Teks: Norhayati Mohd Nooh
Alhamdulillah, saya panjat
kesyukuran masih lagi diberi kesempatan menikmati masa yang berkualiti bersama
keluarga tercinta sempena cuti raya Aidiladha. Sesungguhnya masa yang ada, saya tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama mak, adik beradik, keluarga mertua dan sedara mara. Bagi
saya musim perayaan membolehkan kami suami isteri mengambil cuti yang panjang.
Antara pengalaman menarik
yang saya boleh kongsikan dengan anda sepanjang percutian kami:-
Dapat berbakti
kepada orang tua - diberi kesempatan untuk berjumpa ibubapa kami dikedua-dua belah pihak. Dapat meluangkan masa yang sekejap dengan bertanya khabar, berkongsi
cerita dan berkumpul untuk makan bersama-sama. Inilah hadiah yang paling
bermakna bagi saya apabila dapat melihat mereka bergembira.
Dapat berkumpul
beramai-ramai dengan adik
beradik, makcik-makcik dan sepupu yang lain- Percutian kali ini juga sebenarnya
untuk meraihkan sepupu yang akan melangsungkan pertunangan. Seronok melihat dan
merasai suasana yang riuh-rendah apabila kita kumpul bersama-sama menghantar
rombongan pertunangan.
Dapat berkongsi ilmu
perniagaan- Teruja dengan
kesungguhan dan kegigihan kak dan abang ipar yang menjalankan perniagaan hanya
di rumah. Selama 3 tahun menjalankan perniagaan, kini hasil perniagaan telah
menampakkan kejayaan yang membanggakan. Perniagaan beliau sekeluarga adalah
berasaskan produk air (Air sihat teknologi Nano-DR SUKIDA). Banyak ilmu dan
pengalaman dapat dikongsi bersama.
Bagi kita yang masih ada
keluarga, Hargailah dan setiasa mengeratkan silaturrahim selagi mereka ada. Nikmatilah masa yang ada dengan sebaikmungkin
dengan insan-insan yang kita sayang. Semoga iringan doa sentiasa dipanjatkan
untuk kesejahteraan serta kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan