MAJALAH MINGGUAN WANITA |
Majalah Mingguan Wanita adalah majalah pilihan saya
berbanding majalah lain di pasaran. Saya adalah peminat tegar majalah ini, setiap
keluaran mesti ditunggu-tunggu kerana ianya menampilkan
informasi yang menarik tentang kejayaan
wanita. Saya tertarik untuk menjadikan majalah ini sebagai topik penulisan saya. Berkongsi
pengalaman dan minat membaca dengan anda tentang keunikkan majalah ini.Mungkin
anda juga pernah membacanya.
Saya sudah mengenali majalah ini sejak zaman muda lagi dan
sehingga kini saya sudah mempunyai hampir 200 buah naskah majalah. Saya suka
menyimpan majalah ini sebagai koleksi peribadi dan sentiasa mengulangi
pembacaan pada setiap masa. Harganya cukup berbaloi dengan isi kandungannya. Saya
masih ingat lagi harga sebuah majalah ini dahulu baru RM3.30 meningkat naik
sedikit sehingga sekarang menjadi RM4.00 senaskah. Kulit majalah ini telah
diupgarde lebih keras berbanding dahulu. Saya ingat lagi jika majalah ini koyak
saya sanggup untuk menampalkan balik helaian tersebut. Sampai sekarang ia masih
tersusun rapi di satu sudut ruang rumah saya sebagai terapi diri.
Bagi saya tidak rugi saya mengagihkan sedikit wang semata-mata
untuk membeli majalah ini. Majalah ini banyak memaparkan pelbagai informasi
terutama mengenai wanita dari segi pendidikan keibubapaan, kisah ibu tunggal
yang berjaya, pengurusan kewangan, penjagaan diri dan kesihatan. Melalui pembacaan
ini saya dapat mengembangkan ilmu pengetahuan dan meluaskan minda bagi
menghadapi cabaran mendatang.
Baru-baru ini perkongsian ilmu dan panduan daripada pengasas
Akedemi Bekerja Dari Rumah(ABDR) iaitu Pn Mas ayu Ahmad menarik minat saya
mendapatkan keluaran tersebut setiap minggu, Alangkah ruginya jika saya tertinggal
topik yang dibincangkan. Banyak tip-tip
yang berguna untuk kita berniaga secara online. Beliau banyak menghuraikan langkah demi langkah bisnes online dan panduan bekerja
dirumah. Penulisannya sangat membantu
anda mendapatkan maklumat mengenai ABDR. InsyaAllah saya cuba aplikasikan dalam kehidupan saya.
Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membawa manfaat untuk anda. Jadikan membaca itu
sebagai hobi dan minat anda untuk sentiasa mencari ilmu. Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut ABDR boleh klik DISINI
“ Orang yang suka membaca cenderung, TERUS MEMBACA dan
sentiasa MENCARI BUKU BARU"
Antara koleksi peribadi majalah Mingguan Wanita |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan