Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google
Raya haji @ Aidiladha
tinggal dua hari lagi….nak tahu BISNES yang saya lakukannya dalam musim
perayaan kali ni???
Kali ini saya kongsikan
dengan anda. Alhamdulillah, saya masih dapat meneruskan membuat pemasaran secara
kecil-kecilan perniagaan Kerepek dan Biskut Bangkit Cheese. Tujuan asal saya
untuk pasarkan produk tersebut bukan mencari keuntungan semata-mata, tapi untuk
membantu sahabat handai @ rakan sekerja untuk memudahkan membuat pembelian.
Pada ketika ni ada yang sudah sibuk untuk menyediakan persiapan untuk balik raya ke
kampug halaman.
Mungkin anda juga seperti
saya tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung. Terbayang-bayang wajah insan
yang kita sayang.
Bagi yang bekerja mungkin
tiada masa untuk keluar membeli. Maka peluang ini saya cuba manfaat bagi
memudahkan proses pembelian dan penjimatan masa. Walaupun pesanan biskut dan
kerepek ini tidak sehebat musim raya Aidilfitri,namun ada juga permintaannya. Tidak
ketinggalan juga ada kawan-kawan saya yang ingin membawa balik sebagai bekalan
untuk santapan seisi keluarga.
Amalan sentiasa memberi sedikit buah tangan sekiranya
kita mengunjungi keluarga amat digalakkan dan jangan dilupakan. Sesungguhnya sedekah
tidak akan mengurangkan rezeki kita.
Sumbangan ikhlas
yang kita berikan,InsyaAllah dapat membantu mengeratkan hubungan silaturrahim.
Perkara penting yang saya amalkan dengan memastikan produk yang kita jual mestilah menepati citarasa
pembeli.
Semoga anda yang
menziarahi blog saya mendapat hidayah dan dimurahkan rezeki.
#muhasabahdirisendiri
#Selamathariraya
#Berhatihatibalikkampung.
KEREPEK BAWANG |
BISKUT BANGKIT CHEESE |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan