Rabu, 2 September 2015

BUKU AKU, DIA, & REZEKI

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google


Alhamdullilah, cuti hujung minggu yang panjang dapat saya khatam membaca buku ini dalam tempoh dua jam. Saya belajar sesuatu dalam setiap penceritaan yang  disampaikan dalam bahasa yang mudah dan ringkas. Berpesan kearah kebaikan adalah tujuan utama penulis untuk menghasilkan novel  ini melalui pengalaman sebenar seorang insan biasa. Amalan berkat memberi dan berkongsi, yang diamalkannya dapat memudahkan segala urusan harian.


Rezeki Allah itu maha luas. Rezeki tidak dinoktahkan hanya dengan limpahan wang ringgit, pangkat atau barisan kereta yang tersusun di dalam garaj. Rezeki datang dalam pelbagai rupa bentuk - kawan-kawan yang baik,kesihatan yang baik, orang-orang yang kita tidak kenali tetapi baik hati, ujian-ujian yang pada awalnya membuatkan kita kecewa tetapi pada akhirnya kita sujud syukur kerananya dan insiden-insiden luar jangka yang membawa rezeki.


Artikel yang pertama ini dalam novel ini membuatkan saya terkesima:

Pesan seorang sahabat yang telah berjaya dalam bisnes:-
“Setiap kali ada orang beli buku@ novel daripada kamu, teruskan masukkan 10 sen kedalam tabung masjid. Niatkan itu adalah sedekah daripada kamu & pembeli itu. Kamu dapat pahala, pembeli juga dapat pahala tanpa sedar. Kamu lihat apa kan berlaku selepas itu…….”

Saya terdiam dan merenung kembali adakah saya pernah melakukannya????

InsyaAllah saya mesti dan cuba amalkannya dalam perniagaan yang saya lakukan selepas ini. Saya yakin bahawa kita ada bahagian masing-masing. Bukan soal banyak atau sikit tetapi soalnya ada. Sama ada cukup atau tidak. Jangan malu untuk memberi,kerana tidak memberi langsung itu lagi memalukan. Amalan doa secara spontan juga amat digalakkan dalam urusan seharian kita.

Semoga penulisan kali ini memberi peringatan kepada diri saya sendiri dan anda semua sebagai hamba yang lemah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan