Memaparkan catatan dengan label PENGALAMAN BISNES MUSIM PERAYAAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENGALAMAN BISNES MUSIM PERAYAAN. Papar semua catatan

Rabu, 1 Februari 2017

MISI MENCARI AGEN UNTUK BISKUT RAYA 2017


Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..

Alhamdullilah, Semoga kita sentiasa dalam rahmatnya..

Ada tak yang nak join???

Sebenarnya yati nak buka peluang kepada semua kaum hawa @ surirumah untuk menjana pendapatan melalui Projek Biskut raya 2017 terutama bagi anda yang betul2 berminat nak cuba menjual biskut raya Bangkit Cheese & Santan. Mesti anda berfikir kenapa yati dah buat offer awal kan?? Walaupun masih awal lagi tapi sebenarnya masa berlalu dengan pantas sekali..so yati ingin mengambil kesempatan bagi membantu anda membuat persediaan dan merancang kewangan anda dari awal lagi. Pencarian untuk agen seluruh Malaysia amat dialu-alukan.Tak rugi pun jika anda telah membuat perancangan awal.

Tahun 2016 satu permulaan yang baik dimana yati dapat kembangkan perniagaan ini, walaupun hanya melantik 4 orang sahaja agen tahun lalu tapi alhamdulillah semuanya memberi sokongan yang baik kepada yati.. Lepaslah mereka mencari  duit raya untuk ahli keluaga. Keuntungan yang diperolehi dapat diagihkan sama rata. InsyaAllah anda juga boleh buat..

Misi pencarian agen sedang bermula..anda hanya tinggal 4 bulan dari sekarang. Penghantaran stok dijamin boleh dibuat sebelum bulan puasa. 

Jom kita bermula dari sekarang..insyaAllah yati sedia membantu. Jana Pendapatan dari Rumah..

Boleh hubungi yati @ Whatapps di talian 012-7482126 untuk sebarang pertanyaan.

Dijamin puas hati. Memang Marvellous..







Jumaat, 15 Julai 2016

BERAKHIRNYA PROJEK BISKUT RAYA 2016




ALHAMDULLILAH…Projek biskut raya 2016 telah selesai, tak disangka-sangka permintaan untuk Bangkit Cheese dan Bangkit Santan kali ini mendapat permintaan yang menggalakkan.  Yati panjatkan kesyukuran kepada Allah yang  telah membantu  menggerakkan hati2 pembeli untuk membeli biskut raya. Permintaan bangkit cheese pada kali ini yati dapat lihat banyak perubahan berbanding tahun2 sebelumnya yati menjual. Pembeli sudah mula merasai keenakkan  tekstur biskut bangkit cheese  yang dibuat dan ada yang  sanggup membeli dalam kuantiti yang banyak. Namun biskut bangkit santan  yati cuba tidak dipinggirkan kerana biskut ini ada pegemarnya tersendiri yang ingin merasai  ramuan tradisional di kekalkan.

Terima kasih juga yati ingin mengucapkan kepada En Suami, sedara mara dan kawan2 yang sama2 tolong berusaha menjualkan dan memasarkannya di kawasan2 mereka. Ada di antaranya yg sanggup menjual di kampung, kawasan perjiranan dan tempat kerja masing2. Tima kasih sekali lagi, hanya ini yang mampu yati lakukan untuk membantu mereka2 ini menjana pendapatan untuk keperluan hari raya.

Akhir sekali..jika anda masih lagi tercari2 bisnes apakah yang boleh dilakukan, saya sarankan dengan bermula menjual biskut raya tak kira pelbagai jenis yang penting biskut yang kita jual itu mempunyai rasa yang sedap dan berkualiti bagi membina kepercayaan pembeli anda. InsyaAllah, jika ada rezeki di tahun hadapan yati ingin mencari agen2 baru dikawasan Pantai Timur @ Utara supaya dapat membekalkan biskut bangkit Cheese di pasaran luar. Rasanya ramai lagi yang belum mengetahui kewujudan Bangkit Cheese dan yati yakin setiap tahun akan bersilih ganti pembeli memandangkan di Malaysia terdapat 3 juta penduduknya. InsyaAllah  doakan yati semoga dipermudahkan.

Antara sebab Bangkit Cheese menjadi pilihan Biskut Terbaik 2016





                    1) Tidak dinafikan sekali dah cuba mesti nak makan. makan, makan lagi....hehe
                     2) Rugi kalo beli hanya satu balang sahaja..



3) Perusahaan yang diusahakan di Rengit, Batu Pahat..original daripada Johor


4) Boleh membuat pilihan untuk kedua2 nya sekali..mana yg peminat tegar cheese..boleh mencuba


5)  Harga mampu milik..yg penting kita gembira..



Terima kasih kerana sudi membaca penulisan saya kali ini. Semoga anda semua mendapat hidayah dan rahmat daripada Allah.









Selasa, 31 Mei 2016

BERMULANYA BISNES MUSIM PERAYAAN 2016



Tinggal lagi seminggu jer kita nak masuk bulan Ramadhan pada tahun 2016. Sebenarya hati ni mula terasa  berdebar2 sangat terfikir apakah persediaan kami sekeluarga..yelah time2 macam ni yati dah mula sibuk dengan “Perniagaan Bermusim”  yang yati buat bersama En Suami. Dalam sesibuk mana pun, yati cuba usahakan pada bulan Ramadhan ini untuk  merebut peluang menggandakan pahala dan meningkatkan amalan kita kepada Maha Pencipta.

Mengenai bisnes bermusim ini, Alhamdullilah tapak untuk Bazar Ramadhan  pun dah selesai diuruskan..Maknanya kami suami isteri kena bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menguruskannya, lagi2 kedua-duanya masih bekerja lagi. Kalo tak mula sekarang bila lagi kan? Mungkin ini peluang yang Allah dorongkan buat yati dan suami untuk berkongsi rezeki dan bersedekah kepada semua disamping boleh memberi manfaat kepada orang lain, InsyaAllah mudah-mudahan urusan ini dipermudahkan.

Peluang untuk melaksanakan kedua-dua tugas iaitu Bekerja dan Berniaga ini sebenarnya memang mencabar dalam masa yang sama membuatkan yati lebih bersemangat untuk melaksanakan.Sebelum ini mungkin ada yang pernah terbaca penulisan yati mengenai pengalaman bisnes musim perayaan. Bila dah masuk  tahun ketiga berniaga ni, Insyaallah ilmu yang ada ini dapat diupgrade lagi untuk berjaya. Orang kata ada peningkatan sedikit dalam strategi jualan dan pemasaran. Walaubagaimanapun, masih banyak lagi ilmu yang perlu yati belajar dari orang2 yang berjaya.

Sokongan dari keluarga sangat2 buat yati terharu, sanggup sama2 memberi sokongan dan galakkan untuk yati terus melaksanakan aktiviti berniaga ini. Semoga niat untuk memberi manfaat kepada orang lain memudahkan urusan yati untuk berniaga.

Perkara permulaan yang perlu diberi perhatian ialah tetapkan perancangan awal, tetapkan target dan fikir strategi yang terbaik untuk pasarkan hasil produk kita. Bila semua dibuat , pastikan kita betul2 fokus pada matlamat asal. InsyaAllah, ilmu ini jugalah masih  saya amalkan untuk terus konsisten dalam berniaga walaupun masih banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki.

“Sesunggahnya dengan berniaga itu mengajar kami mengenal maksud REZEKI”

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & Selamat Berpuasa



Sabtu, 30 April 2016

BISKUT RAYA HOMEMADE 2016



Pemborong & Pengedar DIPERLUKAN SEGERA !

Pelik kan? Jalan2 di Pasaraya Giant dan Mydin baru-baru ni, terlihat pelbagai Biskut raya dah mula dijual sebelum puasa lagi. Sungguh hebat betul marketing syarikat yang besar.Teruja saya memandangnya lagi2 di depan pintu masuk.
Kadang2 terfikir juga  kenapalah biskut tradisional kita ini nak makan perlu  menunggu sehingga waktu  perayaan, tak macam biskut yang lain seperti Chipmore dan Orea..
Apapun jenis biskut yang dijual semuanya  sedap dimakan pada bila-bila masa sahaja

Kenapa  saya nak Jual Biskut Sekarang?
- Untuk memudahkan pembeli menikmati rasa dan keenakkan biskut terlebih   dahulu. Bila kita dah makan dan rasa, baru pembeli  boleh berpuas hati membeli dalam kuantiti yang banyak.
- Untuk dijadikan "door gift" kenduri kahwin, party hari jadi, jamuan ringan di pejabat
- Untuk dijadikan makanan ringan juga...yang pastinya Sedap & Murah!

InsyaAllah, saya cuba untuk membantu anda mendapatkannya:-
BISKUT BANGKIT CHEESE & SANTAN
1) GUARANTEE SEDAP & BERKUALITI
2) 100% Produk Muslim
3) Buatan Tangan (home made)
4) Produk Berkualiti Tinggi Pada Harga Terendah Di Pasaran
5) Pembekal Yang Berpengalaman Melebihi 5 Tahun Dalam Bidang Pembuatan Biskut
6) Biskut Yang Dipilih Adalah Biskut Yang Terlaris Jualannya Sepanjang Tahun
7) Hanya Biskut Terbaik Sahaja Dipilih Bagi Memastikan Semua Tempahan Dapat Dipenuhi.
8) Kuantiti sebalang 45 biji – 50 biji ,

Kuantiti / Carton (Kotak) :
* 1 carton mengandungi 15 bekas/balang

Pemborong/Pengedar Diperlukan,
Maklumat lanjut Hubungi TEL/WHATAPPS 012-7482126( yatie)

Pengesahan Tempahan:
Deposit untuk tempahan.
Deposit tidak akan dikembalikan jika tempahan dibatalkan oleh pembeli.
Penghantaran boleh diaturkan utk Kawasan Lembah Klang seperti Kajang, Bangi, Serdang. Sepang dan Seremban


Selasa, 22 September 2015

MUSIM PERAYAAN KEMBALI LAGI..

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google

Raya haji @ Aidiladha tinggal dua hari lagi….nak tahu BISNES yang saya lakukannya dalam musim perayaan kali ni???

Kali ini saya kongsikan dengan anda. Alhamdulillah, saya masih dapat meneruskan membuat pemasaran secara kecil-kecilan perniagaan Kerepek dan Biskut Bangkit Cheese. Tujuan asal saya untuk pasarkan produk tersebut bukan mencari keuntungan semata-mata, tapi untuk membantu sahabat handai @ rakan sekerja untuk memudahkan membuat pembelian. Pada ketika ni ada yang sudah sibuk untuk menyediakan persiapan untuk balik raya ke kampug halaman.
Mungkin anda juga seperti saya tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung. Terbayang-bayang wajah insan yang kita sayang.

Bagi yang bekerja mungkin tiada masa untuk keluar membeli. Maka peluang ini saya cuba manfaat bagi memudahkan proses pembelian dan penjimatan masa. Walaupun pesanan biskut dan kerepek ini tidak sehebat musim raya Aidilfitri,namun ada juga permintaannya. Tidak ketinggalan juga ada kawan-kawan saya yang ingin membawa balik sebagai bekalan untuk santapan seisi keluarga.  

Amalan  sentiasa memberi sedikit buah tangan sekiranya kita mengunjungi keluarga amat digalakkan dan jangan dilupakan. Sesungguhnya sedekah tidak akan mengurangkan rezeki kita.
Sumbangan ikhlas yang kita berikan,InsyaAllah dapat membantu mengeratkan hubungan silaturrahim. Perkara penting yang saya amalkan dengan memastikan produk yang kita jual mestilah menepati citarasa pembeli.

Semoga anda yang menziarahi blog saya mendapat hidayah dan dimurahkan rezeki.
#muhasabahdirisendiri
#Selamathariraya
#Berhatihatibalikkampung.


KEREPEK BAWANG
BISKUT BANGKIT CHEESE











Jumaat, 18 September 2015

JUALAN BISKUT KEMBALI


Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Norhayati Mohd Nooh


ANDA PENGGEMAR BISKUT BANGKIT?
Biskut Bangkit Kini Kembali Dgn Sentuhan Rasa Moden Yang Berasaskan Keju!
Dengan Ramuan Utama Potongan Keju Cheddar Yang Pasti Membuat Anda Teruja!

 
Biskut Bangkit Cheese yang terbaik!!!!

Wah macam sedap je??

Rugi kalau anda tidak mencuba dan merasai kenikmatanya….
90% drpd pelanggan kami mengatakan mereka begitu teruja sekali dgn rasa kejunya.
Pasti akan ada memukau sesiapa saja utk mencubanya.
Dan yg paling penting mereka semua repeat order lagi...
Tapi macam biasa, kebanyakkan pelanggan saya order bukan sebab nak makan masa raya sahaja..tapi makan bila-bila masa..terutamanya untuk majlis-majlis tertentu..

Kepada yang berminat boleh berhubung terus kepada saya. Tempahan boleh dibuat DISINI
InsyaAllah..saya sedia membantu


JANGAN KETINGGALAN!!!!.tempahan awal diperlukan.

Rabu, 9 September 2015

BISKUT BANGKIT CHEESE


Teks: Norhayati Mohd Nooh

Foto: Carian google

Hai.. pejam celik pejam celik dah masuk minggu kedua kita di bulan September ni kan? Bila dah masuk bulan nie, kita akan mula terfikirkan persiapan untuk raya haji yang akan menjelang 2 minggu lagi dari sekarang? Musim cuti persekolahan penggal kedua juga akan akan tiba? Ada yang sudah merancang untuk balik ke kampung bercuti …  Malah dah ada yang dah dalam proses menyiapkan biskut raya. Tapi tak kurang juga yang cuma tempah dan beli sahaja biskut raya kan? Awak dah jumpa biskut raya sedap ke? Kalau belum, saya nak rekemen biskut-biskut raya saya.... memang tersangatttlahhh terbaikkk, sedap sampai tak boleh nak cerita!

Memperkenalkan, biskut yang sangat sedap, cair di mulut iaitu Biskut Bangkit Cheese!!



 Biskut ni adalah merupakan biskut homemade yang dibakar dengan penuh kasih dan sayang,Mungkin anda masih lagi teringat entri  saya yang sebelumnya..

Walaupun cuma raya haji sahaja, tapi perasaan tetap sama macam raya gittew..

Tapi macam biasa, kebanyakkan pelanggan saya order bukan sebab nak makan masa raya sahaja..tapi makan bila-bila masa..terutamanya untuk majlis-majlis tertentu..

Diharapkan anda sudi untuk mencuba & membeli..

DELIVERY AREA-seremban-bangi-kajang-putrajaya- -KL -shah alam-(kalau ada permintaan)
HARGA BORONG: sila call/sms/pm 012-7482126
Kepada yang berminat boleh berhubung terus kepada saya. 
InsyaAllah..saya sedia membantu



Selasa, 25 Ogos 2015

PENGUSAHA BISKUT BANGKIT

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google

Selamat Hari WANITA . Semoga hari ini mendatangkan kebaikan buat anda.  

Saya nak kongsikan kegigihan golongan wanita yang dapat mengusahakan perniagaan Biskut Bangkit sehingga  berjaya. Saya juga antara peniaga yang bertuah kerana boleh mendapatkan bekalan biskut  disana sehingga membolehkan saya melakukan pemasaran di Nilai, Negeri Sembilan.


Pn Siti Raya memperluaskan perniagaan kuih bangkit yang diusahakan sejak dua dekad lalu di rumahnya di pekan Rengit, Batu Pahat, Johor




Tidak dimakan waktu, nama dan rasa biskut-biskut lama itu lebih melekat berbanding puluhan biskut moden yang ada di pasaran pada hari ini.
Permintaan yang tinggi terhadap biskut tradisi menyebabkan  Pn Siti Raya Bachok, 53, tidak teragak-agak untuk memperluaskan perniagaan kuih bangkit yang diusahakan sejak dua dekad lalu di rumahnya di pekan Rengit, Batu Pahat, Johor.

Kuih bangkit yang masih mengekalkan rasa tradisi itu menjadi buruan para pemborong di seluruh negara terutama menjelang hari raya.Tahun ini sahaja, tidak kurang 20,000 balang pelbagai jenis kuih bangkit yang bersaiz kecil dan besar habis dijual kepada pemborong. Jumlah itu sentiasa meningkat saban tahun.

Beroperasi di bahagian anjung hadapan rumah, Siti Raya baru sahaja membuka ruang pameran untuk enam jenis kuih bangkit yang dihasilkan.Ini bagi membolehkan orang ramai yang datang ke kedainya untuk melihat sendiri pemprosesan kuih bangkit yang dibantu 10 pekerja itu.

Beliau  hanya menfokus kepada kuih bangkit sahaja, namun permintaan terhadap kuih itu sentiasa meningkat. Pelanggan setia dari dahulu sentiasa datang setiap tahun untuk mendapatkannya.
Beliau juga berasa yakin dan tidak bimbang dengan persaingan terutama biskut yang lebih moden kerana pasaran untuk biskut tradisi tetap ada.

Walaupun, saya tidak mahir dalam segi pembuatannya, namun niat dan usaha membantu memasarkan jualan ini sememangnya dituntut sebagai saling membantu  memajukan Industri Kecil dan Sederhana(IKS) kita di Malaysia.

Semoga coretan kali membantu anda mengambil peluang menceburi bidang perniagaan ini.

DELIVERY AREA- seremban-bangi-kajang-putrajaya- -KL -shah alam-(kalau ada permintaan)
HARGA BORONG: sila call/sms/pm 012-7482126

Kepada yang berminat boleh berhubung terus kepada saya. Jadikan ni langkah permulaan anda untuk mulakan perniagaan.

Artikel Penuh:  http://www.kosmo.com.my/kosmo/


Selasa, 18 Ogos 2015

PERNIAGAAN MUSIM PERAYAAN

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google

Berniaga di musim perayaan. Topik ini menarik perhatian saya untuk berkongsi dengan anda semua. Saya boleh dikategorikan sebagai “ Peniaga Bermusim” sahaja, selepas raya saya tidak lagi menjalankan aktiviti berniaga. Namun pengalaman ini sangat indah dan menjadi satu memori buat kami untuk dikenang kembali.

Idea berniaga di Tapak Bazar Ramadhan ini bermula apabila kawan suami mengajak kami berdua bersama-sama berniaga. Pada ketika itu, kami belum ada produk yang menarik untuk dijual sehinggalah En Suami mengajak saya  mencuba berniaga berasaskan manisan seperti aneka puding. Bagi saya, aneka puding juga boleh menarik pelanggan untuk membeli sekiranya mempunyai kualiti rasa yang sedap dan variasi yang pelbagai ,malah manisan jenis  ini tahan lama untuk disimpan ditempat sejuk.

Disamping itu, saya  mempelawa kawan-kawan yang ingin berniaga untuk sama-sama mencuba menjual produk mereka. Niat saya ingin membantu mereka mendapatkan pendapatan sampingan seterusnya dapat mempelbagaikan jenis barangan di gerai kami. Kita semua perlu mencuba melakukan sesuatu dan berani bertindak kerana jika kita mempunyai idea tapi tiada tindakan,maka usaha itu hanyalah sia-sia. Yakinlah untuk memulakan tindakan pertama kerana perkara lain akan menyusul dengan izinNya.

Alhamdullilah pada tahun ini, kami masih meneruskan aktiviti berniaga di Bazar Ramadhan yang berdekatan dengan rumah. Lokasi yang dekat ini memudahkan En suami memunggah barangan ke tempat berniaga.Saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana hasil air tangan kami berdua mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembeli. Pengalaman yang paling seronok apabila pelanggan yang sama sentiasa mengunjungi gerai kami pada setiap hari dan jalinan silaturrahim antara peniaga dapat dikekalkan sehingga kini.

Bagi saya perkara penting adalah NIAT @ TUJUAN kita laksanakan perniagaan ini. Semoga suatu hari nanti saya dapat memasarkan produk yang memberi manfaat kepada pembeli. InsyaAllah Rezeki Ramadhan yang saya dapat akan saya agihkan sebaik mungkin bagi mendapat keredhaan ALLAH.
Oleh itu, berniaga di musim perayaan adalah antara perniagaan yang boleh kita mulakan secara kecil-kecilan kerana terdapat banyak jenis perniagaan yang boleh dilakukan seperti berniaga pakaian, aksesoris dan makanan yang mana ianya menjadi tumpuan pembeli di musim perayaan.

Akhir sekali  saya kongsikan 6 tips yang saya amalkan.
1. Niat berniaga kerana ALLAH Taala.
2. Yakin bahawa rezeki daripada Allah.
3. Set matlamat dan target yang jelas.
4. Berdamping dengan golongan yang berjaya dan positif.
5. Tambah ilmu (ilmu akhirat dan dunia).
6. Bersedia dari segi fizikal & mental.


Saya doakan anda yang menziarahi blog saya dipermudahkan urusan didunia & akhirat. Semoga entri kali ini memberi manfaat kepada semua.

Tapak Bazar Ramadhan Nilai