehidupan. Bila dikenang kembali memori yang lalu, sudah tentu banyak masa digunakan dengan sia-sia. Perkara yang lepas biarlah ia menjadi sejarah, yang penting sekarang kita berubah kearah kebaikan. Rancanglah waktu anda dengan sebaik mungkin. Semoga kerja yang kita laksanakan menjadi ibadat dan pahala  untuk bekalan di akhirat. Sama-sama kita lakukan perubahan yang terbaik untuk diri sendiri.


#muhasabahdiri

Selasa, 15 September 2015

MAJALAH PILIHAN NO 1

MAJALAH MINGGUAN WANITA
Majalah Mingguan Wanita adalah majalah pilihan saya berbanding majalah lain di pasaran. Saya adalah peminat tegar majalah ini, setiap keluaran mesti ditunggu-tunggu kerana  ianya menampilkan informasi  yang menarik tentang kejayaan wanita. Saya tertarik untuk menjadikan  majalah ini sebagai topik penulisan saya. Berkongsi pengalaman dan minat membaca dengan anda tentang keunikkan majalah ini.Mungkin anda juga pernah membacanya.

Saya sudah mengenali majalah ini sejak zaman muda lagi dan sehingga kini saya sudah mempunyai hampir 200 buah naskah majalah. Saya suka menyimpan majalah ini sebagai koleksi peribadi dan sentiasa mengulangi pembacaan pada setiap masa. Harganya cukup berbaloi dengan isi kandungannya. Saya masih ingat lagi harga sebuah majalah ini dahulu baru RM3.30 meningkat naik sedikit sehingga sekarang menjadi RM4.00 senaskah. Kulit majalah ini telah diupgarde lebih keras berbanding dahulu. Saya ingat lagi jika majalah ini koyak saya sanggup untuk menampalkan balik helaian tersebut. Sampai sekarang ia masih tersusun rapi di satu sudut ruang rumah saya sebagai terapi diri.

Bagi saya tidak rugi saya mengagihkan sedikit  wang  semata-mata untuk membeli majalah ini. Majalah ini banyak memaparkan pelbagai informasi terutama mengenai wanita dari segi pendidikan keibubapaan, kisah ibu tunggal yang berjaya, pengurusan kewangan, penjagaan diri dan kesihatan. Melalui pembacaan ini saya dapat mengembangkan ilmu pengetahuan dan meluaskan minda bagi menghadapi cabaran mendatang.  

Baru-baru ini perkongsian ilmu dan panduan daripada pengasas Akedemi Bekerja Dari Rumah(ABDR) iaitu Pn Mas ayu Ahmad menarik minat saya mendapatkan keluaran tersebut setiap minggu, Alangkah ruginya jika saya tertinggal topik  yang dibincangkan. Banyak tip-tip yang berguna untuk kita berniaga secara online. Beliau banyak menghuraikan langkah demi langkah bisnes online dan panduan bekerja dirumah.  Penulisannya sangat membantu anda mendapatkan maklumat mengenai ABDR. InsyaAllah  saya cuba aplikasikan dalam kehidupan saya.

Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membawa  manfaat untuk anda. Jadikan membaca itu sebagai hobi dan minat anda untuk sentiasa mencari ilmu. Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut ABDR boleh klik DISINI

“ Orang yang suka membaca cenderung, TERUS MEMBACA dan sentiasa  MENCARI BUKU BARU"

Antara koleksi peribadi majalah Mingguan Wanita


Rabu, 2 September 2015

FOKUS, FOKUS DAN FOKUS LAGI..

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google


FOLLOW ONE COURSE UNTIL SUCCESSFUL(FOKUS)

















Jangan cepat berubah hati. Situasi ini selalu terjadi kepada kita semua sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila perniagaan kita agak lembab dan tidak berhasil. Selalunya ini berlaku pada peringkat awal perniagaan.

Jadi bagi mereka yang tidak tahan sabar, saat ini dirasakan gagal. Lalu, mereka membuat keputusan, ‘Sebelum gagal lebih lagi, baiklah mereka menukarkan kepada perniagaan lain!’

Jangan bimbang, bukan anda saja yang merasainya begitu. Ramai usahawan yang baru-baru terlibat di dalam perniagaan akan berpendapat sedemikian.

Sebenarnya, ini terjadi kerana kurang keyakinan dan tidak fokus. Anda hanya perlu fokus dan teruskan usaha anda. Usaha dengan lebih gigih lagi dan fokus pada satu perniagaan dulu sehingga berjaya. Jangan cepat-cepat menukar perniagaan lain.

Fokus kepada perniagaan kita sekarang dan sentiasa katakan kepada diri sendiri bahawa perniagaan yang kita sedang usahakan sekarang adalah yang terbaik.

Fokus kepada perniagaan yang kita usahakan sehingga benar-benar matang dan stabil sebelum membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan lain. Jangan jadi seperti pepatah Melayu, “yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran“.

Semoga anda semua mendapat semangat untuk membuat pembaharuan. Yakinlah  setiap tindakan  yang dilakukan mampu melakar kejayaan di dunia dan akhirat



Rabu, 26 Ogos 2015

PENCETUS SEMANGAT ANDA

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google


Hidup perlu bersemangat.  Dalam setiap hari yang anda lalui haruslah ada perasaan ini kerana tanpanya, akan layu dan suramlah kehidupan. Bagaimana mahu memperolehinya? Mudah saja sebenarnya. Hanya melalui pembacaan, anda mampu mencetuskan semangat dan inspirasi dalam diri.

Mengapa perlu membaca??

Melalui pembacaan kita akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Budaya membaca telah lama dipupuk sejak anak-anak kecil lagi kerana ada pepatah menyebut “Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya”.  Pada masa kini  pelbagai bahan bacaan mudah diperolehi yang mana boleh menggalakkan untuk anda membaca dan mendapatkan ilmu.

Berbalik kepada topik diatas, saya sebenarnya suka membaca tak kiralah majalah ,buku ilmiah atau artikel suratkhabar. Bagi saya membaca membawa ketenangan jiwa dan boleh boleh memberi  aura positif dalam diri. Umpamanya sewaktu saya berasa  sangat sedih, putus asa dan tiada keyakinan utuk melakukan tugasan.  Bukulah yang menjadi teman untuk membantu menaikkan semangat kepada saya. Melalui pembacaan saya dapat sumber kekuatan dalaman dan inspirasi.
 Antara buku yang boleh dikongsikan dengan anda:
 


















Dalam buku ini, ada 21 formula yang boleh anda gunakan untuk menjadikan hati lebih tenteram sekaligus kejayaan & keberkatan hidup mudah mendampingi.

Formula seperti :

 >>   The power of SEDEKAH. Bagaimana sedekah menjadi teknik terbaik menjemput rezeki & mengelakkan punca duit selalu 'bocor' & cepat kering.

 >>   The power of SUJUD. Bagaimana apabila anda kerap sujud kepada Tuhan, Dia akan pastikan segala yang kita inginkan mudah 'sujud' kepada kita.

 >>   The power of SERVICING OTHERS. Bagaimana sikap suka membantu orang lain mampu mendatangkan kebahagiaan hidup yang lebih bermakna, lebih besar ertinya dari memiliki 10 'Ferrari'.

 >>   The power of SUNNAH. Bagaimana sunnah Rasul membantu anda mencapai kejayaan bukan setakat di akhirat tetapi di dunia lagi. 
Pembaca juga boleh meziarahi blog ini


Semoga anda yang menziarahi blog saya mendapat hidayah dan dipermudahkan dalam segala  urusan. InsyaAllah..

Isnin, 24 Ogos 2015

PAKSA DIRI UNTUK BERUBAH..

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google
                                                                                               

Pemilihan tajuk ini sebagai motivasi kepada diri saya untuk berubah kearah kebaikan kerana saya sedar saya tidaklah sempurna. Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dalam kehidupan yang kita lalui. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengubah diri kita sekiranya kita sendiri tidak berusaha. Jika terdetik disanubari anda untuk berubah. Teruskanlah. Jangan jadikan faktor sekeliling membuat niat anda terhenti.Justeru itu, yakin dan cuba kita memaksa diri untuk berubah demi perubahan kearah lebih cemerlang.

Mengikut pandangan saya, ianya melibatkan faktor dalaman seseorang yang ada potensi untuk maju dan berjaya namun ia belum berupaya mengembangkan disebabkan terdapat halangan dalam hidup disamping menghadapai masalah yang kompleks.

InsyaAllah, mari kita sama-sama mencuba untuk melakukan TINDAKAN  LUAR BIASA bermula hari ini dengan:-

v  Mempelajari Kemahiran baru
v  Kuasai bidang yang disukai
v  Sentiasa memaksa diri untuk berfikiran positif
v  Bergaul dengan lingkungan orang berjaya
v  Berani menampilkan potensi diri
v  Sentiasa konsisten@ istiqamah dalam tindakan

Perumpamaan Inggeris ada menyebut  “ IF WE DO WHAT WE LOVE, THEN MONEY WILL FOLLOW YOU”, maka kita cuba usahakan apa yang kita minat.

Semoga saya saya dapat memberi semangat yang positif kepada anda.InsyaAllah kita sambung entri seterusnya.


Jumaat, 21 Ogos 2015

BUKU ILMIAH

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google


Salam Juma’at, Penghulu segala hari. Saya doakan anda yang menziarahi blog saya mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah. Hari ini saya ingin memberi ulasan tentang buku Bekerja & Berniaga Panduan Kejayaan Untuk Suri. Buku ini merupakan salah satu buku motivasi bisnes yang "MUST HAVE & MUST READ" bagi mereka yang sedang mencari-cari bagaimana untuk bermula dalam bisnes.

 Melaui pembacaan yang saya perolehi, dapat saya simpulkan bahawa perkara yang penting sebelum memulakan sesuatu perniagaan ini adalah NIAT sebenarnya apa yang kita hendak capai. Perkara ini adalah langkah permulaan sebelum kita melalui proses berikutnya. MATLAMAT yang jelas @ realistik perlu dihuraikan dengan terperinci bagi memudahkan TINDAKAN yang mantap dapat dilaksanakan. Antara daripada kesan disetiap penulisannya ialah kita perlu memerlukan sesuatu dalam keadaan selesa dan bukan tersedak, perlu berhijrah daripada zon selesa.

Saya suka dengan gaya penulisan yang cuba disampaikan kepada setiap pembacanya dengan bahasa yag mudah difahami, ringkas dan ilmu yang padat berdasarkan perkongsian maklumat serta pangalaman yang telah penulis laluinya.

Alhamdulillah!! Terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan. Semoga Puan Azura Abdullah terus maju dan hasilkan lebih banyak buku berbentuk motivasi begini.

Semoga perancangan yang  kita laksanakan mendapat RAHMAT dan LINDUNGAN daripada Allah S.W.T. InsyaAllah..Semoga dipermudahkan segalanya dengan izinNYA.