Belajar
buat benda yang kita kadang tak tahu LANGSUNG memang sesuatu yang sangat best dan menyeronok…
Sebelum
ini yati teringin sangat nak cuba belajar kelas tutorial untuk berbaking dan Alhamdulillah berpeluang untuk join kelas
berbaking memang satu pengalaman yang sangat berharga..yati memilih untuk
belajar membuat Roti dan Pizza dahulu
kerana proses pembuatannya adalah
mudah sekiranya menggunakan teknik yang betul…
Mula-mula
risau jugak first time yati nak pergi,
tapi alhamdullilah lama-lama rasa bimbang hilang diganti dengan rasa teruja
untuk mencuba sesuatu. Tak sangka dapat buat Roti dan Pizza
hasil tunjuk ajar daripada akak
Azlina..( Hana Bakery Trading). Teknik dan cara penyampaian kak Azlina mengajar
memang terbaik. Mudah mesra membuatkan yati selesa sangat walaupun baru kali
pertama berjumpa. Buat anda yang berdekatan di Bandar Seri Putra boleh cuba
menghadiri kelas tersebut. Bagi yang berminat kelas membuat Kek , Cream puff
& Tart dan Aneka Talam juga disediakan. Sebenarnya tak rugi pun kita
laburkan sedikit masa dan duit untuk ilmu yang baru.
Akhir
sekali…lepas ni bolehlah yati bermula proses untuk membakar Roti dan pizza dan
jugak perniagaan kecil-kecilan yati bagi membuat jualan. InsyaAllah, berniaga ni yang penting bermula dengan apa
yang ada dahulu..TINDAKAN yang utama pada diri kita sendiri antara mampu atau
tidak..
Petua nak Berjaya…”Belajar, Belajar dan
Belajar sampai jadi mahir. Jangan takut nak cari ilmu, buat sampai jadi, tak
jadi adjust lagi, lagi dan lagi”…
Sports Betting 101 - How To Bet On Football Online in USA
BalasPadamWhat are the most popular sports to bet on in America? · BetUS Sportsbook · BetOnline Sportsbook · BetOnline Sportsbook 토토 사이트 홍보 · Online Horse Racing