Teks: Norhayati Mohd Nooh
"BISNES KAMPUS"
Topik kali ini menarik minat saya untuk berkongsi dengan
anda. Paparan akhbar minggu lepas banyak memaparkan mengenai kemasukan pelajar
baru ke Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA). Bila dilihat mengenai sttistik
kemasukannya, berlaku penambahan pelajar hampir setiap tahun.Tahniah juga diucapkankan
kepada adik saya(JuraidahMohd Nooh) kerana dapat menyambung pelajaran ke peringkat
master di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM). Terasa seronoknya dapat
menambah ilmu pengetahuan di Menara gading, mengimbau kenangan 10 tahun lalu
saya di Universiti Utara Malaysia.
Alhamdullilah, saya sangat bersyukur En suami adalah
staff di USIM, boleh juga beliau berkhidmat
menyumbang tenaga untuk memajukan visi dan misi universiti. Mungkin ada hikmah
sebaliknya penghijrahan saya dari Kluang Ke Nilai, Negeri Sembilan. Bumi
bertuah Nilai adalah antara tempat yang
sedang meningkat naik dengan aktiviti pembangunan kerana kawasannya yang strategic
kerana adanya pusat pendidikan serta
berhampiran dengan bandar-bandar besar.
Berbalik kepada bisnes kampus, saya rasa alangkah ruginya
jika saya tidak mengambil peluang menjalankan perniagaan secara kecil-kecil.
Perancangan kami untuk berniaga menjual makanan ringan(kudap-kudapan)@ Bisnes
makanan sedia ada(ready-to-eat)seperti burger@sandwich@makanan sejuk beku yang
telah digoreng.Mungkin perniagaan yag saya jalankan tidak mendapat keuntungan
yang banyak,tapi jika ia dilakukan secara berterusan dan istiqamah akan
mendatangkan hasilnya. InsyaAllah semoga segala aktiviti kami ini dipermudahkan.
Pengalaman yang lalu semasa berniaga di Tapak Eskpo USIM banyak membantu kami
untuk berjinak-jinak berniaga dikampus. Kalau kita tidak mencuba, mana mungkin kita
mendapat hasil.
Saya senaraikan‘Bisnes Kampus’yang boleh dijadikan
pilihan berniaga. Antaranya:-
·
Jual kad tambah nilai pra
bayar (topup)
·
Perkhidmatan fotokopi atau
cetakan
·
Khidmat menyunting tugasan
(proof reading)
·
Cetakan T-Shirt/Jualan
t-shirt Muslimah
·
Menjual makanan dari bilik
ke bilik
·
Khidmat membaik-pulih
laptop
·
Khidmat dobi / mencuci
pakaian
Sebenarnya dalam mana-mana bidang perniagaan, tindakan permulaan inilah yang
paling sukar kita laksanakan. Adakah kita mampu untuk melakukan.”Mulakankan
dengan langkah pertama,BUKTIKAN DENGAN TINDAKAN..InsyaAllah tindakan yang lain akan menyusul dengan
izinNYA”pesanan Pn Azura Abdullah dalam Buku Bekerja & Berniaga:
Panduan kejayaan untuk Suri masih lagi
saya ingat sampai sekarang..
Doakan saya berjaya dam mampu lakukan.
#peringatanuntukdirisendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan