Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google
Salam Jumaat, semoga anda yang menziarahi blog saya
mendapat kebahagian di dunia dan akhirat.
Penyataan Dr Azizan Osman diatas membuatkan saya
tersentap. Adakah saya salah seorang yang suka bertangguh dalam melakukan
sesuatu perkara???
Mungkin YA dan mungkin
TIDAK….Hati mahu melakukan sesuatu yang boleh mengubahkan hidup,
tetapi mulut berkata “Tunggu dulu”. Nak risau apa. Esok kan masih ada… hari ini
boleh relax-relax dulu sebab nak mengubahkan hidup, bunyi macam susah je… lagi
pun ada banyak rutin harian lain yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Ini adalah
ayat yang spontan terdetik dihati kita, saya juga selalu melaluinya.
Kita sebagai manusia sering lalai dan terleka sehingga sanggup menangguhkan sesuatu perkara dan menyebabkan masa
berlalu pergi begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan. Terlalu banyak alasan,
tidak serius dalam mengambil keputusan dan tiada deadline dalam matlamat menjadi
sebab utama penangguhan kerja kita.
Apa yang dapat disimpulkan adalah:
1. Kenalpasti tugasan/perkara terpenting yang perlu diselesaikan
pada hari tersebut
2. Lakukan sebahagian kecil tugasan walaupun malas. Yang penting
kita ‘bermula’
3. Hapuskan segala gangguan
4. Bila dilanda perasaan malas& bosan, rehat sebentar, tarik
nafas dan biarkan semua godaan itu berlalu.
5. Stay in focus untuk menyelesaikan tugas kita
Saya harap saya boleh berubah dan istiqamah dalam setiap tindakan
begitu juga anda.
Mampu mengubah dari
keadaan biasa-biasa kepada luarbiasa. InyaAllah semoga Allah membantu
mempermudahkan segala urusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan