Khamis, 12 Oktober 2017

MOVING UP SEMINAR 2017


Semalam adalah kenangan. Hari ini kenyataan yang perlu dilalui. Esok pula impian untuk terus membina masa hadapan. Moga perancangan kita dipermudahkan dengan izinNya.

Menghadiri seminar anjuran Amway iaitu “Moving Up Seminar (MUS) 2017” di Melaka adalah satu pengalaman yang sangat seronok dan mengembirakan. Rata rata yang yang menghadiri adalah bumiputera seramai 700 orang. Satu seminar yang membawa aura positif dalam diri. Seronok bila dikelilingi orang2 yang ingin berjaya dalam perniagaan.

Pengalaman ini mengimbau kembali kenangan yati yang pernah pergi seminar Dr Azizan pada tahun lepas..orang ramai berlumba untuk mencari ilmu pengetahuan bagi mengubah kehidupan yang lebih baik. Ilmu yang diberikan sangat2 membantu bila kita rajin membuat tindakan. Just tiru kejayaan mereka dan berusaha bersungguh-sungguh.

Pengisian ilmu selama 2 hari dalam seminar tersebut membuka minda yati tentang potensi bisnes Amway yang telah melahirkan ramai insan berjaya tidak mengira bangsa dan agama. Yati berbangga jugak ramai generasi muda sekarang mula melibatkan diri dalam bisnes ini. Memang susah nak memberi gambaran sebenarnya pada orang lain, walaupun suami kita sendiri..ia melibatkan jiwa yang mendalam dalam perniagaan ini. Bagi yati, ia mengambil masa untuk kita melalui proses untuk berjaya.. InsyaAllah setiap insan layak untuk mencapai kejayaan. Kita yang membina perniagaan itu sendiri.

Next coretan yati coretkan kelebihannya apabila kita mendaftar sebagai ahli Amway. Mesti ramai diantara anda nak lebih tahu.

Jom layankan gambar2 ini sebagai kenangan

Tetap tersenyum, ..


Insan hebat dalam Bisnes Amway


khusyuk mendengar taklimat

Ambil aura2 yang positif dalam dewan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan