Khamis, 12 Oktober 2017

MOVING UP SEMINAR 2017


Semalam adalah kenangan. Hari ini kenyataan yang perlu dilalui. Esok pula impian untuk terus membina masa hadapan. Moga perancangan kita dipermudahkan dengan izinNya.

Menghadiri seminar anjuran Amway iaitu “Moving Up Seminar (MUS) 2017” di Melaka adalah satu pengalaman yang sangat seronok dan mengembirakan. Rata rata yang yang menghadiri adalah bumiputera seramai 700 orang. Satu seminar yang membawa aura positif dalam diri. Seronok bila dikelilingi orang2 yang ingin berjaya dalam perniagaan.

Pengalaman ini mengimbau kembali kenangan yati yang pernah pergi seminar Dr Azizan pada tahun lepas..orang ramai berlumba untuk mencari ilmu pengetahuan bagi mengubah kehidupan yang lebih baik. Ilmu yang diberikan sangat2 membantu bila kita rajin membuat tindakan. Just tiru kejayaan mereka dan berusaha bersungguh-sungguh.

Pengisian ilmu selama 2 hari dalam seminar tersebut membuka minda yati tentang potensi bisnes Amway yang telah melahirkan ramai insan berjaya tidak mengira bangsa dan agama. Yati berbangga jugak ramai generasi muda sekarang mula melibatkan diri dalam bisnes ini. Memang susah nak memberi gambaran sebenarnya pada orang lain, walaupun suami kita sendiri..ia melibatkan jiwa yang mendalam dalam perniagaan ini. Bagi yati, ia mengambil masa untuk kita melalui proses untuk berjaya.. InsyaAllah setiap insan layak untuk mencapai kejayaan. Kita yang membina perniagaan itu sendiri.

Next coretan yati coretkan kelebihannya apabila kita mendaftar sebagai ahli Amway. Mesti ramai diantara anda nak lebih tahu.

Jom layankan gambar2 ini sebagai kenangan

Tetap tersenyum, ..


Insan hebat dalam Bisnes Amway


khusyuk mendengar taklimat

Ambil aura2 yang positif dalam dewan



Rabu, 11 Oktober 2017

HELPING PEOPLE LIVE BETTER LIVES



Misi Amway yang ramai tak tahu iaitu membantu insan lain menjalani kehidupan yang lebih baik. Dengar macam bestkan dimana kita sendiri boleh beri manfaat kepada orang lain,mungkin ini sedikit amalan kita di dunia untuk membantu orang lain mendapat manfaat dalam  setiap penggunaan produk.

Namun nak buat bisnes AMWAY ni macam maner ?? susah ker nak buat?
Persoalan yang sering jugak ditujukan pada yati.
Its simple tapi ramai yang tak yakin.

Sebab aper?
Bagi yati ini kerana kita tak bermula menggunakan produk tersebut dan selesa dengan produk sedia ada dipasaran. Dimana kita tak mencuba untuk beli dan pakai untuk keluarga kita sendiri dan bertukar tempat berbelanja keperluan harian kita. Sebenarnya kalau nak tahu, Amway ada lebih  500 jenis produk yang Amway keluarkan..terlalu banyak, tapi kita sendiri boleh membuat pilihan. Ianya merangkumi produk-produk pemakanan dan Kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri serta kediaman rumah. Semua produk amway terjamin berkualiti, selamat dan jimat. Jadi kita boleh membuat pilihan dan menukarkan produk yang biasa kita gunakan. Itu saja senang kan, bila dah cuba baru mula timbul jatuh cinta terhadap produk tersebut.

Bila kita dah konsisten pakai barulah kita mula kongsi kebaikan dan kelebihan dengan orang lain @ taja orang lain untuk daftar ahli Amway. Contohnya yati kongsi kebaikan produk serta keistimewaan produk yang yati gunakan. Yati jugak suka kongsikan barangan amway yang boleh membantu kerja rumah menjadi mudah, senang dan cepat. Bila kita dah guna barulah konfiden sikit nak bercerita dengan orang lain kan. Sambil kita berbelanja kita jana pendapatan kita sendiri, jadi kita belajar bagaimana nak cari extra pendapatan. Jangan putus asa bila satu orang tak berminat, ramai lagi orang lain yang berminat dan nak tahu produk kita,


Lagi satu,perniagaan kalo nak berjaya kita mesti bermula dengan mencari ilmu. Turunkan ego kita untuk cari peluang tambahkan ilmu didada dengan rajin-rajin kan diri untuk menghadiri kelas,seminar, kursus anjuran Amway. Dengan cara ini kita boleh membuka minda untuk mempelajari sesuatu yang baru, berkawan rapat dengan insan-insan yang berjaya dan mengetahui lagi kelebihan produk itu sendiri. Seronok bila dapat dengar perkongsian yang hebat dan semangat nak berjaya mula timbul. Berangan dulu maner tau satu hari nanti kita jugak boleh berjaya.

Dah bersediakah kita untuk memulakan perniagaan Amway? Semuanya bergantung dengan niat yang baik dan pilihan kita untuk berubah. insyaAllah dipermudahkan proses @ fasa kita untuk berjaya..muhasabah untuk diri sendiri jugak yang sentiasa lemah dalam tindakan.

Berminat nak tahu lebih lanjut,
boleh whatapps yati 0127482126
Email : yatie6264@yahoo.com.my