Selasa, 7 Februari 2017

“STRUGGLE” demi cabaran akan datang..

 
Topik yang yati nak cuba sampaikan hanya sebagai persedian yang yati sendiri perlu lalui pada masa akan datang..

Pada ketika dan saat ini semuanya harga barang semakin meningkat. Bayangkan nilai duit RM50 hanya sekejap sahaja habis di tangan walaupun cuma berbelanja sedikit..walaupun yati masih belum mempunyai ahli keluarga yang ramai tetapi bahangnya tetap terasa...walaupun kedua-duanya masih bekerja.. Bagi yang bergelar surirumah,sememangnya langkah berjimat cermat sentiasa dititikberatkan.

Kos untuk barang makanan adalah yang paling ketara meningkat. Bagi peniaga yang berasaskan produk makanan memang terasa bebanan ini..bahan-bahan penyedian makanan yang dibeli semuanya sudah meningkat 2xganda daripada biasa. Yati ceritakan ini berdasarkan pengalaman sahabat2 yang terlibat dalam industri pemakanan dan yati juga sekarang mengalami benda yang sama ketika membeli bahan2 untuk membuat kek dan roti.

Jadi, cara yang paling tepat adalah “ Bekerja Dan Berniaga” dan dari sekaranglah kita bertindak untuk melaksanakannya. Bagi yang tiada modal besar mulakan dengan mencuba menjadi dropship kepada produk yang telah popular. Cuba untuk belajar cara pemasarannya secara online. InsyaAllah bila dah start baru kita nampak jalan untuk kembangkan perniagaan.

Yati rasa tak salah jika ingin mencuba..ikut contoh usahawan yang berjaya dan kita asah kemahiran yang ada sehingga kita menjadi mahir. Bila dah kena dengan jiwa, baru boleh fokus kepada produk yang boleh menjana pendapatan sampingan. Sebenarnya yati juga pernah menjual pelbagai produk seperti pakaian, selipar, minyak wangi, biskut raya, aneka puding dan yang terkini roti dan kek..tapi yang betul2 menjadi minat kitaorang berdua adalah produk yang berasaskan makanan.

Nak kata yati dah jadi usahawan berjaya masih jauh lagi..ilmu pun belum cukup mantap nak mengajar cuma yati boleh kongsi pengalaman jer sekiranya anda yang ingin mencuba dan membaca coretan ini sebab kita boleh belajar sesuatu melalui pengalaman. InsyaAllah..buang perasaan malu untuk berniaga.

Yati dalam misi 2017mencari agen diseluruh Malaysia yang ingin menjual Biskut Bangkit Cheese & Santan.

Berminat boleh hubungi yati 012-7482126..InsyaAllah kita sama-sama saling bantu membantu menjana pendapatan yang boleh meningkat ekonomi keluarga kita sendiri.

Terima kasih buat anda yang sudi membaca..InsyaAllah kita sambung entry akan datang..
































Khamis, 2 Februari 2017

TEROKAI BIDANG BARU





Keterujaan bila dapat buat kek...

Rasanya ini adalah pengalaman pertama  yati buat kek yang pelbagai dalam satu masa..tak delah pandai sangat tapi rasanya boleh tahan..

Buat kek ini sebenarnya perlu ketelitian dan kesabaran yang tinggi,kena ikut langkah demi langkah..itu yang seronoknya bila dapat tengok hasil kek buatan sendiri terjadi..yati betul2 respek kepada mereka yang sememangnya menjadikan bidang bakeri sebagai sumber pendapatan. 

Alhamdullilah sejak pergi  belajar membuat kek, dapat jugak terima tempahan dari kawan2 yang ingin merasainya..bolehlah menjana pendapatan sampingan dengan berniaga..

InsyaAllah, yati dalam perancangan mencari vendor yang berdekatan untuk membantu pasarkan jualan kek.. 

Boleh hubungi yati @ Whatapps di 012-7482126 sekiranya ingin membuat tempahan kek dan roti

*Kek Chocalate Moist
*Kek Carrot & Walnut
*Kek Yogurt Prune
*Kek Caramel Almond Butter Moist
*Kek Pecan Butterscoth
* Brownies











Rabu, 1 Februari 2017

MISI MENCARI AGEN UNTUK BISKUT RAYA 2017


Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..

Alhamdullilah, Semoga kita sentiasa dalam rahmatnya..

Ada tak yang nak join???

Sebenarnya yati nak buka peluang kepada semua kaum hawa @ surirumah untuk menjana pendapatan melalui Projek Biskut raya 2017 terutama bagi anda yang betul2 berminat nak cuba menjual biskut raya Bangkit Cheese & Santan. Mesti anda berfikir kenapa yati dah buat offer awal kan?? Walaupun masih awal lagi tapi sebenarnya masa berlalu dengan pantas sekali..so yati ingin mengambil kesempatan bagi membantu anda membuat persediaan dan merancang kewangan anda dari awal lagi. Pencarian untuk agen seluruh Malaysia amat dialu-alukan.Tak rugi pun jika anda telah membuat perancangan awal.

Tahun 2016 satu permulaan yang baik dimana yati dapat kembangkan perniagaan ini, walaupun hanya melantik 4 orang sahaja agen tahun lalu tapi alhamdulillah semuanya memberi sokongan yang baik kepada yati.. Lepaslah mereka mencari  duit raya untuk ahli keluaga. Keuntungan yang diperolehi dapat diagihkan sama rata. InsyaAllah anda juga boleh buat..

Misi pencarian agen sedang bermula..anda hanya tinggal 4 bulan dari sekarang. Penghantaran stok dijamin boleh dibuat sebelum bulan puasa. 

Jom kita bermula dari sekarang..insyaAllah yati sedia membantu. Jana Pendapatan dari Rumah..

Boleh hubungi yati @ Whatapps di talian 012-7482126 untuk sebarang pertanyaan.

Dijamin puas hati. Memang Marvellous..







Jumaat, 27 Januari 2017

SELAMAT KEMBALI KE TAHUN 2017




Alhamdullilah, Segala Pujian Hanya Bagimu…

Sungguh lama rasanya yati dah tak update kat blog nie..

Semoga tahun ini yati bersemangat untuk menulis dan menulis..sepanjang 3 bulan menyepi ini sebenarnya yati tetap menulis tapi hanya pada BUKU IMPIAN peribadi sahaja..semuanya mengenai perancangan untuk tahun 2017..Kita hanya merancang selagi mampu, yang menentukan segala hanya pada Allah. Kita berusaha dan berserah padaNya.

Semoga tahun ini, yati doakan anda juga dapat  memperbaiki tindakan sebelumnya. Tersentap yati ketika membaca facebook tulisan daripada seorang guru, yang mengingatkan yati jangan berhenti untuk menulis..Kerana

“Semuanya bermula daripada menulis. Menulis dan menulislah…”

Mungkin apa yang kita gambarkan melalui tulisan boleh menjadi satu perantaraan untuk kita mencapai kejayaan..satu perasaan yang kita boleh luahkan melalui perasaan pilu, adanya sedih, adanya harapan, adanya saat kegembiraan, adanya muncul kenangan,  serta ada inspirasi dan juga ada cerita masa hadapan…InsyaAllah, doakan yang baik2 untuk diri sendiri..

Semoga kita semua bersedia menghadapi cabaran akan datang..



Isnin, 31 Oktober 2016

KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN - Pengalaman dan Manfaatnya



Alhamdullilah....  Semoga hari-hari yang kita lalui mendapat limpahan kasih sayang dan rahmat daripada Allah. Jangan lupa kita sebagai hambanya mestilah sentiasa memanjatkan kesyukuran diatas nikmat yang dikurniakan. Bagi yang masih muda jangan jemu atau berhenti untuk mencari dan menuntut ilmu selagi kita bernyawa. Ingatlah ilmu yang kita ada ini hanya sedikit sahaja.

Kali ini yati nak kongsikan pengalaman semasa yati pergi Kursus Latihan Pengendalian
Makanan di Ampangan, Seremban. Mesti anda pernah terdengar kenapa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibawah selian Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan amat mewajibkan setiap pengusaha dan peniaga yang melibatkan industi makanan untuk menghadiri Kursus  Latihan Pengendali Makanan.

Yati pernah juga mengetahui semasa nak dapatkan permit Bazar Ramadhan perlu ada sijil ini untuk medapatkan permohonan tapak, tapi  kami tak berpeluang untuk menghadiri kursus tersebut untuk mendapatkan sijil.  Akhirnya terpaksalah kongsi dengan kawan bagi mendapatkan tapak perniagaan bazar. Seelok-eloknya kita bermula dari awal lagi jika kita betul2 nak serius untuk melibatkan diri dalam bidang industri makanan tak kiralah kecil ataupun besar. Mungkin yati sedikit terlewat untuk menghadiri kursus tersebut sebelum ini kerana tiada pendedahan di peringkat awal. Namun, perkara ini yang amat dititikberatkan untuk kita sebelum kita memulakan perniagaan makanan.

Bagi yang berminat menghadiri kursus latihan ini kita hanya perlu meluangkan masa hanya 3 jam sahaja. Antara nak atau tidak sahaja kita pujuk diri sendiri nak menghadirinya. Mungkin kita berasa bosan lama sangat tapi sebenarnya bergantung kepada kesesuaian penyampaian  tenaga pengajar tersebut.  Bagi yati sekejap jer masa berlalu sebab banyak input yang diberi penekanan. Biasanya tenaga pengajar akan menekankan aspek tahap kebersihan,  keselamatan dalam pengendalian makanan yang kita selalu buat serta faktor-faktor kritikal yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Mungkin ada sesetengah peniaga yang mengambil langkah mudah terhadap proses penyediaan makanan tanpa mengikut standart yang ditetapkan. Walaupun yati hanya menjalankan dirumah sendiri sahaja (Buat Roti) & tiada siapa yang nampak kita buat, tapi tidak bermakna kita mengabaikan tahap-tahap kebersihan. Itu yang yati betul-betul serius.. Sebagai contoh, pemakaian penutup kepala perlu di gunapakai , penggunaan tuala & apron serta peralatan yang bersih dan memastikan persekitaran ruang kerja yang kemas. Semua itu adalah perkara asas sahaja banyak lagi yang kita perlu perbetulkan lagi.

Selepas itu barulah kita boleh mengambil vaksin suntikan Anti-Typhoid untuk mengelakkan sebarang penularan penyakit deman kepialu & penyakit berjangkit. Suntikan ini boleh didapati di Kilnik Kerajaan mahupun Klinik  Swasta pada kadar harga RM60-RM80. Dua perkara ini yang kita perlu diberi perhatian selagi kita terlibat dalam penyediaan makanan untuk aktiviti perniagaan.

Apa yang yati cuba sampaikan ialah langkah dan cara yang mudah untuk kita terlibat langsung dalam industri makanan. Mana tau anda mempuyai kepakaran tertentu anda boleh menjadikan satu peluang perniagaan untuk dikembangkan. InsyaAllah, apa yang kita buat semuanya dengan izinNYA..Semoga anda yang membaca perkongsian dibukakan pintu rezekii seluas-luasnya..Aamin



Selasa, 11 Oktober 2016

YANZ BAKERY......MAMPUKAH BERKEMBANG?????



Salam Maal Hijrah buat semua pembaca blog yang dikasihi. Yati sentiasa doakan semoga tahun baru Hijrah membawa seribu perubahan yang baik dalam kehidupan kita. Semoga diri ini diberi kekuatan oleh ALLAH untuk sentiasa mencari amalan yang baik di dunia & akhirat..Aaminn

Topik kali ini yati nak bagitau bahawa yati dah start “MENJUAL ROTI”

Jgn tak percaya yati dah start menjual roti bun di office..

Jual murah-murah je.Testing market..kalo tak cuba mana nak tau potensinya..hehe

Projek meroti yati dah berlalu sebulan yang lepas..Alhamdullilah peluang berbisnes secara kecil-kecilan ini dah mula nampak perkembangan sedikit demi sedikit..yati dah mula letakkan roti bun di office yati & En suami..orang kata kita mula dengan memperkenalkan produk kita sendiri disekeliling  dahulu baru boleh pasarkan secara meluas.

Semakin hari semakin seronok pulak bila dah mula projek meroti. Dari setengah kilo tepung dah boleh capai tiga kilo dalam jangka masa tertentu..boleh tahan jugak nak menunggu menyiapkannya..Dari pengalaman yang tak seberapa nie, susah jugak sebenarnya…tapi bila fikir2 mana ada keja yamg mudah..

“ nak buat sesuatu yang baik @ positif kena didik diri…Ada masa kena paksa juga, supaya dalam keterpaksaan itu..InsyaAllah akan mejadi biasa & dipermudahkan……..”

Kata2 ini  yati pegang dan cuba buat sampai  jadi..bermula dari susah dulu..InsyaAllah lepas ni kami ada perancangan untuk mengambil tempahan. Rasanya tak rugi  pun ilmu yang dipelajari..

Cara ini adalah langkah permulaan untuk yati mempraktikkan ilmu yang yati belajar..tak guna jika kita belajar tapi tak dibuat atau diamalkan. Biar kecil asalkan berhasil..itu yang lebih penting. Dengan cara ini kita boleh menjana pendapatan..

InsyaAllah yati akan kongsikan di coretan lagi akan datang..semoga ianya bermanfaat buat anda.


Isnin, 26 September 2016

ROTI OH ROTI..


Mood meroti sudah bermula…

Kenapa roti menjadi pilihan yati??..sebab semua orang suka makan roti, lagi2 yang ada BRAND terkenal seperti Gardenia, Massimo, Mighty White, High dan lain2 jenama lagi. Antara sebab utamanya adalah struktur roti yang lembut dan gebu.

Buat masa sekarang masa yang terluang yati dan suami banyak dihabiskan dengan membuat roti sahaja..kadang  terasa cepatnya masa berlalu. Membuat roti sememangnya satu proses yang mengambil masa  panjang. Kita kenalah bersabar untuk menunggu pengembangan doh, membakar dan membungkus sehinggalah ianya selesai. Pernah juga kitaorang buat dari tengah hari sampailah ke tengah malam..

Mesti korang tertanya2 kenapa lamaya baru siap??? Sebab sebenarnya yati dah mula bisnes kecil-kecilan membuat roti dan alhamdulillah kauntiti setiap hari dah nampak peningkatan..lagipun kami masih  menggunakan OVEN yang kecil.. bermula dengan apa yang ada dahulu,lepas ni bolehlah fikir kaedah yang lebih baik.

Entri kali ni yati nak kongsi pengalaman buat Roti.

Firstly, dari segi nak menguli doh Roti. Masa mula2 En suami yang buat dulu, kesian jugak tengok sampai keluarlah peluh jantannya..yati tukang lap peluh jer..hehe..Mana taknya kena betul2 ambik masa menguli sekurang2nya satu jam sehingga doh betul2 elastic..kalau tidak keraslah jadinya roti tu, kalau untuk bisnes yati dah kena stanby mixer untuk memudahkan pembuatannya..kena berani buat pelaburan sikit untuk membeli mixer..harap2 ia boleh dijadikan asset untuk jangka masa yang panjang.

Sepanjang buat roti banyak kali jugak tak jadi, Orang kata buat eksperimen & adjust kembali doh yang dibuat. Nak sempurna bukan boleh buat sekali terus jadi,kena jugak berulang2 kali buat.. pernah terhangit, roti menjadi keras,kdg2 tak masak sangat, doh tak mengembang dan kurang kelembutannya..kalau tak jadi, satu rumah dapat makan free roti..Bila dah jemu makan roti, yati cuba jugak hidangan lain seperti Pizza & Roti Arab. Seronok sebenarnya bagi orang makan..

Cara ini adalah kaedah yang yati boleh guna untuk mendapatkan duit sampingan.  Sambil kita Bekerja kita boleh “BERBISNES”..Ini bukan disebabkan yati terdesak sangat nak cari duit sampai kena berniaga tapi ini adalah lebih kepada minat yang kitaorang suka buat..daripada tak buat apa, baik cari aktiviti bersama dengan En. Suami dengan membuat roti bersama2..yang penting kita mendapat sokongan daripada ahli keluarga yang lain.Yati bersyukur sangat2 kerana dapat suami yang sangat rajin membantu dalam penyedian roti kadang2 yati rasa En.suami lagi teliti dan terlebih rajin berbanding yati.

Semoga usaha kecil kami mendatangkan hasil kejayaan dimasa hadapan.

Terima kasih kerana sudi baca perkongsian yati.

STICKER ROTI PILIHAN YATI