Isnin, 29 Ogos 2016

KEPUASAN BILA DAPAT BELAJAR BENDA BARU



Belajar buat benda yang kita kadang tak tahu LANGSUNG memang sesuatu yang sangat best dan menyeronok…

Sebelum ini yati teringin sangat nak cuba belajar kelas tutorial untuk berbaking dan  Alhamdulillah berpeluang untuk join kelas berbaking memang satu pengalaman yang sangat berharga..yati memilih untuk belajar membuat Roti dan Pizza dahulu  kerana proses pembuatannya  adalah mudah sekiranya menggunakan teknik yang betul…

Mula-mula risau jugak first time yati  nak pergi, tapi alhamdullilah lama-lama rasa bimbang hilang diganti dengan rasa teruja untuk mencuba sesuatu. Tak sangka dapat buat Roti dan Pizza hasil tunjuk ajar  daripada akak Azlina..( Hana Bakery Trading). Teknik dan cara penyampaian kak Azlina mengajar memang terbaik. Mudah mesra membuatkan yati selesa sangat walaupun baru kali pertama berjumpa. Buat anda yang berdekatan di Bandar Seri Putra boleh cuba menghadiri kelas tersebut. Bagi yang berminat kelas membuat Kek , Cream puff & Tart dan Aneka Talam juga disediakan. Sebenarnya tak rugi pun kita laburkan sedikit masa dan duit untuk ilmu yang baru.

Akhir sekali…lepas ni bolehlah yati bermula proses untuk membakar Roti dan pizza dan jugak perniagaan kecil-kecilan yati bagi membuat jualan. InsyaAllah,  berniaga ni yang penting bermula dengan apa yang ada dahulu..TINDAKAN yang utama pada diri kita sendiri antara mampu atau tidak..

 Petua nak Berjaya…”Belajar, Belajar dan Belajar sampai jadi mahir. Jangan takut nak cari ilmu, buat sampai jadi, tak jadi adjust lagi, lagi dan lagi”…



Selasa, 9 Ogos 2016

HIJRAH USAHAWAN 2016



06.08.2016. …Tarikh ini Allah izinkan yati menghadiri seminar Hijrah Usahawan terbitan TV Alhijrah untuk sesi rakamannya  di TV9. Ni adalah kali kedua yati dapat hadiri seminar Dr Azizan Osman. Teringat kembali masa pergi Seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pada Mac 2016. Tak sabar nak menuntut ilmu dan yang bestnya dapat pergi dengan En Suami. Akhirya dapat jugak pujuk  si dia pergi bersama-sama lagipun kalau pergi berdua, baru rasa aura positif untuk sama-sama kembangkan perniagaan. InsyaAllah..

Sebenarnya bagi yati, tujuan pergi seminar ini adalah untuk refresh kembali ilmu semasa di IMKK Mac lalu. Bukan apa kadang2 motivasi kita adakalanya turun naik dan tak bersemangat jer nak lakukan tindakan luar biasa. Maka dengan adanya seminar percuma kali ini memang yati tak lepaskan peluang untuk fokus kembali MATLAMAT yang asal dan cuba berusaha untuk tetap konsisten jalankan perniagaan..InsyaAllah semua dengan izinNYA

Petikan daripada seorang mentor
“Dengar ceramah motivasi, baca buku, hadiri seminar sehebat manapun ia takkan sama dengan apa yang kita lalui, Cuma ia bergantung kepada bagaimana kita hadapi situasi itu, dan ilmu yang kita perolehi melalui semianar, buku dan ceramah itu sebagai bekal untuk kita BANGKIT SEMULA…..”



Buku Percuma


Paling bestnya dapat sekali buku percuma Dr  Azizan,tajuk  Bukunya Mudahnya Berniaga: Dari kosong menjadi Jutawan. Kalau beli harganya dekat RM45.90, ini pergi seminar dah dapat dua buku percuma..tu yang seronoknya. Yati kalau bab2 buku motivasi ini memang suka sangat dan memang nak jadikan buku Dr Azizan sebagai simpanan koleksi peribadi. Bila kita down jer boleh capai  buku ini sebagai sumber inspirasi. InsyaAllah , Semoga satu hari nanti yati jugak dapat hasilkan buku sendiri..berangan jer dulu..hihiiiii

Semoga ianya memberi manfaat buat anda..

Jumaat, 29 Julai 2016

MOOD LEPAS RAYA


Hati mula berminat belajar berBAKING..Macam tak percaya jer..

Assalamualaikum..Kita masih lagi di musim perayaan. Rayakan sebulan…tradisi “Open House” masih lagi diteruskan..

Selepas musim perayaan, yati macam dapat satu idea nak teruskan berbisnes kalau boleh produk kita sendiri..biar  bermula dengan kecil dahulu..tiba2 dapat laa idea untuk membuat Roti dan Kek..lagi2 selepas dapat membeli pembakar oven…teruja betul kitaorang suami isteri..excitednya lain macam..yang sorang dok suka tengok resipi Kek dan Roti..yang lagi sorang sibuk tgk resepi memanggang ayam dan daging…hahaaa, mmg dah lama pun berangan nak dapatkannya ..

Bagi yati,zaman sekarang ini kita kena belajar sesuatu yang baru..jgn selalu sangat berada di zon selesa nanti banyak yang terlepas..senang jer kalo tak reti menjahit atau memasak boleh jer search Google semua ada..tak de modal boleh join mana2 produk dropship, ambil peluang untuk jadikan side income  untuk kita..walaupun untungnya kecil kalau berterusan insyaAllah boleh jadi besar,peluang akan datang selepas kita ambil tindakan. Itu yang penting, kita boleh mencuba sesuatu yang kadang2 kita tak pernah buat lagi.

Berbalik kepada Berbaking ni pula..yati dah mula tengok blog2 yang mengajar tentang cara pembuatan Kek dan Roti..InsyaAllah ada peluang nak jugak masuk kelas..biar lagi jelas tutorial yang diajar. Semangat mesti tinggi pastu boleh fokus apa yang diajar. Alangkah seronoknya ada kedai bakery sendiri..berangan jap,mana tau jadi realiti. InsyaAllah

Bagi yang berminat nak mencuba boleh singgah blog yang menarik seperti berikut:-

Semoga entri kali ni dapat memberi ruang buat anda melakukan sedikit perubahan. Saya doakan semoga hari ini Allah membuka pintu rezeki yang luas untuk kita semua. Aamiin..



Jumaat, 15 Julai 2016

BERAKHIRNYA PROJEK BISKUT RAYA 2016




ALHAMDULLILAH…Projek biskut raya 2016 telah selesai, tak disangka-sangka permintaan untuk Bangkit Cheese dan Bangkit Santan kali ini mendapat permintaan yang menggalakkan.  Yati panjatkan kesyukuran kepada Allah yang  telah membantu  menggerakkan hati2 pembeli untuk membeli biskut raya. Permintaan bangkit cheese pada kali ini yati dapat lihat banyak perubahan berbanding tahun2 sebelumnya yati menjual. Pembeli sudah mula merasai keenakkan  tekstur biskut bangkit cheese  yang dibuat dan ada yang  sanggup membeli dalam kuantiti yang banyak. Namun biskut bangkit santan  yati cuba tidak dipinggirkan kerana biskut ini ada pegemarnya tersendiri yang ingin merasai  ramuan tradisional di kekalkan.

Terima kasih juga yati ingin mengucapkan kepada En Suami, sedara mara dan kawan2 yang sama2 tolong berusaha menjualkan dan memasarkannya di kawasan2 mereka. Ada di antaranya yg sanggup menjual di kampung, kawasan perjiranan dan tempat kerja masing2. Tima kasih sekali lagi, hanya ini yang mampu yati lakukan untuk membantu mereka2 ini menjana pendapatan untuk keperluan hari raya.

Akhir sekali..jika anda masih lagi tercari2 bisnes apakah yang boleh dilakukan, saya sarankan dengan bermula menjual biskut raya tak kira pelbagai jenis yang penting biskut yang kita jual itu mempunyai rasa yang sedap dan berkualiti bagi membina kepercayaan pembeli anda. InsyaAllah, jika ada rezeki di tahun hadapan yati ingin mencari agen2 baru dikawasan Pantai Timur @ Utara supaya dapat membekalkan biskut bangkit Cheese di pasaran luar. Rasanya ramai lagi yang belum mengetahui kewujudan Bangkit Cheese dan yati yakin setiap tahun akan bersilih ganti pembeli memandangkan di Malaysia terdapat 3 juta penduduknya. InsyaAllah  doakan yati semoga dipermudahkan.

Antara sebab Bangkit Cheese menjadi pilihan Biskut Terbaik 2016





                    1) Tidak dinafikan sekali dah cuba mesti nak makan. makan, makan lagi....hehe
                     2) Rugi kalo beli hanya satu balang sahaja..



3) Perusahaan yang diusahakan di Rengit, Batu Pahat..original daripada Johor


4) Boleh membuat pilihan untuk kedua2 nya sekali..mana yg peminat tegar cheese..boleh mencuba


5)  Harga mampu milik..yg penting kita gembira..



Terima kasih kerana sudi membaca penulisan saya kali ini. Semoga anda semua mendapat hidayah dan rahmat daripada Allah.









Selasa, 31 Mei 2016

BERMULANYA BISNES MUSIM PERAYAAN 2016



Tinggal lagi seminggu jer kita nak masuk bulan Ramadhan pada tahun 2016. Sebenarya hati ni mula terasa  berdebar2 sangat terfikir apakah persediaan kami sekeluarga..yelah time2 macam ni yati dah mula sibuk dengan “Perniagaan Bermusim”  yang yati buat bersama En Suami. Dalam sesibuk mana pun, yati cuba usahakan pada bulan Ramadhan ini untuk  merebut peluang menggandakan pahala dan meningkatkan amalan kita kepada Maha Pencipta.

Mengenai bisnes bermusim ini, Alhamdullilah tapak untuk Bazar Ramadhan  pun dah selesai diuruskan..Maknanya kami suami isteri kena bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menguruskannya, lagi2 kedua-duanya masih bekerja lagi. Kalo tak mula sekarang bila lagi kan? Mungkin ini peluang yang Allah dorongkan buat yati dan suami untuk berkongsi rezeki dan bersedekah kepada semua disamping boleh memberi manfaat kepada orang lain, InsyaAllah mudah-mudahan urusan ini dipermudahkan.

Peluang untuk melaksanakan kedua-dua tugas iaitu Bekerja dan Berniaga ini sebenarnya memang mencabar dalam masa yang sama membuatkan yati lebih bersemangat untuk melaksanakan.Sebelum ini mungkin ada yang pernah terbaca penulisan yati mengenai pengalaman bisnes musim perayaan. Bila dah masuk  tahun ketiga berniaga ni, Insyaallah ilmu yang ada ini dapat diupgrade lagi untuk berjaya. Orang kata ada peningkatan sedikit dalam strategi jualan dan pemasaran. Walaubagaimanapun, masih banyak lagi ilmu yang perlu yati belajar dari orang2 yang berjaya.

Sokongan dari keluarga sangat2 buat yati terharu, sanggup sama2 memberi sokongan dan galakkan untuk yati terus melaksanakan aktiviti berniaga ini. Semoga niat untuk memberi manfaat kepada orang lain memudahkan urusan yati untuk berniaga.

Perkara permulaan yang perlu diberi perhatian ialah tetapkan perancangan awal, tetapkan target dan fikir strategi yang terbaik untuk pasarkan hasil produk kita. Bila semua dibuat , pastikan kita betul2 fokus pada matlamat asal. InsyaAllah, ilmu ini jugalah masih  saya amalkan untuk terus konsisten dalam berniaga walaupun masih banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki.

“Sesunggahnya dengan berniaga itu mengajar kami mengenal maksud REZEKI”

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan & Selamat Berpuasa



Sabtu, 30 April 2016

BISKUT RAYA HOMEMADE 2016



Pemborong & Pengedar DIPERLUKAN SEGERA !

Pelik kan? Jalan2 di Pasaraya Giant dan Mydin baru-baru ni, terlihat pelbagai Biskut raya dah mula dijual sebelum puasa lagi. Sungguh hebat betul marketing syarikat yang besar.Teruja saya memandangnya lagi2 di depan pintu masuk.
Kadang2 terfikir juga  kenapalah biskut tradisional kita ini nak makan perlu  menunggu sehingga waktu  perayaan, tak macam biskut yang lain seperti Chipmore dan Orea..
Apapun jenis biskut yang dijual semuanya  sedap dimakan pada bila-bila masa sahaja

Kenapa  saya nak Jual Biskut Sekarang?
- Untuk memudahkan pembeli menikmati rasa dan keenakkan biskut terlebih   dahulu. Bila kita dah makan dan rasa, baru pembeli  boleh berpuas hati membeli dalam kuantiti yang banyak.
- Untuk dijadikan "door gift" kenduri kahwin, party hari jadi, jamuan ringan di pejabat
- Untuk dijadikan makanan ringan juga...yang pastinya Sedap & Murah!

InsyaAllah, saya cuba untuk membantu anda mendapatkannya:-
BISKUT BANGKIT CHEESE & SANTAN
1) GUARANTEE SEDAP & BERKUALITI
2) 100% Produk Muslim
3) Buatan Tangan (home made)
4) Produk Berkualiti Tinggi Pada Harga Terendah Di Pasaran
5) Pembekal Yang Berpengalaman Melebihi 5 Tahun Dalam Bidang Pembuatan Biskut
6) Biskut Yang Dipilih Adalah Biskut Yang Terlaris Jualannya Sepanjang Tahun
7) Hanya Biskut Terbaik Sahaja Dipilih Bagi Memastikan Semua Tempahan Dapat Dipenuhi.
8) Kuantiti sebalang 45 biji – 50 biji ,

Kuantiti / Carton (Kotak) :
* 1 carton mengandungi 15 bekas/balang

Pemborong/Pengedar Diperlukan,
Maklumat lanjut Hubungi TEL/WHATAPPS 012-7482126( yatie)

Pengesahan Tempahan:
Deposit untuk tempahan.
Deposit tidak akan dikembalikan jika tempahan dibatalkan oleh pembeli.
Penghantaran boleh diaturkan utk Kawasan Lembah Klang seperti Kajang, Bangi, Serdang. Sepang dan Seremban


Rabu, 27 April 2016

POSITIFKAN DIRI DENGAN MENULIS

Setiap hari kita melalui hari-hari yang sentiasa berubah. Adakalanya kita merasai situasi yang sangat  gembira dan adakalanya kita melalui kesedihan dalam kehidupan kita.  Perasaan ini sememangnya silih berganti selagi  kita masih bernyawa di muka bumi ini.
Jadi bagaimana tindakan anda saat melalui proses tersebut?  
Apakah kaedah dan cara yang kita boleh gunakan?
Disini saya ingin  berkongsi dengan anda  kaedah yang boleh kita gunakan adalah dengan MENULIS.
Tafsiran mengenai menulis  pelbagai.  Bagi saya, antara sebab saya suka  menulis adalah untuk menzahirkan apa yang ada di dalam minda saya untuk  diaplikasikan melalui  tulisan  agar dapat menghasilkan teks yang  mudah dibaca dan seterusya dapat  difahami oleh orang lain.
Secara jujurnya  saya sudah memulakan  amalan menulis dalam kehidupan harian tidak kira dari perkara yang sekecil-kecilnya  sampai lah kepada perkara yang besar. Bila kita dah memulakan secara tidak langsung akan muncul idea-idea yang menarik sehingga kita merasakan  seronok dan teruja untuk menulis.  

MENULIS  dalam keadaan sedih dapat membantu kita memendekkan tempoh kesedihan kita. Kenapa saya mengeluarkan fakta tersebut kerana saya sudah buktikan dan amalkan. Mungkin ketika  itu, kita menganggapkan  diri  kita ini kurang bersemangat dan terlalu  banyak perkara negatif  ada dalam diri kita, tapi bila kita menulis secara tidak langsung kita mula berfikir kepada perkara positif. Ini menunjukkan kita bersedia utuk menghadapi  segala cabaran dan bersangka baik dengan Maha Pencipta. Insyaallah,  mungkin ada perkara  yang lebih baik selepas ini sebab ianya RAHSIA Allah.

Jadikan  penulisan yang kita buat ini sebagai terapi dan amalan yang terbaik untuk kekal menulis walaupun  hanya satu nota. Semoga niat saya  menulis ini  dapat  menyampaikan mesej  secara berterusan di masa hadapan . InsyaAllah

Terima kasih buat anda yang sudi meluangkan masa membaca.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Mula daftar dan belajar hari ini
==============================
Di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), kami menawarkan 2 kelas blog:
1) Kelas Asas Blog dan Penulisan
2) Kelas Asas Mula Bisnes Online