Rabu, 20 September 2017

AKU DAN BISNES AMWAY



Assalamualaikum semua..yati dah rindu sangat nak menulis dalam blog.
Rasanya dah 3 bulan lebih tak jugak update diblog ini….kononnya bz memanjang buat bisnes offline, berniaga kat bazar ramadhan lepas tu di USIM..memang nak fokus menulis tu dah mula jarang buat.

Ada yang mula terperasaan..
Yati dah buat bisnes lain ker??tiba2 posting kat Fb banyak pasal produk Amway..dah tukar produk ker, mula2 nampak jual tudung, pastu nak raya jual Biskut bangkit pulak ,sekejap tu jual minyak wangi Dexandra dan sekarang alih2 produk Amway pulak…xrugi ker banyak kali tukar2 produk..mesti ada yang follow FB yati terperasaan kann??? yelah sebab ramai daripada korang sentiasa follow yati secara senyap...hehee

Jadi kali ini yati nak kongsikan kenapa tiba tiba yati terjebak pilih perniagaan Amway..dulu2 pernah laa dengar tapi tak pernah ambil kisah langsung..sebab biasa laa kita tak kan percaya produk2 Amway nie sbb mahal, majoritinya orang cina yg terlibat, lagi satu kena jual barang, itu yang susahkan…itu sebab tak teruja pun nak membeli kannn???
yati rasa ramai yang fikir macam tu kan..

Namun,Rezeki Allah nak gerakkan hati yati bertemu dengan seorang insan yang hebat..yati xpernah kenal langsung,tapi macam maner yati boleh mudah mesra dengan beliau, mungkin Allah hantarkan insan ini untuk bantu yati berjaya untuk masa hadapan…InsyaAllah jika diizinkan Allah..Aamin

Apa yang yati terkesan dan menyebabkan yati pilih perniagaan ini kerana ia menjanjikan kelebihan Insuran dan manfaat pencen sekiranya kita mendaftar sebagai ahli dan menggunakan produk amway secara berterusan..macam pelik kan? Namun itulah realitinya, pasangan kita jugak akan dicover insurans serta perniagaan jualan langsung ini memberikan manfaat wang persaraan..menarik tak?? sebab itulah yati terasa seronok sangat nak join dan daftar sebagai ahli..sebab yati dah kerja sendiri inilah peluang yang ditunggu2..hehe


Jadi inilah kisah yang buat yati terjebak dengan Amway, sebab kita tidak boleh menafikan barangan Amway memang berkualiti tinggi dan penggunaannya sangat menjimatkan sejak dari dahulu lagi cuma yati jer tak ambik kisah dulu..namun sekarang ini jangan fikir yati ketinggalan sebab ada ramai lagi prospek diluar saner yang tidak tahu kebaikan produk Amway.

Mulai dari sekarang yati kena mula percaya dan belajar mengenai produk, syarikat, pelan pemasaran serta potensi kita untuk masa hadapan dalam bidang ini..InsyaAllah moga ini adalah langkah terbaik memulakan perniagaan Amway.

Semoga apa yang yati kongsikan ini memberi manfaat buat anda yang masih tercari-cari lagi perniagaan TERBAIK untuk diri anda..

Terima kasih sudi membaca..sambil2 tu kita jom tengok gambar kat bawah ni..



Time nie yati baru habis beli barang kat GIANT, sambil tu terserempak dengan akak ini sembang2 terus nak jadi ahli AMWAY


Teruja tengok vitamin NUTRILITE yang banyak sebab kita tak makan vitamin pun sebelom nie


Inilah Insan hebat yang yang memang terbukti berjaya dengan perniagaan AMWAY. 



Bergambar dengan PERIUK NOXXA..nampaknya kena beli pas nie

Jom kita sama2 membuat pilihan yang bijak, dah dekat kaunter pun nak bergambar sebab ada diskaun pembelian.