Salam
Maal Hijrah buat semua pembaca blog yang dikasihi. Yati sentiasa doakan semoga
tahun baru Hijrah membawa seribu perubahan yang baik dalam kehidupan kita. Semoga
diri ini diberi kekuatan oleh ALLAH untuk sentiasa mencari amalan yang baik di
dunia & akhirat..Aaminn
Topik
kali ini yati nak bagitau bahawa yati dah start “MENJUAL ROTI”
Jgn
tak percaya yati dah start menjual roti bun di office..
Jual
murah-murah je.Testing market..kalo tak cuba mana nak tau potensinya..hehe
Projek
meroti yati dah berlalu sebulan yang lepas..Alhamdullilah peluang berbisnes
secara kecil-kecilan ini dah mula nampak perkembangan sedikit demi
sedikit..yati dah mula letakkan roti bun di office yati & En suami..orang
kata kita mula dengan memperkenalkan produk kita sendiri disekeliling dahulu baru boleh pasarkan secara meluas.
Semakin
hari semakin seronok pulak bila dah mula projek meroti. Dari setengah kilo
tepung dah boleh capai tiga kilo dalam jangka masa tertentu..boleh tahan jugak
nak menunggu menyiapkannya..Dari pengalaman yang tak seberapa nie, susah jugak
sebenarnya…tapi bila fikir2 mana ada keja yamg mudah..
“ nak buat sesuatu yang baik @
positif kena didik diri…Ada masa kena paksa juga, supaya dalam keterpaksaan itu..InsyaAllah
akan mejadi biasa & dipermudahkan……..”
Kata2
ini yati pegang dan cuba buat sampai jadi..bermula dari susah dulu..InsyaAllah
lepas ni kami ada perancangan untuk mengambil tempahan. Rasanya tak rugi pun ilmu yang dipelajari..
Cara
ini adalah langkah permulaan untuk yati mempraktikkan ilmu yang yati
belajar..tak guna jika kita belajar tapi tak dibuat atau diamalkan. Biar kecil
asalkan berhasil..itu yang lebih penting. Dengan cara ini kita boleh menjana
pendapatan..
InsyaAllah
yati akan kongsikan di coretan lagi akan datang..semoga ianya bermanfaat buat
anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan