Mood
meroti sudah bermula…
Kenapa
roti menjadi pilihan yati??..sebab semua orang suka makan roti, lagi2 yang ada
BRAND terkenal seperti Gardenia, Massimo, Mighty White, High dan lain2 jenama
lagi. Antara sebab utamanya adalah struktur roti yang lembut dan gebu.
Buat
masa sekarang masa yang terluang yati dan suami banyak dihabiskan dengan membuat
roti sahaja..kadang terasa cepatnya masa
berlalu. Membuat roti sememangnya satu proses yang mengambil masa panjang. Kita kenalah bersabar untuk menunggu
pengembangan doh, membakar dan membungkus sehinggalah ianya selesai. Pernah juga
kitaorang buat dari tengah hari sampailah ke tengah malam..
Mesti
korang tertanya2 kenapa lamaya baru siap??? Sebab sebenarnya yati dah mula
bisnes kecil-kecilan membuat roti dan alhamdulillah kauntiti setiap hari dah nampak
peningkatan..lagipun kami masih menggunakan OVEN yang kecil.. bermula dengan
apa yang ada dahulu,lepas ni bolehlah fikir kaedah yang lebih baik.
Entri
kali ni yati nak kongsi pengalaman buat Roti.
Firstly,
dari segi nak menguli doh Roti. Masa mula2 En suami yang buat dulu, kesian jugak
tengok sampai keluarlah peluh jantannya..yati tukang lap peluh jer..hehe..Mana taknya
kena betul2 ambik masa menguli sekurang2nya satu jam sehingga doh betul2 elastic..kalau
tidak keraslah jadinya roti tu, kalau untuk bisnes yati dah kena stanby mixer
untuk memudahkan pembuatannya..kena berani buat pelaburan sikit untuk membeli
mixer..harap2 ia boleh dijadikan asset untuk jangka masa yang panjang.
Sepanjang
buat roti banyak kali jugak tak jadi, Orang kata buat eksperimen & adjust
kembali doh yang dibuat. Nak sempurna bukan boleh buat sekali terus jadi,kena
jugak berulang2 kali buat.. pernah terhangit, roti menjadi keras,kdg2 tak masak
sangat, doh tak mengembang dan kurang kelembutannya..kalau tak jadi, satu rumah
dapat makan free roti..Bila dah jemu makan roti, yati cuba jugak hidangan lain
seperti Pizza & Roti Arab. Seronok sebenarnya bagi orang makan..
Cara
ini adalah kaedah yang yati boleh guna untuk mendapatkan duit sampingan. Sambil kita Bekerja kita boleh “BERBISNES”..Ini
bukan disebabkan yati terdesak sangat nak cari duit sampai kena berniaga tapi
ini adalah lebih kepada minat yang kitaorang suka buat..daripada tak buat apa,
baik cari aktiviti bersama dengan En. Suami dengan membuat roti bersama2..yang
penting kita mendapat sokongan daripada ahli keluarga yang lain.Yati bersyukur
sangat2 kerana dapat suami yang sangat rajin membantu dalam penyedian roti
kadang2 yati rasa En.suami lagi teliti dan terlebih rajin berbanding yati.
Semoga
usaha kecil kami mendatangkan hasil kejayaan dimasa hadapan.
Terima
kasih kerana sudi baca perkongsian yati.
STICKER ROTI PILIHAN YATI |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan