Selasa, 29 September 2015

MASA BERKUALITI

Teks: Norhayati Mohd Nooh

Alhamdulillah, saya panjat kesyukuran masih lagi diberi kesempatan menikmati masa yang berkualiti bersama keluarga tercinta sempena cuti raya Aidiladha. Sesungguhnya masa yang ada, saya tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama mak, adik beradik, keluarga mertua dan sedara mara. Bagi saya musim perayaan membolehkan kami suami isteri mengambil cuti yang panjang.

Antara pengalaman menarik yang saya boleh kongsikan dengan anda sepanjang percutian kami:-

Dapat berbakti kepada orang tua   - diberi kesempatan untuk berjumpa ibubapa kami dikedua-dua belah pihak. Dapat meluangkan masa yang sekejap dengan bertanya khabar, berkongsi cerita dan berkumpul untuk makan bersama-sama. Inilah hadiah yang paling bermakna bagi saya apabila dapat melihat mereka bergembira.

Dapat berkumpul beramai-ramai dengan adik beradik, makcik-makcik dan sepupu yang lain- Percutian kali ini juga sebenarnya untuk meraihkan sepupu yang akan melangsungkan pertunangan. Seronok melihat dan merasai suasana yang riuh-rendah apabila kita kumpul bersama-sama menghantar rombongan pertunangan.
 
Dapat berkongsi ilmu perniagaan- Teruja dengan kesungguhan dan kegigihan kak dan abang ipar yang menjalankan perniagaan hanya di rumah. Selama 3 tahun menjalankan perniagaan, kini hasil perniagaan telah menampakkan kejayaan yang membanggakan. Perniagaan beliau sekeluarga adalah berasaskan produk air (Air sihat teknologi Nano-DR SUKIDA). Banyak ilmu dan pengalaman dapat dikongsi bersama.

Bagi kita yang masih ada keluarga, Hargailah dan setiasa mengeratkan silaturrahim selagi mereka ada.  Nikmatilah masa yang ada dengan sebaikmungkin dengan insan-insan yang kita sayang. Semoga iringan doa sentiasa dipanjatkan untuk kesejahteraan serta kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat.




Selasa, 22 September 2015

MUSIM PERAYAAN KEMBALI LAGI..

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google

Raya haji @ Aidiladha tinggal dua hari lagi….nak tahu BISNES yang saya lakukannya dalam musim perayaan kali ni???

Kali ini saya kongsikan dengan anda. Alhamdulillah, saya masih dapat meneruskan membuat pemasaran secara kecil-kecilan perniagaan Kerepek dan Biskut Bangkit Cheese. Tujuan asal saya untuk pasarkan produk tersebut bukan mencari keuntungan semata-mata, tapi untuk membantu sahabat handai @ rakan sekerja untuk memudahkan membuat pembelian. Pada ketika ni ada yang sudah sibuk untuk menyediakan persiapan untuk balik raya ke kampug halaman.
Mungkin anda juga seperti saya tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung. Terbayang-bayang wajah insan yang kita sayang.

Bagi yang bekerja mungkin tiada masa untuk keluar membeli. Maka peluang ini saya cuba manfaat bagi memudahkan proses pembelian dan penjimatan masa. Walaupun pesanan biskut dan kerepek ini tidak sehebat musim raya Aidilfitri,namun ada juga permintaannya. Tidak ketinggalan juga ada kawan-kawan saya yang ingin membawa balik sebagai bekalan untuk santapan seisi keluarga.  

Amalan  sentiasa memberi sedikit buah tangan sekiranya kita mengunjungi keluarga amat digalakkan dan jangan dilupakan. Sesungguhnya sedekah tidak akan mengurangkan rezeki kita.
Sumbangan ikhlas yang kita berikan,InsyaAllah dapat membantu mengeratkan hubungan silaturrahim. Perkara penting yang saya amalkan dengan memastikan produk yang kita jual mestilah menepati citarasa pembeli.

Semoga anda yang menziarahi blog saya mendapat hidayah dan dimurahkan rezeki.
#muhasabahdirisendiri
#Selamathariraya
#Berhatihatibalikkampung.


KEREPEK BAWANG
BISKUT BANGKIT CHEESE











Isnin, 21 September 2015

ETIKA PENULISAN TERBAIK


Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google

Penggunaan teknologi semakin mendapat liputan yang meluas  dikalangan  generasi muda kini. Informasi dan maklumat mudah diperolehi dengan mengunjungi laman-laman web atau sosial.

Antara contoh yang saya perhatikan adalah jika dahulu kita bergantung kepada surat khabar...hari ini generasi baharu kurang dan tidak lagi membaca surat khabar. Tabiat membaca surat khabar kian dipinggirkan sebaliknya mereka bergantung kepada laporan media sosial. Banyak bahan media elektronik dan digital telah diaplikasikan untuk memudahkan pembacaan.  Kaedah penambahbaikkan penyaluran maklumat telah dipelbagaikan dalam menarik minat membaca.

Namun bagi pendapat saya,bukan semua laporan dalam media sosial itu benar...kadang-kadang ada yang palsu, ada yang fitnah dan ada yang separuh benar. Maka dalam dunia tanpa sempadan inilah (penyebaran maklumat dalam media sosial) yang paling mencabar. Rakyat kita lebih percaya berita yang dikeluarkan media sosial berbanding artikel surat khabar. Maka kita perlu berhati hatilah takut tersebar khabar angin. Hanya anda yang mampu membuat penilaian terhadap artikel tersebut sama ada ianya berunsurkan positif atau negative.

Sebagai seorang penulis yang sangat baru di alam siber, saya cuba belajar untuk memperbaiki penulisan dan menyumbangkan idea yang baik untuk tatapan pembaca.  Saya juga cuba mengelakkan sebarang penulisan yang berunsurkan politik,hukum agama dan penyebaran fitnah. InsyaAllah…..saya mengaharapkan penulisan yang boleh memberi manfaat kepada anda.

Di sini saya ingin kongsikan bersama-sama anda sedikit panduan berkenaan dengan etika penulisan di blog mengikut pandangan Adarain.(Artikel penuh boleh dilihat DISINI).

ETIKA PENULISAN DI BLOG
1)      Dalam penulisan jangan terlalu short form sangat macam SMS. Elakkan menggunakan perkataan short form dan gunakan perkataan penuh bagi memudahkan pembaca lebih memahami.
2)       Gunakan bahasa yang baik
3)      Berkongsilah perkara yang baik. Perkara yang baik di sini bermaksud anda berkongsi petua, pengalaman anda, tip-tip dan banyak lagi yang mungkin berguna untuk rakan-rakan blog.
4)      Jangan copy-paste bulat-bulat entry orang lain melainkan setelah mendapat keizinan tuan empunya entry.
5)      Jangan menulis perkara yang berunsurkan seks begitu juga dengan gambar yang tidak senonoh.
6)      Jika anda menulis berkenaan dengan informasi atau fakta, pastikan dan periksa fakta yang anda kongsikan itu betul dan bukannya tipu.

BEZAnya, kita PERLU tambahkan lagi ilmu seandainya kita mahu menulis blog berinformasi, mempunyai trafik tinggi dan blog yang dapat membantu kita menjana pendapatan. smile emoticon Belajar cara menulis yang betul, InsyaAllah boleh memberi hasil yang kita mahu.
==============================
Di Akademi Bekerja DiRumah (ABDR), kami menawarkan 2 kelas blog:
1) Kelas Asas Blog dan Penulisan
2) Kelas Asas Mula Bisnes Online


Jumaat, 18 September 2015

JUALAN BISKUT KEMBALI


Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Norhayati Mohd Nooh


ANDA PENGGEMAR BISKUT BANGKIT?
Biskut Bangkit Kini Kembali Dgn Sentuhan Rasa Moden Yang Berasaskan Keju!
Dengan Ramuan Utama Potongan Keju Cheddar Yang Pasti Membuat Anda Teruja!

 
Biskut Bangkit Cheese yang terbaik!!!!

Wah macam sedap je??

Rugi kalau anda tidak mencuba dan merasai kenikmatanya….
90% drpd pelanggan kami mengatakan mereka begitu teruja sekali dgn rasa kejunya.
Pasti akan ada memukau sesiapa saja utk mencubanya.
Dan yg paling penting mereka semua repeat order lagi...
Tapi macam biasa, kebanyakkan pelanggan saya order bukan sebab nak makan masa raya sahaja..tapi makan bila-bila masa..terutamanya untuk majlis-majlis tertentu..

Kepada yang berminat boleh berhubung terus kepada saya. Tempahan boleh dibuat DISINI
InsyaAllah..saya sedia membantu


JANGAN KETINGGALAN!!!!.tempahan awal diperlukan.

Khamis, 17 September 2015

BEKERJA SAMBIL BERIBADAH

Teks: Norhayati Mohd Nooh

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada susah dan senang, lemah dan malas, takut dan kikir serta bebanan hutang dan penindasan orang lain”- Hadith Riwayat Al Bukhary


Bekerja sambil beribadah. Saya kongsikan penulisan ini sebagai motivasi diri yang dapat memberi manfaat kepada anda semua. Bagi anda yang bekerja dengan majikan, bekerja sendiri @ suri rumah anggaplah bahawa setiap tindakan yang kita laksanakan ini sebagai bentuk ibadah untuk mencari keredhaan dan keberkatan. Dalam konteks pandangan Islam, bekerja juga merupakan suatu tugas yang mulia, yang boleh membawa diri seseorang pada posisi terhormat, bernilai, baik di mata Allah SWT mahupun di mata masyarakat walaupun hanya bekerja di rumah sahaja.

Diantara amalan yang membolehkan kita mendapat pahala ialah bermula dengan niat kita menjalankan  tugas. Tanamkan niat dalam diri untuk bekerja dengan betul dan ikhlas semata-mata  kerana Allah bagi memudahkan hasil yang diperolehi mendapat keberkatan serta mencukupi untuk seisi keluarga. Tetapkan kepentingan kerja berdasarkan matlamat yang jelas, realistik dan boleh dicapai. Bagi saya antara bekerja dan berniaga, kedua-duanya adalah sama iaitu keutamaannya adalah nombor satu. Mestilah seiring dengan tindakan.InsyaAllah.

Kerja yang banyak,jangan dijadikan sebagai alasan untuk kita tidak mampu melakukan dan memperbanyakkan amalan kebaikan kepada Allah swt. Ingatlah rezeki ketentuan Allah. Sebagai insan yang lemah ini, amalan zikir jangan ditinggalkan. Bagi anda yang sentiasa sibuk,cuba luangkan sedikit masa untuk menghadiri majlis-majlis ilmu untuk mendengar ceramah agama.
Oleh itu, sambil kita bekerja,ibadat dapat disempurnakan.

Pengurusan masa juga memainkan peranan penting dalam kehidupan. Bila dikenang kembali memori yang lalu, sudah tentu banyak masa digunakan dengan sia-sia. Perkara yang lepas biarlah ia menjadi sejarah, yang penting sekarang kita berubah kearah kebaikan. Rancanglah waktu anda dengan sebaik mungkin. Semoga kerja yang kita laksanakan menjadi ibadat dan pahala  untuk bekalan di akhirat. Sama-sama kita lakukan perubahan yang terbaik untuk diri sendiri.


#muhasabahdiri

Selasa, 15 September 2015

MAJALAH PILIHAN NO 1

MAJALAH MINGGUAN WANITA
Majalah Mingguan Wanita adalah majalah pilihan saya berbanding majalah lain di pasaran. Saya adalah peminat tegar majalah ini, setiap keluaran mesti ditunggu-tunggu kerana  ianya menampilkan informasi  yang menarik tentang kejayaan wanita. Saya tertarik untuk menjadikan  majalah ini sebagai topik penulisan saya. Berkongsi pengalaman dan minat membaca dengan anda tentang keunikkan majalah ini.Mungkin anda juga pernah membacanya.

Saya sudah mengenali majalah ini sejak zaman muda lagi dan sehingga kini saya sudah mempunyai hampir 200 buah naskah majalah. Saya suka menyimpan majalah ini sebagai koleksi peribadi dan sentiasa mengulangi pembacaan pada setiap masa. Harganya cukup berbaloi dengan isi kandungannya. Saya masih ingat lagi harga sebuah majalah ini dahulu baru RM3.30 meningkat naik sedikit sehingga sekarang menjadi RM4.00 senaskah. Kulit majalah ini telah diupgarde lebih keras berbanding dahulu. Saya ingat lagi jika majalah ini koyak saya sanggup untuk menampalkan balik helaian tersebut. Sampai sekarang ia masih tersusun rapi di satu sudut ruang rumah saya sebagai terapi diri.

Bagi saya tidak rugi saya mengagihkan sedikit  wang  semata-mata untuk membeli majalah ini. Majalah ini banyak memaparkan pelbagai informasi terutama mengenai wanita dari segi pendidikan keibubapaan, kisah ibu tunggal yang berjaya, pengurusan kewangan, penjagaan diri dan kesihatan. Melalui pembacaan ini saya dapat mengembangkan ilmu pengetahuan dan meluaskan minda bagi menghadapi cabaran mendatang.  

Baru-baru ini perkongsian ilmu dan panduan daripada pengasas Akedemi Bekerja Dari Rumah(ABDR) iaitu Pn Mas ayu Ahmad menarik minat saya mendapatkan keluaran tersebut setiap minggu, Alangkah ruginya jika saya tertinggal topik  yang dibincangkan. Banyak tip-tip yang berguna untuk kita berniaga secara online. Beliau banyak menghuraikan langkah demi langkah bisnes online dan panduan bekerja dirumah.  Penulisannya sangat membantu anda mendapatkan maklumat mengenai ABDR. InsyaAllah  saya cuba aplikasikan dalam kehidupan saya.

Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membawa  manfaat untuk anda. Jadikan membaca itu sebagai hobi dan minat anda untuk sentiasa mencari ilmu. Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut ABDR boleh klik DISINI

“ Orang yang suka membaca cenderung, TERUS MEMBACA dan sentiasa  MENCARI BUKU BARU"

Antara koleksi peribadi majalah Mingguan Wanita


Isnin, 14 September 2015

BISNES KAMPUS



Teks: Norhayati Mohd Nooh

Foto: Carian google


ALHAMDULILLAH…Semoga hari ini membawa kebahagiaan dan ketenangan buat anda.

Akitivi hujung minggu yang padat telah dapat ditempuhi dengan sebaik mungkin. Kebiasaanya bagi kami yang bekerja cuti sabtu dan ahad adalah hari yang ditunggu-tunggu untuk bercuti bersama keluarga. Perancangannya yang  telah dibuat perlu dilaksanakan dengan secepat mungkin. Saya bersyukur kepada Allah masih memberi limpahan kasih sayang yang berpanjangan buat kami berdua,walaupun kami  masih belum dikurniakan zuriat sendiri.Saya yakin perancangan Allah adalah yang terbaik buat hambanya, Sentiasa bersangka baik dengan ketentuanNya.InsyaAllah jika diizinkan pasti saatnya akan tiba.

Aktiviti mencari bekalan kerepek diteruskan dengan mendapatkan bekalan di Banting, Selangor. Perjalanan hanya mengambil masa satu jam dari Nilai. Perancangan kami untuk menjual makanan ringan(kudap-kudapan) sebagai  permulaan bisnes kampus. Fokus dan tindakan perlu dijalankan seiring supaya matlamat dapat dicapai. Kami perlu membeli secara borong dan menjualnya dalam kuantiti yang kecil. Alhamdulillah kerjasama dengan En suami dapat memudahkan dan mempercepatkan  lagi proses pembungkusan diataskan sumbangan tenaga dan masa beliau. Kami juga perlu mencari pasaran dikalangan pelajar yang menduduki kolej kediaman untuk memasarkan dan membuat pengagihan produk kami. Bagi saya yang penting kita belajar mencari untung kecil dahulu sebelum mengembangkannya.

HARI TERBUKA USIM 2015 yang diadakan baru-baru ini  juga menarik perhatian saya mengunjungi. Terdapat pameran dan gerai jualan, pertandingan, pameran sains, pemeriksaan kesihatan dan pergigian, aktiviti bersama kanak-kanak, program bersama komuniti, USIM talents search serta bengkel bacaan surah Al-Fatihah.Hari Terbuka USIM 2015 dilaksanakan bertujuan untuk memperkenalkan USIM sebagai sebuah universiti berteraskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli. Penganjuran hari terbuka itu dilakukan bersempena sambutan ulang tahun ke-15 USIM.


Saya juga kagum dengan penyertaan pelajar  secara langsung  dalam menceburi dunia perniagaan dengan membuka gerai jualannya. Bisnes kampus yang dilakukan sebenarnya membantu pelajar membina jaringan perhubungan dengan pelanggan yang sedia ada. Bisnes kampus sebenarnya adalah permulaan untuk kita memberanikan diri untuk berhadapan dengan pelanggan luar. Bina keyakinan dalam diri serta tingkatkan ilmu perniagaan seawal mungkin sebagai persediaan melangkah ke dunia pekerjaan. Apa yang saya kongsikan adalah sebagai  panduan kepada adik-adik yang berminat untuk menjana pendapatan sendiri  di kampus tanpa perlu mengharapkan bantuan orang lain. Saya  sebelum ini kurang mendapat pendedahan tentang ilmu perniagaan. Namun itu bukan halangan untuk saya sentiasa belajar dan belajar mencari ilmu pengetahuaan.

Doakan saya berjaya dan mampu lakukan.
#peringatanuntukdirisendiri



Khamis, 10 September 2015

BUKU MOTIVASI PILIHAN

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google


Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih tercari-cari jalan.”-  SAIFUL NANG

Ini adalah petikan dalam buku SAIFUL NANG- Kisah Orang Menang.   Buku yang disyorkan oleh adik ipar saya untuk dibaca. Tercari-cari juga siapakah penulis  ini. Rupa-rupanya beliau adalah fotografi yang terkenal dalam masa yang sama telah menghasilkan sebuah  buku. Beliau di antara orang-orang terawal kat Malaysia ni yang shoot gambar-gambar candid masa wedding menggunakan DSLR camera.Tertarik juga  saya untuk membeli di Kedai "Buku POPULAR" setelah selesai kerja untuk  mencari idea-idea baru penulisan blog ini.

Saya kongsikan dengan anda pengsian dalam buku beliau. Dalam buku ni jugak, menekankan yang beliau  bukan berasal dari keluarga senang, belajar dan sentiasa berusaha  buat macam-macam cara untuk dapatkan duit. Banyak kaedah alternatif  yang diaplikasikan.. Good!

Buku ni lebih kepada buku motivasi, banyak nasihat-nasihat dan tips-tips berguna untuk kehidupan seharian kita ni. Cara penyampaian sangat santai, seolah-olah  anda sedang membaca blog kawan-kawan.

Tidak manjakan anak-anak beliau  dengan kemewahan, dan beliau gunakan kesenangan hidup  untuk membantu orang lain jugak.  Telah  menubuhkan Rumah Prihatin bersama-sama kawan rapatnya bagi menempatkan golongan kurang bernasib baik. Sungguh berhati mulia insan ini.

Overall, buku ni banyak membuka mata dan mengingatkan kita tentang kehidupan yang kita lalui. Bila difikirkan kita susah sekarang, tetapi ada insan yang lagi susah dari kita.


Semoga bertambah ramai lagi  jutawan-jutawan Malaysia yang berfikiran dan bersikap seperti beliau.Anda boleh menziarahi blog beliau DISINI.
Penulisan  yang boleh memberi manfaat kepada anda untuk sentiasa maju kehadapan

Nasihat untuk kita semua 

Rabu, 9 September 2015

BISKUT BANGKIT CHEESE


Teks: Norhayati Mohd Nooh

Foto: Carian google

Hai.. pejam celik pejam celik dah masuk minggu kedua kita di bulan September ni kan? Bila dah masuk bulan nie, kita akan mula terfikirkan persiapan untuk raya haji yang akan menjelang 2 minggu lagi dari sekarang? Musim cuti persekolahan penggal kedua juga akan akan tiba? Ada yang sudah merancang untuk balik ke kampung bercuti …  Malah dah ada yang dah dalam proses menyiapkan biskut raya. Tapi tak kurang juga yang cuma tempah dan beli sahaja biskut raya kan? Awak dah jumpa biskut raya sedap ke? Kalau belum, saya nak rekemen biskut-biskut raya saya.... memang tersangatttlahhh terbaikkk, sedap sampai tak boleh nak cerita!

Memperkenalkan, biskut yang sangat sedap, cair di mulut iaitu Biskut Bangkit Cheese!!



 Biskut ni adalah merupakan biskut homemade yang dibakar dengan penuh kasih dan sayang,Mungkin anda masih lagi teringat entri  saya yang sebelumnya..

Walaupun cuma raya haji sahaja, tapi perasaan tetap sama macam raya gittew..

Tapi macam biasa, kebanyakkan pelanggan saya order bukan sebab nak makan masa raya sahaja..tapi makan bila-bila masa..terutamanya untuk majlis-majlis tertentu..

Diharapkan anda sudi untuk mencuba & membeli..

DELIVERY AREA-seremban-bangi-kajang-putrajaya- -KL -shah alam-(kalau ada permintaan)
HARGA BORONG: sila call/sms/pm 012-7482126
Kepada yang berminat boleh berhubung terus kepada saya. 
InsyaAllah..saya sedia membantu



Selasa, 8 September 2015

BIISNES OFFLINE ( SIRI 3)


Teks: Norhayati Mohd Nooh


"BISNES KAMPUS"
Topik kali ini menarik minat saya untuk berkongsi dengan anda. Paparan akhbar minggu lepas banyak memaparkan mengenai kemasukan pelajar baru ke Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA). Bila dilihat mengenai sttistik kemasukannya, berlaku penambahan pelajar  hampir setiap tahun.Tahniah juga diucapkankan kepada adik saya(JuraidahMohd Nooh) kerana dapat menyambung pelajaran ke peringkat master di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM). Terasa seronoknya dapat menambah ilmu pengetahuan di Menara gading, mengimbau kenangan 10 tahun lalu saya di Universiti Utara Malaysia.

Alhamdullilah, saya sangat bersyukur En suami adalah staff di USIM, boleh juga  beliau berkhidmat menyumbang tenaga untuk memajukan visi dan misi universiti. Mungkin ada hikmah sebaliknya penghijrahan saya dari Kluang Ke Nilai, Negeri Sembilan. Bumi bertuah Nilai adalah antara tempat  yang sedang meningkat naik dengan aktiviti pembangunan kerana kawasannya yang strategic  kerana adanya pusat pendidikan serta berhampiran dengan bandar-bandar besar.

Berbalik kepada bisnes kampus, saya rasa alangkah ruginya jika saya tidak mengambil peluang menjalankan perniagaan secara kecil-kecil. Perancangan kami untuk berniaga menjual makanan ringan(kudap-kudapan)@ Bisnes makanan sedia ada(ready-to-eat)seperti burger@sandwich@makanan sejuk beku yang telah digoreng.Mungkin perniagaan yag saya jalankan tidak mendapat keuntungan yang banyak,tapi jika ia dilakukan secara berterusan dan istiqamah akan mendatangkan hasilnya. InsyaAllah semoga segala aktiviti kami ini dipermudahkan. Pengalaman yang lalu semasa berniaga di Tapak Eskpo USIM banyak membantu kami untuk berjinak-jinak berniaga dikampus. Kalau kita tidak mencuba, mana mungkin kita mendapat hasil.
 
Saya senaraikan‘Bisnes Kampus’yang boleh dijadikan pilihan berniaga. Antaranya:-

·         Jual kad tambah nilai pra bayar (topup)
·         Perkhidmatan fotokopi atau cetakan
·         Khidmat menyunting tugasan (proof reading)
·         Cetakan T-Shirt/Jualan t-shirt Muslimah
·         Menjual makanan dari bilik ke bilik
·         Khidmat membaik-pulih laptop
·         Khidmat dobi / mencuci pakaian

Sebenarnya dalam mana-mana bidang  perniagaan, tindakan permulaan inilah yang paling sukar kita laksanakan. Adakah kita mampu untuk melakukan.”Mulakankan dengan langkah pertama,BUKTIKAN DENGAN TINDAKAN..InsyaAllah  tindakan yang lain akan menyusul dengan izinNYA”pesanan Pn Azura Abdullah dalam Buku Bekerja & Berniaga: Panduan kejayaan untuk Suri  masih lagi saya ingat sampai sekarang..

Doakan saya berjaya dam mampu lakukan.
#peringatanuntukdirisendiri




Isnin, 7 September 2015

KEUTAMAAN KERJA


Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google



Hari ini permulaan untuk menjalankan aktiviti seperti biasa iaitu Berkerja & Berniaga. Permulaan untuk mencari semangat bekerja pada hari Isnin setelah bercuti 2 hari. Bagi saya banyak perlu diselesaikan dari segi kerja yang bertimbun2 diatas meja,kalau boleh dapat kurang sedikit lagi baik..tenteram mata memandang dan boleh tenang mencari idea.


Thing To do List Today
1.       Settle keja di atas meja
2.       Dapatkan idea untuk penulisan entri yang menarik
3.       Dapatkan idea pemasaran yang berkesan
4.       Buat promosi Produk Dropship Buku


Semoga saya dapat gunakan masa yang ada ini dengan sebaik mungkin. JANGAN BERTANGGUH KERJA.
Peingatan untuk diri saya, Lakukan yang terbaik. Senaraikan keutamaan kerja yang perlu dibuat.
Semoga Allah permudahkan segala urusan.InsyaAllah.


Jumaat, 4 September 2015

MENANGGUHKAN KEJAYAAN

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google





















Salam Jumaat, semoga anda yang menziarahi blog saya mendapat kebahagian di dunia dan akhirat.

Penyataan Dr Azizan Osman diatas membuatkan saya tersentap. Adakah saya salah seorang yang suka bertangguh dalam melakukan sesuatu perkara???

Mungkin YA dan mungkin TIDAK….Hati mahu melakukan sesuatu yang boleh mengubahkan hidup, tetapi mulut berkata “Tunggu dulu”. Nak risau apa. Esok kan masih ada… hari ini boleh relax-relax dulu sebab nak mengubahkan hidup, bunyi macam susah je… lagi pun ada banyak rutin harian lain yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Ini adalah ayat yang spontan terdetik dihati kita, saya juga selalu melaluinya.

Kita sebagai manusia sering lalai dan terleka sehingga  sanggup menangguhkan sesuatu perkara dan menyebabkan masa berlalu pergi begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan. Terlalu banyak alasan, tidak serius dalam mengambil keputusan dan tiada deadline dalam matlamat menjadi sebab utama penangguhan kerja kita.  

Apa yang dapat disimpulkan adalah:

1.       Kenalpasti tugasan/perkara terpenting yang perlu diselesaikan pada hari tersebut
2.       Lakukan sebahagian kecil tugasan walaupun malas. Yang penting kita ‘bermula’
3.       Hapuskan segala gangguan
4.       Bila dilanda perasaan malas& bosan, rehat sebentar, tarik nafas dan biarkan semua godaan itu berlalu.
5.       Stay in focus untuk menyelesaikan tugas kita

Saya harap saya boleh berubah dan istiqamah dalam setiap tindakan begitu juga anda.
Mampu mengubah dari  keadaan biasa-biasa kepada luarbiasa. InyaAllah semoga Allah membantu 
mempermudahkan segala urusan.














Khamis, 3 September 2015

TIPS PROMOSI MENGGUNAKAN RISALAH


Teks: Norhayati Mohd Nooh

Saya ingin berkongsi dengan anda mengenai cara pengiklanan yang dapat  memperkenalkan produk anda kepada umum. Antaranya ialah risalah. Risalah merupakan salah satu kaedah promosi yang lazim digunakan oleh para peniaga. Kaedah promosi sebegini dapat dilakukan oleh peniaga kecil yang mempunyai modal promosi yang terhad.  Bagi saya kaedah  ini langkah permulaan jika ingin mencuba bisnes secara offline.

Berikut merupakan tips-tips untuk memaksimakan promosi menggunakan risalah.

1.Risalah haruslah menarik

Perkara ini penting kerana waktu yang digunakan untuk membaca risalah adalah singkat. Ini menyebabkan betapa pentingnya pilihan warna yang menarik, susun atur, dan yang terutama sekali, jenis tawaran yang diberi serta ganjaran bagi siapa yang segera mengambil tindakan.

2.Tetapkan sasaran pasaran anda

Meskipun kos pembuatan risalah dikira murah jika dibandingkan dengan media promosi yang lain, namun jika tidak mengena dengan sasarannya akan mengakibatkan pembaziran. Sebelum anda mengedarkan risalah kepada orang ramai, pastikan bahawa anda mempunyai senarai sasaran pasaran, serta ciri-cirinya.

3.Edarkan ke sasaran pasaran yang tepat

Edarkan risalah kepada pasaran yang betul, contohnya, sewaktu seminar dan pameran. Risalah juga boleh diedarkan di kawasan perumahan, sesuai dengan sasaran pasaran anda. Lampirkan dalam surat khabar juga merupakan cara yang berkesan.

4.Selalu uji dan ukur 

Ini merupakan satu perkara penting untuk memastikan keberkesanan penyebaran risalah anda. Selalu uji sebelum mengedarkan risalah secara besar-besaran, baik dari segi menguji bahan risalah, sasaran pasaran dan kaedah pengedaran. Cara menguji cukup mudah, minta beberapa orang sebagai sasaran pasaran anda untuk melihat dan memberi maklum balas terhadap risalah yang anda reka. Jika mereka tertarik dengan risalah yang anda buat, dan tergerak melakukan pembelian saat itu juga, maka anda sudah bersedia untuk mengedarkannya secara besar-besaran. Setelah pengedaran dibuat, selalu pertingkatkan keberkesanan pengedaran risalah anda. Jika ada yang kekurangan, maka pembetulan perlu dibuat supaya kesalahan yang sama tidak diulangi.


------

Semoga maklumat ini dapat membantu anda mempromosikan produk. InsyaAllah

PERNIAGAAN BISKUT/MANISAN HOMEMADE

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Norhayati Mohd Nooh


Perkongsian ilmu pada hari ini tentang permintaan terhadap produk homemade.  Produk homemade yang diusahakan sering  mendapat sambutan yang menggalakkan dan mendapat tempat di hati masyarakat setempat.  Rasanya yang lebih enak berbanding produk sedia ada di pasaran mampu membuatkan pelanggan untuk membeli secara berulang kali.

 Jika kita lihat kepada trend semasa, pengusaha produk homemade ini memasarkan produk mereka secara online dengan tenaga kerja yang terhad. Jika permintaan yang diterima semakin meningkat, mereka mungkin perlu untuk menguruskan pengeluaran secara besar-besaran pula. Yang penting ilmu dan kesungguhan untuk mengembangkan perniagaan itu perlu ada dalam diri setiap individu.

Terdapat banyak lagi idea perniagaan kecil yang apabila diusahakan dengan betul, berpotensi untuk berkembang maju. Contohnya dalam pembuatan kek dan pastry, biskut raya dan pembuatan roti. Jenis perniagaan ini mampu menjana pendapatan mereka. Kemahiran yang kita ada perlu digunakan sebaik mungkin bagi menghasilkan produk yang lebih kreatif.

Mengenai  perniagaan Biskut Bangkit ini,pembekal kami menerima tempahan sepanjang tahun sekiranya ada permintaan dari pasaran. Contohnya biskut bangkit cheese@ santan ini boleh dijadikan hidangan manisan sempena kenduri kahwin  untuk diberikan saguhati kepada tetamu.

Kelebihan produk kami ialah:-
1. Dibuat menggunakan bahan-bahan yang asli dan tiada pengawet.
Ramuannya ialah: (Telur , Tepung Ubi , Santan Kelapa , Gula Halus Dan Garam)

2. Dibakar secara tradisional berserta teknologi moden untuk menghasilkan rasa dan aroma yang menyelerakan.

3. Rasanya yang lembut,rangup serta lemak berkirim pasti diminati oleh kanak-kanak serta golongan dewasa dan penggemar kuih tradisional.

 4. Produk keluaran bumiputera Melayu Islam yang halal, suci dan bersih.





*Harus diingat, untuk memulakan perniagaan, tidak perlu tunggu hingga segalanya sempurna. Apa yang penting idea anda boleh diterima masyarakat dan anda boleh terus memulakan perniagaan kecil tersebut. Pengalaman yang diraih sepanjang mengendalikan perniagaan itulah yang menjadikan perniagaan anda bertambah sempurna.


DELIVERY AREA-seremban-bangi-kajang-putrajaya- -KL -shah alam-(kalau ada permintaan)
HARGA BORONG: sila call/sms/pm 012-7482126
Kepada yang berminat boleh berhubung terus kepada saya. Tempahan boleh dibuat DISINI

InsyaAllah..saya sedia membantu.



Rabu, 2 September 2015

FOKUS, FOKUS DAN FOKUS LAGI..

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google


FOLLOW ONE COURSE UNTIL SUCCESSFUL(FOKUS)

















Jangan cepat berubah hati. Situasi ini selalu terjadi kepada kita semua sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila perniagaan kita agak lembab dan tidak berhasil. Selalunya ini berlaku pada peringkat awal perniagaan.

Jadi bagi mereka yang tidak tahan sabar, saat ini dirasakan gagal. Lalu, mereka membuat keputusan, ‘Sebelum gagal lebih lagi, baiklah mereka menukarkan kepada perniagaan lain!’

Jangan bimbang, bukan anda saja yang merasainya begitu. Ramai usahawan yang baru-baru terlibat di dalam perniagaan akan berpendapat sedemikian.

Sebenarnya, ini terjadi kerana kurang keyakinan dan tidak fokus. Anda hanya perlu fokus dan teruskan usaha anda. Usaha dengan lebih gigih lagi dan fokus pada satu perniagaan dulu sehingga berjaya. Jangan cepat-cepat menukar perniagaan lain.

Fokus kepada perniagaan kita sekarang dan sentiasa katakan kepada diri sendiri bahawa perniagaan yang kita sedang usahakan sekarang adalah yang terbaik.

Fokus kepada perniagaan yang kita usahakan sehingga benar-benar matang dan stabil sebelum membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan lain. Jangan jadi seperti pepatah Melayu, “yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran“.

Semoga anda semua mendapat semangat untuk membuat pembaharuan. Yakinlah  setiap tindakan  yang dilakukan mampu melakar kejayaan di dunia dan akhirat



BUKU AKU, DIA, & REZEKI

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google


Alhamdullilah, cuti hujung minggu yang panjang dapat saya khatam membaca buku ini dalam tempoh dua jam. Saya belajar sesuatu dalam setiap penceritaan yang  disampaikan dalam bahasa yang mudah dan ringkas. Berpesan kearah kebaikan adalah tujuan utama penulis untuk menghasilkan novel  ini melalui pengalaman sebenar seorang insan biasa. Amalan berkat memberi dan berkongsi, yang diamalkannya dapat memudahkan segala urusan harian.


Rezeki Allah itu maha luas. Rezeki tidak dinoktahkan hanya dengan limpahan wang ringgit, pangkat atau barisan kereta yang tersusun di dalam garaj. Rezeki datang dalam pelbagai rupa bentuk - kawan-kawan yang baik,kesihatan yang baik, orang-orang yang kita tidak kenali tetapi baik hati, ujian-ujian yang pada awalnya membuatkan kita kecewa tetapi pada akhirnya kita sujud syukur kerananya dan insiden-insiden luar jangka yang membawa rezeki.


Artikel yang pertama ini dalam novel ini membuatkan saya terkesima:

Pesan seorang sahabat yang telah berjaya dalam bisnes:-
“Setiap kali ada orang beli buku@ novel daripada kamu, teruskan masukkan 10 sen kedalam tabung masjid. Niatkan itu adalah sedekah daripada kamu & pembeli itu. Kamu dapat pahala, pembeli juga dapat pahala tanpa sedar. Kamu lihat apa kan berlaku selepas itu…….”

Saya terdiam dan merenung kembali adakah saya pernah melakukannya????

InsyaAllah saya mesti dan cuba amalkannya dalam perniagaan yang saya lakukan selepas ini. Saya yakin bahawa kita ada bahagian masing-masing. Bukan soal banyak atau sikit tetapi soalnya ada. Sama ada cukup atau tidak. Jangan malu untuk memberi,kerana tidak memberi langsung itu lagi memalukan. Amalan doa secara spontan juga amat digalakkan dalam urusan seharian kita.

Semoga penulisan kali ini memberi peringatan kepada diri saya sendiri dan anda semua sebagai hamba yang lemah.