Teks: Norhayati Mohd Nooh
“Ya
Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada susah dan senang, lemah
dan malas, takut dan kikir serta bebanan hutang dan penindasan orang lain”- Hadith
Riwayat Al Bukhary
Bekerja sambil beribadah.
Saya kongsikan penulisan ini sebagai motivasi diri yang dapat memberi manfaat
kepada anda semua. Bagi anda yang bekerja dengan majikan, bekerja sendiri @
suri rumah anggaplah bahawa setiap tindakan yang kita laksanakan ini sebagai
bentuk ibadah untuk mencari keredhaan dan keberkatan. Dalam konteks pandangan
Islam, bekerja juga merupakan suatu tugas yang mulia, yang boleh membawa diri
seseorang pada posisi terhormat, bernilai, baik di mata Allah SWT mahupun di
mata masyarakat walaupun hanya bekerja di rumah sahaja.
Diantara amalan yang
membolehkan kita mendapat pahala ialah bermula dengan niat kita menjalankan tugas. Tanamkan niat dalam diri untuk bekerja
dengan betul dan ikhlas semata-mata
kerana Allah bagi memudahkan hasil yang diperolehi mendapat keberkatan
serta mencukupi untuk seisi keluarga. Tetapkan kepentingan kerja berdasarkan
matlamat yang jelas, realistik dan boleh dicapai. Bagi saya antara bekerja dan
berniaga, kedua-duanya adalah sama iaitu keutamaannya adalah nombor satu.
Mestilah seiring dengan tindakan.InsyaAllah.
Kerja yang banyak,jangan
dijadikan sebagai alasan untuk kita tidak mampu melakukan dan memperbanyakkan
amalan kebaikan kepada Allah swt. Ingatlah rezeki ketentuan Allah. Sebagai
insan yang lemah ini, amalan zikir jangan ditinggalkan. Bagi anda yang sentiasa
sibuk,cuba luangkan sedikit masa untuk menghadiri majlis-majlis ilmu untuk
mendengar ceramah agama.
Oleh itu, sambil kita
bekerja,ibadat dapat disempurnakan.
Pengurusan masa juga
memainkan peranan penting dalam kehidupan. Bila dikenang kembali memori yang
lalu, sudah tentu banyak masa digunakan dengan sia-sia. Perkara yang lepas
biarlah ia menjadi sejarah, yang penting sekarang kita berubah kearah kebaikan.
Rancanglah waktu anda dengan sebaik mungkin. Semoga kerja yang kita laksanakan
menjadi ibadat dan pahala untuk bekalan
di akhirat. Sama-sama kita lakukan perubahan yang terbaik untuk diri sendiri.
#muhasabahdiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan