Memaparkan catatan dengan label Catatan Pegalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatan Pegalaman. Papar semua catatan

Khamis, 2 Februari 2017

TEROKAI BIDANG BARU





Keterujaan bila dapat buat kek...

Rasanya ini adalah pengalaman pertama  yati buat kek yang pelbagai dalam satu masa..tak delah pandai sangat tapi rasanya boleh tahan..

Buat kek ini sebenarnya perlu ketelitian dan kesabaran yang tinggi,kena ikut langkah demi langkah..itu yang seronoknya bila dapat tengok hasil kek buatan sendiri terjadi..yati betul2 respek kepada mereka yang sememangnya menjadikan bidang bakeri sebagai sumber pendapatan. 

Alhamdullilah sejak pergi  belajar membuat kek, dapat jugak terima tempahan dari kawan2 yang ingin merasainya..bolehlah menjana pendapatan sampingan dengan berniaga..

InsyaAllah, yati dalam perancangan mencari vendor yang berdekatan untuk membantu pasarkan jualan kek.. 

Boleh hubungi yati @ Whatapps di 012-7482126 sekiranya ingin membuat tempahan kek dan roti

*Kek Chocalate Moist
*Kek Carrot & Walnut
*Kek Yogurt Prune
*Kek Caramel Almond Butter Moist
*Kek Pecan Butterscoth
* Brownies











Isnin, 31 Oktober 2016

KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN - Pengalaman dan Manfaatnya



Alhamdullilah....  Semoga hari-hari yang kita lalui mendapat limpahan kasih sayang dan rahmat daripada Allah. Jangan lupa kita sebagai hambanya mestilah sentiasa memanjatkan kesyukuran diatas nikmat yang dikurniakan. Bagi yang masih muda jangan jemu atau berhenti untuk mencari dan menuntut ilmu selagi kita bernyawa. Ingatlah ilmu yang kita ada ini hanya sedikit sahaja.

Kali ini yati nak kongsikan pengalaman semasa yati pergi Kursus Latihan Pengendalian
Makanan di Ampangan, Seremban. Mesti anda pernah terdengar kenapa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibawah selian Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan amat mewajibkan setiap pengusaha dan peniaga yang melibatkan industi makanan untuk menghadiri Kursus  Latihan Pengendali Makanan.

Yati pernah juga mengetahui semasa nak dapatkan permit Bazar Ramadhan perlu ada sijil ini untuk medapatkan permohonan tapak, tapi  kami tak berpeluang untuk menghadiri kursus tersebut untuk mendapatkan sijil.  Akhirnya terpaksalah kongsi dengan kawan bagi mendapatkan tapak perniagaan bazar. Seelok-eloknya kita bermula dari awal lagi jika kita betul2 nak serius untuk melibatkan diri dalam bidang industri makanan tak kiralah kecil ataupun besar. Mungkin yati sedikit terlewat untuk menghadiri kursus tersebut sebelum ini kerana tiada pendedahan di peringkat awal. Namun, perkara ini yang amat dititikberatkan untuk kita sebelum kita memulakan perniagaan makanan.

Bagi yang berminat menghadiri kursus latihan ini kita hanya perlu meluangkan masa hanya 3 jam sahaja. Antara nak atau tidak sahaja kita pujuk diri sendiri nak menghadirinya. Mungkin kita berasa bosan lama sangat tapi sebenarnya bergantung kepada kesesuaian penyampaian  tenaga pengajar tersebut.  Bagi yati sekejap jer masa berlalu sebab banyak input yang diberi penekanan. Biasanya tenaga pengajar akan menekankan aspek tahap kebersihan,  keselamatan dalam pengendalian makanan yang kita selalu buat serta faktor-faktor kritikal yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Mungkin ada sesetengah peniaga yang mengambil langkah mudah terhadap proses penyediaan makanan tanpa mengikut standart yang ditetapkan. Walaupun yati hanya menjalankan dirumah sendiri sahaja (Buat Roti) & tiada siapa yang nampak kita buat, tapi tidak bermakna kita mengabaikan tahap-tahap kebersihan. Itu yang yati betul-betul serius.. Sebagai contoh, pemakaian penutup kepala perlu di gunapakai , penggunaan tuala & apron serta peralatan yang bersih dan memastikan persekitaran ruang kerja yang kemas. Semua itu adalah perkara asas sahaja banyak lagi yang kita perlu perbetulkan lagi.

Selepas itu barulah kita boleh mengambil vaksin suntikan Anti-Typhoid untuk mengelakkan sebarang penularan penyakit deman kepialu & penyakit berjangkit. Suntikan ini boleh didapati di Kilnik Kerajaan mahupun Klinik  Swasta pada kadar harga RM60-RM80. Dua perkara ini yang kita perlu diberi perhatian selagi kita terlibat dalam penyediaan makanan untuk aktiviti perniagaan.

Apa yang yati cuba sampaikan ialah langkah dan cara yang mudah untuk kita terlibat langsung dalam industri makanan. Mana tau anda mempuyai kepakaran tertentu anda boleh menjadikan satu peluang perniagaan untuk dikembangkan. InsyaAllah, apa yang kita buat semuanya dengan izinNYA..Semoga anda yang membaca perkongsian dibukakan pintu rezekii seluas-luasnya..Aamin



Selasa, 11 Oktober 2016

YANZ BAKERY......MAMPUKAH BERKEMBANG?????



Salam Maal Hijrah buat semua pembaca blog yang dikasihi. Yati sentiasa doakan semoga tahun baru Hijrah membawa seribu perubahan yang baik dalam kehidupan kita. Semoga diri ini diberi kekuatan oleh ALLAH untuk sentiasa mencari amalan yang baik di dunia & akhirat..Aaminn

Topik kali ini yati nak bagitau bahawa yati dah start “MENJUAL ROTI”

Jgn tak percaya yati dah start menjual roti bun di office..

Jual murah-murah je.Testing market..kalo tak cuba mana nak tau potensinya..hehe

Projek meroti yati dah berlalu sebulan yang lepas..Alhamdullilah peluang berbisnes secara kecil-kecilan ini dah mula nampak perkembangan sedikit demi sedikit..yati dah mula letakkan roti bun di office yati & En suami..orang kata kita mula dengan memperkenalkan produk kita sendiri disekeliling  dahulu baru boleh pasarkan secara meluas.

Semakin hari semakin seronok pulak bila dah mula projek meroti. Dari setengah kilo tepung dah boleh capai tiga kilo dalam jangka masa tertentu..boleh tahan jugak nak menunggu menyiapkannya..Dari pengalaman yang tak seberapa nie, susah jugak sebenarnya…tapi bila fikir2 mana ada keja yamg mudah..

“ nak buat sesuatu yang baik @ positif kena didik diri…Ada masa kena paksa juga, supaya dalam keterpaksaan itu..InsyaAllah akan mejadi biasa & dipermudahkan……..”

Kata2 ini  yati pegang dan cuba buat sampai  jadi..bermula dari susah dulu..InsyaAllah lepas ni kami ada perancangan untuk mengambil tempahan. Rasanya tak rugi  pun ilmu yang dipelajari..

Cara ini adalah langkah permulaan untuk yati mempraktikkan ilmu yang yati belajar..tak guna jika kita belajar tapi tak dibuat atau diamalkan. Biar kecil asalkan berhasil..itu yang lebih penting. Dengan cara ini kita boleh menjana pendapatan..

InsyaAllah yati akan kongsikan di coretan lagi akan datang..semoga ianya bermanfaat buat anda.


Isnin, 26 September 2016

ROTI OH ROTI..


Mood meroti sudah bermula…

Kenapa roti menjadi pilihan yati??..sebab semua orang suka makan roti, lagi2 yang ada BRAND terkenal seperti Gardenia, Massimo, Mighty White, High dan lain2 jenama lagi. Antara sebab utamanya adalah struktur roti yang lembut dan gebu.

Buat masa sekarang masa yang terluang yati dan suami banyak dihabiskan dengan membuat roti sahaja..kadang  terasa cepatnya masa berlalu. Membuat roti sememangnya satu proses yang mengambil masa  panjang. Kita kenalah bersabar untuk menunggu pengembangan doh, membakar dan membungkus sehinggalah ianya selesai. Pernah juga kitaorang buat dari tengah hari sampailah ke tengah malam..

Mesti korang tertanya2 kenapa lamaya baru siap??? Sebab sebenarnya yati dah mula bisnes kecil-kecilan membuat roti dan alhamdulillah kauntiti setiap hari dah nampak peningkatan..lagipun kami masih  menggunakan OVEN yang kecil.. bermula dengan apa yang ada dahulu,lepas ni bolehlah fikir kaedah yang lebih baik.

Entri kali ni yati nak kongsi pengalaman buat Roti.

Firstly, dari segi nak menguli doh Roti. Masa mula2 En suami yang buat dulu, kesian jugak tengok sampai keluarlah peluh jantannya..yati tukang lap peluh jer..hehe..Mana taknya kena betul2 ambik masa menguli sekurang2nya satu jam sehingga doh betul2 elastic..kalau tidak keraslah jadinya roti tu, kalau untuk bisnes yati dah kena stanby mixer untuk memudahkan pembuatannya..kena berani buat pelaburan sikit untuk membeli mixer..harap2 ia boleh dijadikan asset untuk jangka masa yang panjang.

Sepanjang buat roti banyak kali jugak tak jadi, Orang kata buat eksperimen & adjust kembali doh yang dibuat. Nak sempurna bukan boleh buat sekali terus jadi,kena jugak berulang2 kali buat.. pernah terhangit, roti menjadi keras,kdg2 tak masak sangat, doh tak mengembang dan kurang kelembutannya..kalau tak jadi, satu rumah dapat makan free roti..Bila dah jemu makan roti, yati cuba jugak hidangan lain seperti Pizza & Roti Arab. Seronok sebenarnya bagi orang makan..

Cara ini adalah kaedah yang yati boleh guna untuk mendapatkan duit sampingan.  Sambil kita Bekerja kita boleh “BERBISNES”..Ini bukan disebabkan yati terdesak sangat nak cari duit sampai kena berniaga tapi ini adalah lebih kepada minat yang kitaorang suka buat..daripada tak buat apa, baik cari aktiviti bersama dengan En. Suami dengan membuat roti bersama2..yang penting kita mendapat sokongan daripada ahli keluarga yang lain.Yati bersyukur sangat2 kerana dapat suami yang sangat rajin membantu dalam penyedian roti kadang2 yati rasa En.suami lagi teliti dan terlebih rajin berbanding yati.

Semoga usaha kecil kami mendatangkan hasil kejayaan dimasa hadapan.

Terima kasih kerana sudi baca perkongsian yati.

STICKER ROTI PILIHAN YATI






Isnin, 29 Ogos 2016

KEPUASAN BILA DAPAT BELAJAR BENDA BARU



Belajar buat benda yang kita kadang tak tahu LANGSUNG memang sesuatu yang sangat best dan menyeronok…

Sebelum ini yati teringin sangat nak cuba belajar kelas tutorial untuk berbaking dan  Alhamdulillah berpeluang untuk join kelas berbaking memang satu pengalaman yang sangat berharga..yati memilih untuk belajar membuat Roti dan Pizza dahulu  kerana proses pembuatannya  adalah mudah sekiranya menggunakan teknik yang betul…

Mula-mula risau jugak first time yati  nak pergi, tapi alhamdullilah lama-lama rasa bimbang hilang diganti dengan rasa teruja untuk mencuba sesuatu. Tak sangka dapat buat Roti dan Pizza hasil tunjuk ajar  daripada akak Azlina..( Hana Bakery Trading). Teknik dan cara penyampaian kak Azlina mengajar memang terbaik. Mudah mesra membuatkan yati selesa sangat walaupun baru kali pertama berjumpa. Buat anda yang berdekatan di Bandar Seri Putra boleh cuba menghadiri kelas tersebut. Bagi yang berminat kelas membuat Kek , Cream puff & Tart dan Aneka Talam juga disediakan. Sebenarnya tak rugi pun kita laburkan sedikit masa dan duit untuk ilmu yang baru.

Akhir sekali…lepas ni bolehlah yati bermula proses untuk membakar Roti dan pizza dan jugak perniagaan kecil-kecilan yati bagi membuat jualan. InsyaAllah,  berniaga ni yang penting bermula dengan apa yang ada dahulu..TINDAKAN yang utama pada diri kita sendiri antara mampu atau tidak..

 Petua nak Berjaya…”Belajar, Belajar dan Belajar sampai jadi mahir. Jangan takut nak cari ilmu, buat sampai jadi, tak jadi adjust lagi, lagi dan lagi”…



Selasa, 9 Ogos 2016

HIJRAH USAHAWAN 2016



06.08.2016. …Tarikh ini Allah izinkan yati menghadiri seminar Hijrah Usahawan terbitan TV Alhijrah untuk sesi rakamannya  di TV9. Ni adalah kali kedua yati dapat hadiri seminar Dr Azizan Osman. Teringat kembali masa pergi Seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pada Mac 2016. Tak sabar nak menuntut ilmu dan yang bestnya dapat pergi dengan En Suami. Akhirya dapat jugak pujuk  si dia pergi bersama-sama lagipun kalau pergi berdua, baru rasa aura positif untuk sama-sama kembangkan perniagaan. InsyaAllah..

Sebenarnya bagi yati, tujuan pergi seminar ini adalah untuk refresh kembali ilmu semasa di IMKK Mac lalu. Bukan apa kadang2 motivasi kita adakalanya turun naik dan tak bersemangat jer nak lakukan tindakan luar biasa. Maka dengan adanya seminar percuma kali ini memang yati tak lepaskan peluang untuk fokus kembali MATLAMAT yang asal dan cuba berusaha untuk tetap konsisten jalankan perniagaan..InsyaAllah semua dengan izinNYA

Petikan daripada seorang mentor
“Dengar ceramah motivasi, baca buku, hadiri seminar sehebat manapun ia takkan sama dengan apa yang kita lalui, Cuma ia bergantung kepada bagaimana kita hadapi situasi itu, dan ilmu yang kita perolehi melalui semianar, buku dan ceramah itu sebagai bekal untuk kita BANGKIT SEMULA…..”



Buku Percuma


Paling bestnya dapat sekali buku percuma Dr  Azizan,tajuk  Bukunya Mudahnya Berniaga: Dari kosong menjadi Jutawan. Kalau beli harganya dekat RM45.90, ini pergi seminar dah dapat dua buku percuma..tu yang seronoknya. Yati kalau bab2 buku motivasi ini memang suka sangat dan memang nak jadikan buku Dr Azizan sebagai simpanan koleksi peribadi. Bila kita down jer boleh capai  buku ini sebagai sumber inspirasi. InsyaAllah , Semoga satu hari nanti yati jugak dapat hasilkan buku sendiri..berangan jer dulu..hihiiiii

Semoga ianya memberi manfaat buat anda..

Jumaat, 15 April 2016

TIP BERJAYA DALAM BISNES



(Perkongsian untuk kita semua berjaya) 

Walau siapa pun kita ni yang ingin berbisnes (maksudnya dropship ke, ejen ke, reseller ke atau stokis,


Kite kena berusaha bersungguh-sungguh menjual produk yang kita jual seperti kita adalah Owner Produk tersebut. 

Fikirkan kalau kita adalah Owner Produk yang kita tengah jual sekarang, 
Apakah cara2 untuk kita kembangkan bisnes kita? 

Cabar diri sendiri yang kita boleh jual APA SAHAJA produk.

Rabu, 9 Mac 2016

HIDUP ADALAH PILIHAN





Pengalaman menghadiri  Seminar Intentif Magnet Kekayan & Kejayaan (IMKK) Mac 2016 di IDCC, Shah Alam, satu kenangan yang sangat indah buat diri saya. Allah bagi peluang untuk saya menuntut ilmu dengan menghadiri seminar selama 3 hari. Satu seminar yang boleh dikatakan LUAR BIASA berbanding seminar yang lain. 

Rata-rata peserta yang hadir  sanggup berkorban dari segi masa, tenaga dan wang ringgit semata-mata ingin mencari ilmu dan  mencari mentor bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Alhamdullilah & SubhanaAllah....

Allah yang Maha Mengetahui  yang  terbaik buat hambanya..

A step for a success…I am millionaire journey is begin..InsyaAllah



Alhamdulillah tamat sudah..semoga impian menjadi kenyataan
INTENSIF MAGNET KEKAYAAN DAN KEJAYAAN 


PESANAN DR AZIZAN OSMAN:-

-Lambat bertindak antara punca yang melambatkan apa sahaja proses dalam mecapai kejayaan hidup, termasuk bisnes. “ NOW or NEVER”

- Semangat kena bakar secara konsisten dan untuk ia sentiasa terbakar, cuba tukar LoGISTIK sekitar anda. Ikuti cerita-cerita orag yang berjaya, baca buku Motivasi & Inspirasi Kejayaan untuk membangkitkan aura positif.

-Belajar untuk meruntuhkan ”ROADBLOKS”  dalam diri. “ Hati yang bersih bagaikan magnet yang boleh menarik apa sahaja termasuk elemen-elemen negative. Marah, dengki, khianat ,menipu antara ‘roadblocks’ yang kita bina menghalang  kita berada dalam situasi positif untuk membina kekayaan dunia dan akhirat.


Moment keramat yang pastinya tidak akan dilupakan

*Teringat suasana meyanyikan lagu “ Bara Bara Bere Bere……”

*Rindu sangat dengan moment IMKK Mac 2016…


*Rindu sangat suasana positif dalam dewan
 “ SWITCH….aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah”

* Berdiri atas kerusi..sambil  "SAY I"


Terima kasih semuanya- Semoga kita semua KAYA & BERJAYA

Everything come at the perfect time!!! Thank Allah for OUR great STORY!!!

Alhamdullillah
Sayang semuanya........





Rabu, 6 Januari 2016

PILIHAN AKEDEMI BEKERJA DI RUMAH (ABDR)



Semoga anda yang membaca blog saya sentiasa dibawah lindungan Allah s.w.t. Rasanya mesti anda pernah terbaca megenai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) di carian google. Secara jujurnya  pada peringkat permulaannya saya pernah meneliti dan tercari-cari keistimewaan yang ditonjolkan oleh ABDR bagi menyakinkan saya untuk mendaftar. Penulisan kali ini dengan rasa rendah diri dan niat yang ikhlas untuk membantu anda, saya kongsikan pengalaman saya mengapa saya memilih ABDR sebagai pilihan terbaik.

Bila bercakap mengenai ABDR, mesti orang akan beranggapan hanya suri rumah  yang mempunyai anak-anak sahaja yang  layak dan boleh meyertai sahaja.Sebenarnya ANDA SILAP, sebagai individu yang masih bekerja saya membuat pilihan untuk menyertainya kerana ia adalah persedian awal saya untuk melangkah jauh dan memasang impan untuk menjana pendapatan hanya di rumah.

Sebenarnya saya merasa berbangga dengan kejayaan Wanita yang bekerja di rumah. Dapat membahagikan masa dan displin dalam menjalankan kedua-dua tugas iaitu mengasuh anak-anak disamping menjana pendapatan ekonomi keluarga. Tidak dinafikan bekerja di rumah adalah suatu pekerjaan yang berganda dan suri rumah mampu menghadapi sebarang tekanan dan cabaran. Belum dikurniakan zuriat bukan alasan untuk saya leka dan tidak bersedia untuk menghadapi cabaran bergelar seorang ibu. InsyaAllah, saya yakin bahawa perancangan Allah adalah tepat dan saya redha Allah sedang menguji hambanya untuk sentiasa berserah kepadaNya. Maka saya akan buktikan dengan BEKERJA & BERNIAGA..peranan kedua-duanya seakan sama untuk mengurusnya.

Keistimewaan yang saya dapat pada permulaannya adalah kita belajar dari segi teknik penghasilan blog yang menarik. Kita akan diajar satu persatu sekiranya kita tidak mahir dalam penggunaan IT. Cara ini adalah permulaan untuk kita berkomunikasi dengan mentor secara maya bagi memudahkan pembelajaran. Alhamdulillah saya mudah untuk menerima walaupun pada suatu ketika terdapat sedikit kesukaran untuk memahaminya. Dengan tunjuk ajar mentor dan membaca blog rakan-rakan di ABDR saya terasa teruja untuk berkongsi pengalaman. Bagi yang ingin menjalankan, ini adalah platform terbaik untuk memasarkan produk dan perkhidmatan. InsyaAllah jika ada kerajinan semuanya menjadi mudah bagi anda untuk melakukannya.

Harapan saya semoga rangkaian ABDR sentiasa berkembang maju dan dapat membantu lebih ramai WANITA untuk lebih kehadapan disamping dapat memberi ruang mencipta pendapatan pasif dan aktif.  Akhir kata sebagai penutup penulisan ini anggaplah  
“ Kita  ibarat seperti KOMPUTER. Kitalah yang menentukan program apa yang kita mahu masuk bagi membolehkan KOMPUTER itu melaksanakan fungsinya dengan baik.”

Semoga anda berpeluang untuk mencuba dan melangkah menjana pendapatan melalui bisnes online. Kami buka pendaftaran setiap hari. Secara Rasminya saya sedia membantu anda

Untuk pendaftaran boleh terus hubungi saya:
Sms@ wsapp : 012-7482126


Isnin, 16 November 2015

MEMBINA NAMA PERNIAGAAN

Teks: Norhayati Mohd Nooh



Berpeluang untuk mendaftarkan nama syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) adalah satu pengalaman yang sangat berharga. Niat untuk mendaftar  syarikat seringkali tertangguh akibat kekangan masa dan sikap diri sendiri yang tidak serius  menyebabkan saya lewat untuk mendaftar walaupun sudah 2 tahun saya menjalankan aktiviti perniagaan kecil-kecilan tanpa mendaftar syarikat.
Alhamdulillah, kali ini Allah mempermudahkan  segala urusan saya. Semoga ianya langkah permulaan kepada saya untuk lebih fokus kepada perniagaan yang saya lakukan dan semangat baru untuk berusaha dengan giat lagi meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga.

Pemilihan nama “YANZ GLOBAL ENTERPRISE” menjadi pilihan saya. Ianya adalah singkatan nama saya dan suami yang sama-sama berminat melakukan perniagaan ini.Saya cuba senaraikan jenis-jenis perniagaan yang akan saya fokuskan. Bagi anda yang masih belum mendaftarkan syarikat sebaik-baiknya lakukannya sekarang. Namakan perniagaan anda dengan nama anda sendiri.

MENGAPA?

v  Syarat utama untuk membina jenama yang hebat adalah memberi nama yang unik kepada perniagaan anda. Nama anda sendiri adalah unik dan terbaik.
v  Perniagaan yang mudah diingat adalah perniagaan yang mempunyai personaliti. Anda adalah personaliti perniagaan anda sendiri.
v  Perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang membina perhubungan. Manusia membina perhubungan dengan manusia dan bukan sekadar nama perniagaan yang tidak ada kena mengena.

Semoga  usaha dan matlamat yang kita impikan dapat tercapai. Biar  ianya bermula perlahan-lahan dan berterusan bagi menampakkan hasil kejayaan pada masa hadapan. Bina sikap positif dalam diri.

Keep Going!!!!!!










Rabu, 11 November 2015

PROSES PENGURUSAN PERNIAGAAN BERMULA


Teks: Norhayati Mohd Nooh

Assalamualaikum  

"Bekerja" untuk Allah dahulu, sebelum memulakan sebarang urusan setiap hari.Alhamdulillah hari-hari yang berlalu sungguh bermakna dalam kehidupan saya. Tanamkan sifat dalam diri  bersangka baik dengan Allah dalam setiap tindakan yang kita lakukan kerana rezeki yang kita perolehi adalah rahsia Allah untuk hambanya.

Misi saya masih lagi diteruskan dalam menjual pelbagai jenis kerepek. Namun sejak kebelakangan  ini, keutamaan tugasan kerja di pejabat menyebabkan saya tidak dapat menumpukan penulisan di blog. Hakikatnya, saya hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan bersama suami bagi mengisi masa lapang kami. Perasaan seronok  kini mula terasa apabila kita dapat melihat pretasi perniagaan kita dari masa ke semasa. Saya dapat belajar untuk mencapai untung yang kecil dahulu. InsyaAllah segala usaha yang saya lakukan biarlah ianya berterusan.

Kini saya mula mengorak langkah dan belajar dalam pengurusan bekalan niaga saya dan pengurusan kewangan. Saya pastikan bahawa saya boleh melihat peningkatan perniagaan saya dalam masa 6 bulan dari sekarang untuk memastikan perniagaan ini boleh mencapai keuntungan atau tidak. Pengalaman yang lepas membuatkan saya berhati-hati dalam setiap perkara yang melibatkan kewangan perniagaan.

Antara perkara asas dalam penyimpanan rekod perniagaan saya:-
v  Suntikan modal permulaan perniagaan. Biasanya kita akan keluarkan modal  sendiri sebagai permulaan dalam membeli barang-barang perniagaan. Anggaran kos yang terlibat akan saya perincikan satu persatu.
v  Asingkan segala duit perniagaan. Simpan setiap resit keluar masuk yang telah diterima atau digunakan. Ini sebagai bukti pembelian kita. Biasanya saya sediakan tabung perniagaan sendiri dahulu sebelum kita membuka akaun syarikat di bank.
v  Kos Belian & Kos Jualan.  Perlu diambil kira bagi memastikan kita tidak mengalami kerugian. Setiap perkara perlu direkodkan dengan terperinci. Item seperti Tarikh, Perkara, Kuantiti dan Harga kos perlu dicatatkan. Sediakan Buku Lejar sebagai panduan ringkas kita untuk memastikan keluar masuk duit perniagaan kita. Hasil jualan juga perlu dianalisa mengikut mingguan dan bulanan.
v  Perbelanjaan lain-lain.  Ini melibatkan perbelanjaan untuk membeli kelengakapan perniagaan kita. Perlu disenaraikan satu persatu mengikut keutamaan.
v  Ambilan untuk kegunaan peribadi. Wajib direkodkan.


Sumber: Carian Google




















Ini adalah perkara yang asas saya lakukan sendiri. Mungkin ada yang lebih baik dalam perakaunan perniagaan mereka. Bagi yang baru bermula, fokus untuk kembangkan perniagaan dan banyakkan cash sales anda. Gunakan sistem menyimpan rekod yang mudah dahulu.

Semoga berjaya!


Khamis, 15 Oktober 2015

HALA TUJU BISNES ONLINE

Teks: Norhayati Mohd Nooh
















Memulakan bisnes online bukanlah perkara mudah jika kita tiada ilmu pengetahuan.Tindakan pertama ialah  dengan membuat penilaian sesuatu produk. Berfikir sebelum bertindak supaya hasil yang diperolehi boleh menjana pendapatan kita sekeluarga. InsyaAllah..

Antara faktor yang perlu dipertimbangkan untuk memulakan perniagaan online ialah:
1)Mengenalpasti perniagaan anda lakukan halal atau haram?
Periksa sama ada perniagaan yang bakal anda lakukan menepati ciri-ciri yang dibolehkan dalam agama. Anda wajib siasat perkara ini dahulu sebelum memulakan perniagaan anda. Pastikan juga ia mematuhi peraturan negara. Barulah rezeki yang diperolehi halal untuk dimakan seisi keluarga

2) Menentukan jenis  perniagaan di internet.
Anda perlu fikir apa jenis perniagaan yang anda ingin jalankan secara online. Adakah perniagaan anda melibatkan penjualan barang (produk fizikal)? Adakah anda ingin menjual servis (perkhidmatan) atau anda hanya sebagai agen dropship. Semua ini perlu diberi perhatian bagi memastikan anda tidak lari dari matlamat asal.

3)Belajar pelaksanaan rancangan perniagaan.
Anda juga perlu memikirkan rancangan perniagaan yang bakal anda lakukan. Berapa modal yang anda perlu untuk memulakan perniagaan? Berapakah potensi keuntungan yang anda mahukan? Bagaimana dengan strategi pemasaran anda secara online?Belajar untuk membina tapak online.

4)Persediaan tempat kerja dan alatan.
Di manakah anda ingin lakukan perkerjaan anda? Jika di rumah, pastikan anda menyediakan ruang yang selesa untuk anda lakukan semua pekerjaan anda. Pastikan semua peralatan anda cukup seperti komputer, line internet yang berkelajuan tinggi, printer dan mungkin mesin faks. Bagi yang masih bekerja, pembahagian masa perlu seimbang antara bekerja dan berniaga. Ia bergantung kepada perancangan anda.

Semoga kita berusaha bersama-sama kearah kejayaan. 


Rabu, 7 Oktober 2015

PERMULAAN BISNES OFFLINE KEPADA ONLINE

Teks: Norhayati Mohd Nooh

Menjalankan perniagaan secara offline adalah permulaan saya berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Saya lebih kepada menjual produk fizikal terus kepada pengguna. Bagi saya pada ketika itu cara pemasaran sangat mudah, hanya menjual tapi sebenarnya saya silap terdapat  lagi kaedah yang lebih mudah untuk menjalankan perniagaan yang tidak saya ketahui. Perniagaan offline sebenarnya lebih banyak cabaran dan risiko yang perlu diambil kira sebelum memulakan perniagaan. Setelah mengalami dan merasai sendiri pengalaman tersebut baru saya sedar saya perlu berubah untuk mengembangkan perniagaan saya.

Alhamdulillah, saya sudah mencuba mengaplikasikan perniagaan saya ini kepada medium online pada musim perayaan yang lalu. Walaupun banyak kekurangan dalam bidang teknologi, itu bukan alasan untuk saya tidak belajar. Saya telah nekad untuk belajar perkara baru dan perlu mengorak langkah daripada berada di zon selesa. Dalam pemikiran saya kenapa saya tidak mula mengabungkan aktiviti perniagaan saya kepada kedua-dua medium perniagaan daripada berniaga secara offline kita berubah sedikit kepada online pulak. Produk yang kita jual adalah tetap sama sahaja. Pastinya cara ini akan memberi sedikit impak yang lebih tinggi.

Sebagai contoh saya telah menjual Biskut Bangkit, melalui medium offline pasaran untuk saya menjual adalah terhad pada satu-satu daerah sahaja serta kos yang tinggi untuk pengiklanan bagi memasarkan produk tersebut. Berbanding dengan menjalankan pemasaran online pasaran lebih luas dan kita boleh memasarkannya di keseluruhan Malaysia. Kos pemasaran juga rendah dan hampir tiada. Dengan cara ini saya berpontensi untuk mendapatkan pelanggan luar dari tempat tinggal. Nampak mudah tapi tidak ramai yang ingin mencuba.

Terdapat  banyak kelebihan jika kita boleh gabungkan perniagaan ini. Saya boleh menjual produk saya pada bila-bila masa dan tiada tempoh terhad untuk menjual berbanding jika kita fokus perniagaan offline tempoh menjual hanya pada masa tertentu sahaja. Maka dengan ini pilihan di tangan anda dan amatlah rugi jika kita tak menggunakan kesempatan yang ada untuk berjaya. Gunakan kreativiti anda untuk  berjaya di dunia dan akhirat. 


                                                         -Berniaga biarlah dari hati.-

Isnin, 5 Oktober 2015

PENGALAMAN PEMBELIAN ONLINE

Teks: Norhayati Mohd Nooh

Alhamdulillah, syukur pada Allah Yang Maha Pengasih & Pemurah
Sama-sama kita bersyukur & berdoa hari ini adalah hari yang terbaik dari hari semalam.
Jadi pengalaman & cabaran hari semalam untuk mematangkan kehidupan kita dalam mencari Redha Yang Maha 'Adil.

Hanya menggunakan internet, segalanya menjadi mudah di jari anda. Tidak dapat dinafikan, penggunaan internet masa kini semakin meluas. Jaringan komunikasi dapat dilaksanakan dengan mudah dengan adanya perhubungan internet. Permulaan saya berniaga hanya secara offline, kini timbul minat saya untuk mengembangkan perniagaan saya secara  online. Secara jujurnya saya bukanlah pembeli yang suka membuat pembelian secara online. Sebenarnya saya tidak yakin dengan produk yang dipaparkan secara maya. Kepuasan untuk membeli secara online tidak sama dengan membeli secara fizikal kerana kita tidak boleh membelek-belek barangan tersebut,tidak nampak  kualiti barangan, harga yang ditawarkan agak mahal dan takut  mudah ditipu jika barangan yang dipesan tidak menepati citarasa serta  tidak sampai mengikut masa penghantaran. Faktor –faktor ini membuatkan saya langsung tidak berminat untuk membuat sebarang pembelian secara online.

Namun, hati saya tergerak untuk membeli secara online pada tahun lepas. Cuba anda bayangkan daripada tak berminat, saya boleh terpengaruh dan berubah untuk membuat pembelian secara online. Seterusnya melakukan pengulangan belian terhadap barangan tersebut.  Pembelian pertama saya secara online adalah membeli tudung. Saya boleh tertarik jenis-jenis tudung  hanya di sebuah blog. Paparan blog tersebut boleh menarik hati saya cair untuk mendapatkan produk tersebut seterusnya membeli. Pada ketika juga kawan-kawan di office juga sibuk membuat pembelian online. Barangan yang menjadi pilihan mereka seperti pakaian, beg tangan, barangan komestik dan alat-alat make-up. Bayangkan bagaimana pengaruh blog dan facebook  boleh menjadi tumpuan menarik pelanggan. Oleh itu, fakta yang mengatakan kuasa pembelian barangan adalah wanita paling tinggi adalah BENAR sama sekali.

Dengan blog maklumat dapat dikongsikan kepada jutaan pengguna internet seluruh dunia. Tidak seperti laman web informasi seperti Wikipedia atau yang seumpama dengannya, blog memberikan perkongsian maklumat dengan cara yang lebih kreatif dan menarik bergantung kepada kreativiti dan teknik penulisan anda. Dengan ini pembaca dapat membaca entri, berkongsi maklumat dan info dengan cara yang lebih santai dan menarik.















Kami buka pendaftaran setiap hari. Mula daftar dan belajar hari ini
==============================
Di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), kami menawarkan 2 kelas blog:
1) Kelas Asas Blog dan Penulisan

2) Kelas Asas Mula Bisnes Online

Selasa, 22 September 2015

MUSIM PERAYAAN KEMBALI LAGI..

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google

Raya haji @ Aidiladha tinggal dua hari lagi….nak tahu BISNES yang saya lakukannya dalam musim perayaan kali ni???

Kali ini saya kongsikan dengan anda. Alhamdulillah, saya masih dapat meneruskan membuat pemasaran secara kecil-kecilan perniagaan Kerepek dan Biskut Bangkit Cheese. Tujuan asal saya untuk pasarkan produk tersebut bukan mencari keuntungan semata-mata, tapi untuk membantu sahabat handai @ rakan sekerja untuk memudahkan membuat pembelian. Pada ketika ni ada yang sudah sibuk untuk menyediakan persiapan untuk balik raya ke kampug halaman.
Mungkin anda juga seperti saya tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung. Terbayang-bayang wajah insan yang kita sayang.

Bagi yang bekerja mungkin tiada masa untuk keluar membeli. Maka peluang ini saya cuba manfaat bagi memudahkan proses pembelian dan penjimatan masa. Walaupun pesanan biskut dan kerepek ini tidak sehebat musim raya Aidilfitri,namun ada juga permintaannya. Tidak ketinggalan juga ada kawan-kawan saya yang ingin membawa balik sebagai bekalan untuk santapan seisi keluarga.  

Amalan  sentiasa memberi sedikit buah tangan sekiranya kita mengunjungi keluarga amat digalakkan dan jangan dilupakan. Sesungguhnya sedekah tidak akan mengurangkan rezeki kita.
Sumbangan ikhlas yang kita berikan,InsyaAllah dapat membantu mengeratkan hubungan silaturrahim. Perkara penting yang saya amalkan dengan memastikan produk yang kita jual mestilah menepati citarasa pembeli.

Semoga anda yang menziarahi blog saya mendapat hidayah dan dimurahkan rezeki.
#muhasabahdirisendiri
#Selamathariraya
#Berhatihatibalikkampung.


KEREPEK BAWANG
BISKUT BANGKIT CHEESE