Isnin, 31 Oktober 2016

KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN - Pengalaman dan Manfaatnya



Alhamdullilah....  Semoga hari-hari yang kita lalui mendapat limpahan kasih sayang dan rahmat daripada Allah. Jangan lupa kita sebagai hambanya mestilah sentiasa memanjatkan kesyukuran diatas nikmat yang dikurniakan. Bagi yang masih muda jangan jemu atau berhenti untuk mencari dan menuntut ilmu selagi kita bernyawa. Ingatlah ilmu yang kita ada ini hanya sedikit sahaja.

Kali ini yati nak kongsikan pengalaman semasa yati pergi Kursus Latihan Pengendalian
Makanan di Ampangan, Seremban. Mesti anda pernah terdengar kenapa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibawah selian Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan amat mewajibkan setiap pengusaha dan peniaga yang melibatkan industi makanan untuk menghadiri Kursus  Latihan Pengendali Makanan.

Yati pernah juga mengetahui semasa nak dapatkan permit Bazar Ramadhan perlu ada sijil ini untuk medapatkan permohonan tapak, tapi  kami tak berpeluang untuk menghadiri kursus tersebut untuk mendapatkan sijil.  Akhirnya terpaksalah kongsi dengan kawan bagi mendapatkan tapak perniagaan bazar. Seelok-eloknya kita bermula dari awal lagi jika kita betul2 nak serius untuk melibatkan diri dalam bidang industri makanan tak kiralah kecil ataupun besar. Mungkin yati sedikit terlewat untuk menghadiri kursus tersebut sebelum ini kerana tiada pendedahan di peringkat awal. Namun, perkara ini yang amat dititikberatkan untuk kita sebelum kita memulakan perniagaan makanan.

Bagi yang berminat menghadiri kursus latihan ini kita hanya perlu meluangkan masa hanya 3 jam sahaja. Antara nak atau tidak sahaja kita pujuk diri sendiri nak menghadirinya. Mungkin kita berasa bosan lama sangat tapi sebenarnya bergantung kepada kesesuaian penyampaian  tenaga pengajar tersebut.  Bagi yati sekejap jer masa berlalu sebab banyak input yang diberi penekanan. Biasanya tenaga pengajar akan menekankan aspek tahap kebersihan,  keselamatan dalam pengendalian makanan yang kita selalu buat serta faktor-faktor kritikal yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Mungkin ada sesetengah peniaga yang mengambil langkah mudah terhadap proses penyediaan makanan tanpa mengikut standart yang ditetapkan. Walaupun yati hanya menjalankan dirumah sendiri sahaja (Buat Roti) & tiada siapa yang nampak kita buat, tapi tidak bermakna kita mengabaikan tahap-tahap kebersihan. Itu yang yati betul-betul serius.. Sebagai contoh, pemakaian penutup kepala perlu di gunapakai , penggunaan tuala & apron serta peralatan yang bersih dan memastikan persekitaran ruang kerja yang kemas. Semua itu adalah perkara asas sahaja banyak lagi yang kita perlu perbetulkan lagi.

Selepas itu barulah kita boleh mengambil vaksin suntikan Anti-Typhoid untuk mengelakkan sebarang penularan penyakit deman kepialu & penyakit berjangkit. Suntikan ini boleh didapati di Kilnik Kerajaan mahupun Klinik  Swasta pada kadar harga RM60-RM80. Dua perkara ini yang kita perlu diberi perhatian selagi kita terlibat dalam penyediaan makanan untuk aktiviti perniagaan.

Apa yang yati cuba sampaikan ialah langkah dan cara yang mudah untuk kita terlibat langsung dalam industri makanan. Mana tau anda mempuyai kepakaran tertentu anda boleh menjadikan satu peluang perniagaan untuk dikembangkan. InsyaAllah, apa yang kita buat semuanya dengan izinNYA..Semoga anda yang membaca perkongsian dibukakan pintu rezekii seluas-luasnya..Aamin



Tiada ulasan:

Catat Ulasan