Jumaat, 14 April 2017

TERKINI BISKUT BANGKIT SUDAH KEMBALI….BUKAN STOK LAMA

“Burung Serindik mematuk betik
 Beribu melintas di depan mata
 Biskut bercheese biskut la BANGKIT
 Untuk dijamu dihari raya.”

Apa yang kembali tu..mestilah stok untuk Bangkit Cheese dan Bangkit Santan. Salah satu biskut yang paling LARIS di pasaran. Bukan sahaja disukai oleh dewasa malahan kanak kanak pun pasti menyukai. Ini bukan cerita semata-mata nak promosi produk tapi memang terbukti, anak buah yati kalau makan boleh habis satu balang dibuatnya.. ini budak makan kalau kita tak cukup satu balang..sekurang kurang kena beli 2 balang..

yati dah bangkit tak boleh berpisah, walaupun down kena bangkit jugak…cewahhh

Sebenarnya yati nak bagi jalan mudah untuk sesiapa yang berminat nak jadi Agen bangkit..cari duit sampingan untuk raya, bagi yati tiada kena syarat yang ketat pun, yang penting minat untuk mencuba dan boleh habiskan stok..kuantiti pun terpulang kepada anda, makin banyak makin tinggilah income anda. Buat pun takde paksaan yg penting anda nak jual kepada kawan2 pejabat, jiran tetangga, saudara mara terdekat dan kenalan rapat di “Group Whatapps”. Buat permulaan cari pelanggan yang disekeliling kita dulu..pas tu barulah pelanggan baru. Kalau nak sikit pun dialu-alukan just ikut kemampuan anda. Mana tau yang sikit tulah permulaan yang banyak untuk seterusnya.

Dari segi penghantaran akan yati sendiri hantar biskut tersebut sekiranya tempat anda berada di area Lembah klang...nak pos nanti berkecai laa pulak bangkit tu..InsyaAllah maner yang dekat yati sedia beri khidmat TERBAIK punya..Jangan lepaskan peluang..alang alang yati dah ada stok bangkit baik anda cepat2 rebut peluang yer.

Lagi satu stok Bangkit Cheese dan Santan kami bukan stok yang lama..baru jer ambik dari kampung, xpercaya boleh beli dan rasa dulu. Jom pakat2 cuba berniaga biskut raya..pencarian ejen diteruskan bagi yang ingin menambahkan pendapatan..

Boleh hubungi yati terus 0127482126 sekiranya anda berminat nak borong secara pukal..Tempahan boleh dibuat dari sekarang dan pengagihan barang boleh dibuat sebelum bulan puasa. Jangan risau biskut ni yati ambik terus dari Batu Pahat sekali lagi yati nak beritahu biskut ini BUKAN biskut stok lama.



Jumaat, 10 Februari 2017

BIAR AKU JADI PENUNGGU....



Pagi Jumaat yang tenang..Semoga doa yang baik-baik untuk kehidupan kita..

Mesti ada kawan2 kita yang sudah menonton cerita nie…yati tgklah jugak cerita tapi yang sedihnya part last episod yati tak dapat nak tengok sebab anak buah nak tengok karton Upin Ipin..nak tak nak Mak Longnya mengalah dan terlepas endingnya..kena tengok jugaklah last episod dekat youtube.

Sebenarnya yati suka jer tengok pelakonnya yang sweet2 gitu..macam Ashraf Muslim & Janna Nick..tapi okeylah jalan ceritanya bagi yati penuh dengan kelembutan.

Biarlah aku jadi penunggu bagi yati sebenarnya yati mengharapkan untuk dikurniakan cahaya mata dalam waktu terdekat nie..tpi ini semua kuasa Allah..Dialah yang Maha Kuasa dan Maha Pemberi..Diam tak diam dah masuk 7 tahun perkahwinan kami
dan masih belum dikurniakan cahaya mata lagi..sedihnya hanya Allah yang tahu. Apa yang yati boleh buat semoga Allah memberi kekuatan untuk yati terus bersabar dalam menghadapi dugaan ini.

Mungkin ini Allah nak uji supaya kita sentiasa dekatnya dan bersabar dan terus bersabar..InsyaAllah doa yang baik2 dan bersangka baik dengan Allah, mungkin belum waktu yang sesuai untuk yati mengandung..biarlah yati terus jadi penunggu dan sentiasa berdoa semoga Allah mempercepatkan permintaan yati..malu nak kongsi sebenarnya tapi bagi yati dengan menulislah boleh menjadi terapi yati untuk menghilangkan kesedihan.



Gambar anak buah  buat penghilang rindu...


Selasa, 7 Februari 2017

“STRUGGLE” demi cabaran akan datang..

 
Topik yang yati nak cuba sampaikan hanya sebagai persedian yang yati sendiri perlu lalui pada masa akan datang..

Pada ketika dan saat ini semuanya harga barang semakin meningkat. Bayangkan nilai duit RM50 hanya sekejap sahaja habis di tangan walaupun cuma berbelanja sedikit..walaupun yati masih belum mempunyai ahli keluarga yang ramai tetapi bahangnya tetap terasa...walaupun kedua-duanya masih bekerja.. Bagi yang bergelar surirumah,sememangnya langkah berjimat cermat sentiasa dititikberatkan.

Kos untuk barang makanan adalah yang paling ketara meningkat. Bagi peniaga yang berasaskan produk makanan memang terasa bebanan ini..bahan-bahan penyedian makanan yang dibeli semuanya sudah meningkat 2xganda daripada biasa. Yati ceritakan ini berdasarkan pengalaman sahabat2 yang terlibat dalam industri pemakanan dan yati juga sekarang mengalami benda yang sama ketika membeli bahan2 untuk membuat kek dan roti.

Jadi, cara yang paling tepat adalah “ Bekerja Dan Berniaga” dan dari sekaranglah kita bertindak untuk melaksanakannya. Bagi yang tiada modal besar mulakan dengan mencuba menjadi dropship kepada produk yang telah popular. Cuba untuk belajar cara pemasarannya secara online. InsyaAllah bila dah start baru kita nampak jalan untuk kembangkan perniagaan.

Yati rasa tak salah jika ingin mencuba..ikut contoh usahawan yang berjaya dan kita asah kemahiran yang ada sehingga kita menjadi mahir. Bila dah kena dengan jiwa, baru boleh fokus kepada produk yang boleh menjana pendapatan sampingan. Sebenarnya yati juga pernah menjual pelbagai produk seperti pakaian, selipar, minyak wangi, biskut raya, aneka puding dan yang terkini roti dan kek..tapi yang betul2 menjadi minat kitaorang berdua adalah produk yang berasaskan makanan.

Nak kata yati dah jadi usahawan berjaya masih jauh lagi..ilmu pun belum cukup mantap nak mengajar cuma yati boleh kongsi pengalaman jer sekiranya anda yang ingin mencuba dan membaca coretan ini sebab kita boleh belajar sesuatu melalui pengalaman. InsyaAllah..buang perasaan malu untuk berniaga.

Yati dalam misi 2017mencari agen diseluruh Malaysia yang ingin menjual Biskut Bangkit Cheese & Santan.

Berminat boleh hubungi yati 012-7482126..InsyaAllah kita sama-sama saling bantu membantu menjana pendapatan yang boleh meningkat ekonomi keluarga kita sendiri.

Terima kasih buat anda yang sudi membaca..InsyaAllah kita sambung entry akan datang..
































Khamis, 2 Februari 2017

TEROKAI BIDANG BARU





Keterujaan bila dapat buat kek...

Rasanya ini adalah pengalaman pertama  yati buat kek yang pelbagai dalam satu masa..tak delah pandai sangat tapi rasanya boleh tahan..

Buat kek ini sebenarnya perlu ketelitian dan kesabaran yang tinggi,kena ikut langkah demi langkah..itu yang seronoknya bila dapat tengok hasil kek buatan sendiri terjadi..yati betul2 respek kepada mereka yang sememangnya menjadikan bidang bakeri sebagai sumber pendapatan. 

Alhamdullilah sejak pergi  belajar membuat kek, dapat jugak terima tempahan dari kawan2 yang ingin merasainya..bolehlah menjana pendapatan sampingan dengan berniaga..

InsyaAllah, yati dalam perancangan mencari vendor yang berdekatan untuk membantu pasarkan jualan kek.. 

Boleh hubungi yati @ Whatapps di 012-7482126 sekiranya ingin membuat tempahan kek dan roti

*Kek Chocalate Moist
*Kek Carrot & Walnut
*Kek Yogurt Prune
*Kek Caramel Almond Butter Moist
*Kek Pecan Butterscoth
* Brownies











Rabu, 1 Februari 2017

MISI MENCARI AGEN UNTUK BISKUT RAYA 2017


Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..

Alhamdullilah, Semoga kita sentiasa dalam rahmatnya..

Ada tak yang nak join???

Sebenarnya yati nak buka peluang kepada semua kaum hawa @ surirumah untuk menjana pendapatan melalui Projek Biskut raya 2017 terutama bagi anda yang betul2 berminat nak cuba menjual biskut raya Bangkit Cheese & Santan. Mesti anda berfikir kenapa yati dah buat offer awal kan?? Walaupun masih awal lagi tapi sebenarnya masa berlalu dengan pantas sekali..so yati ingin mengambil kesempatan bagi membantu anda membuat persediaan dan merancang kewangan anda dari awal lagi. Pencarian untuk agen seluruh Malaysia amat dialu-alukan.Tak rugi pun jika anda telah membuat perancangan awal.

Tahun 2016 satu permulaan yang baik dimana yati dapat kembangkan perniagaan ini, walaupun hanya melantik 4 orang sahaja agen tahun lalu tapi alhamdulillah semuanya memberi sokongan yang baik kepada yati.. Lepaslah mereka mencari  duit raya untuk ahli keluaga. Keuntungan yang diperolehi dapat diagihkan sama rata. InsyaAllah anda juga boleh buat..

Misi pencarian agen sedang bermula..anda hanya tinggal 4 bulan dari sekarang. Penghantaran stok dijamin boleh dibuat sebelum bulan puasa. 

Jom kita bermula dari sekarang..insyaAllah yati sedia membantu. Jana Pendapatan dari Rumah..

Boleh hubungi yati @ Whatapps di talian 012-7482126 untuk sebarang pertanyaan.

Dijamin puas hati. Memang Marvellous..







Jumaat, 27 Januari 2017

SELAMAT KEMBALI KE TAHUN 2017




Alhamdullilah, Segala Pujian Hanya Bagimu…

Sungguh lama rasanya yati dah tak update kat blog nie..

Semoga tahun ini yati bersemangat untuk menulis dan menulis..sepanjang 3 bulan menyepi ini sebenarnya yati tetap menulis tapi hanya pada BUKU IMPIAN peribadi sahaja..semuanya mengenai perancangan untuk tahun 2017..Kita hanya merancang selagi mampu, yang menentukan segala hanya pada Allah. Kita berusaha dan berserah padaNya.

Semoga tahun ini, yati doakan anda juga dapat  memperbaiki tindakan sebelumnya. Tersentap yati ketika membaca facebook tulisan daripada seorang guru, yang mengingatkan yati jangan berhenti untuk menulis..Kerana

Semuanya bermula daripada menulis. Menulis dan menulislah…

Mungkin apa yang kita gambarkan melalui tulisan boleh menjadi satu perantaraan untuk kita mencapai kejayaan..satu perasaan yang kita boleh luahkan melalui perasaan pilu, adanya sedih, adanya harapan, adanya saat kegembiraan, adanya muncul kenangan,  serta ada inspirasi dan juga ada cerita masa hadapan…InsyaAllah, doakan yang baik2 untuk diri sendiri..

Semoga kita semua bersedia menghadapi cabaran akan datang..



Isnin, 31 Oktober 2016

KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN - Pengalaman dan Manfaatnya



Alhamdullilah....  Semoga hari-hari yang kita lalui mendapat limpahan kasih sayang dan rahmat daripada Allah. Jangan lupa kita sebagai hambanya mestilah sentiasa memanjatkan kesyukuran diatas nikmat yang dikurniakan. Bagi yang masih muda jangan jemu atau berhenti untuk mencari dan menuntut ilmu selagi kita bernyawa. Ingatlah ilmu yang kita ada ini hanya sedikit sahaja.

Kali ini yati nak kongsikan pengalaman semasa yati pergi Kursus Latihan Pengendalian
Makanan di Ampangan, Seremban. Mesti anda pernah terdengar kenapa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibawah selian Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan amat mewajibkan setiap pengusaha dan peniaga yang melibatkan industi makanan untuk menghadiri Kursus  Latihan Pengendali Makanan.

Yati pernah juga mengetahui semasa nak dapatkan permit Bazar Ramadhan perlu ada sijil ini untuk medapatkan permohonan tapak, tapi  kami tak berpeluang untuk menghadiri kursus tersebut untuk mendapatkan sijil.  Akhirnya terpaksalah kongsi dengan kawan bagi mendapatkan tapak perniagaan bazar. Seelok-eloknya kita bermula dari awal lagi jika kita betul2 nak serius untuk melibatkan diri dalam bidang industri makanan tak kiralah kecil ataupun besar. Mungkin yati sedikit terlewat untuk menghadiri kursus tersebut sebelum ini kerana tiada pendedahan di peringkat awal. Namun, perkara ini yang amat dititikberatkan untuk kita sebelum kita memulakan perniagaan makanan.

Bagi yang berminat menghadiri kursus latihan ini kita hanya perlu meluangkan masa hanya 3 jam sahaja. Antara nak atau tidak sahaja kita pujuk diri sendiri nak menghadirinya. Mungkin kita berasa bosan lama sangat tapi sebenarnya bergantung kepada kesesuaian penyampaian  tenaga pengajar tersebut.  Bagi yati sekejap jer masa berlalu sebab banyak input yang diberi penekanan. Biasanya tenaga pengajar akan menekankan aspek tahap kebersihan,  keselamatan dalam pengendalian makanan yang kita selalu buat serta faktor-faktor kritikal yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Mungkin ada sesetengah peniaga yang mengambil langkah mudah terhadap proses penyediaan makanan tanpa mengikut standart yang ditetapkan. Walaupun yati hanya menjalankan dirumah sendiri sahaja (Buat Roti) & tiada siapa yang nampak kita buat, tapi tidak bermakna kita mengabaikan tahap-tahap kebersihan. Itu yang yati betul-betul serius.. Sebagai contoh, pemakaian penutup kepala perlu di gunapakai , penggunaan tuala & apron serta peralatan yang bersih dan memastikan persekitaran ruang kerja yang kemas. Semua itu adalah perkara asas sahaja banyak lagi yang kita perlu perbetulkan lagi.

Selepas itu barulah kita boleh mengambil vaksin suntikan Anti-Typhoid untuk mengelakkan sebarang penularan penyakit deman kepialu & penyakit berjangkit. Suntikan ini boleh didapati di Kilnik Kerajaan mahupun Klinik  Swasta pada kadar harga RM60-RM80. Dua perkara ini yang kita perlu diberi perhatian selagi kita terlibat dalam penyediaan makanan untuk aktiviti perniagaan.

Apa yang yati cuba sampaikan ialah langkah dan cara yang mudah untuk kita terlibat langsung dalam industri makanan. Mana tau anda mempuyai kepakaran tertentu anda boleh menjadikan satu peluang perniagaan untuk dikembangkan. InsyaAllah, apa yang kita buat semuanya dengan izinNYA..Semoga anda yang membaca perkongsian dibukakan pintu rezekii seluas-luasnya..Aamin