Teks: Norhayati Mohd Nooh
Saya ingin berkongsi dengan anda mengenai cara
pengiklanan yang dapat memperkenalkan
produk anda kepada umum. Antaranya ialah risalah. Risalah merupakan salah satu kaedah promosi yang lazim
digunakan oleh para peniaga. Kaedah promosi sebegini dapat dilakukan oleh
peniaga kecil yang mempunyai modal promosi yang terhad. Bagi saya kaedah ini langkah permulaan jika ingin mencuba bisnes secara
offline.
Berikut merupakan tips-tips untuk memaksimakan promosi
menggunakan risalah.
1.Risalah haruslah menarik
Perkara ini penting kerana waktu yang digunakan untuk
membaca risalah adalah singkat. Ini menyebabkan betapa pentingnya pilihan warna
yang menarik, susun atur, dan yang terutama sekali, jenis tawaran yang diberi
serta ganjaran bagi siapa yang segera mengambil tindakan.
2.Tetapkan sasaran pasaran anda
Meskipun kos pembuatan risalah dikira murah jika
dibandingkan dengan media promosi yang lain, namun jika tidak mengena dengan
sasarannya akan mengakibatkan pembaziran. Sebelum anda mengedarkan risalah
kepada orang ramai, pastikan bahawa anda mempunyai senarai sasaran pasaran,
serta ciri-cirinya.
3.Edarkan ke sasaran pasaran yang tepat
Edarkan risalah kepada pasaran yang betul, contohnya,
sewaktu seminar dan pameran. Risalah juga boleh diedarkan di kawasan perumahan,
sesuai dengan sasaran pasaran anda. Lampirkan dalam surat khabar juga merupakan
cara yang berkesan.
4.Selalu uji dan ukur
Ini merupakan satu perkara penting untuk memastikan
keberkesanan penyebaran risalah anda. Selalu uji sebelum mengedarkan risalah
secara besar-besaran, baik dari segi menguji bahan risalah, sasaran pasaran dan
kaedah pengedaran. Cara menguji cukup mudah, minta beberapa orang sebagai
sasaran pasaran anda untuk melihat dan memberi maklum balas terhadap risalah
yang anda reka. Jika mereka tertarik dengan risalah yang anda buat, dan
tergerak melakukan pembelian saat itu juga, maka anda sudah bersedia untuk
mengedarkannya secara besar-besaran. Setelah pengedaran dibuat, selalu
pertingkatkan keberkesanan pengedaran risalah anda. Jika ada yang kekurangan,
maka pembetulan perlu dibuat supaya kesalahan yang sama tidak diulangi.
------
Semoga maklumat ini dapat membantu anda mempromosikan
produk. InsyaAllah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan