Rabu, 7 Oktober 2015

PERMULAAN BISNES OFFLINE KEPADA ONLINE

Teks: Norhayati Mohd Nooh

Menjalankan perniagaan secara offline adalah permulaan saya berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Saya lebih kepada menjual produk fizikal terus kepada pengguna. Bagi saya pada ketika itu cara pemasaran sangat mudah, hanya menjual tapi sebenarnya saya silap terdapat  lagi kaedah yang lebih mudah untuk menjalankan perniagaan yang tidak saya ketahui. Perniagaan offline sebenarnya lebih banyak cabaran dan risiko yang perlu diambil kira sebelum memulakan perniagaan. Setelah mengalami dan merasai sendiri pengalaman tersebut baru saya sedar saya perlu berubah untuk mengembangkan perniagaan saya.

Alhamdulillah, saya sudah mencuba mengaplikasikan perniagaan saya ini kepada medium online pada musim perayaan yang lalu. Walaupun banyak kekurangan dalam bidang teknologi, itu bukan alasan untuk saya tidak belajar. Saya telah nekad untuk belajar perkara baru dan perlu mengorak langkah daripada berada di zon selesa. Dalam pemikiran saya kenapa saya tidak mula mengabungkan aktiviti perniagaan saya kepada kedua-dua medium perniagaan daripada berniaga secara offline kita berubah sedikit kepada online pulak. Produk yang kita jual adalah tetap sama sahaja. Pastinya cara ini akan memberi sedikit impak yang lebih tinggi.

Sebagai contoh saya telah menjual Biskut Bangkit, melalui medium offline pasaran untuk saya menjual adalah terhad pada satu-satu daerah sahaja serta kos yang tinggi untuk pengiklanan bagi memasarkan produk tersebut. Berbanding dengan menjalankan pemasaran online pasaran lebih luas dan kita boleh memasarkannya di keseluruhan Malaysia. Kos pemasaran juga rendah dan hampir tiada. Dengan cara ini saya berpontensi untuk mendapatkan pelanggan luar dari tempat tinggal. Nampak mudah tapi tidak ramai yang ingin mencuba.

Terdapat  banyak kelebihan jika kita boleh gabungkan perniagaan ini. Saya boleh menjual produk saya pada bila-bila masa dan tiada tempoh terhad untuk menjual berbanding jika kita fokus perniagaan offline tempoh menjual hanya pada masa tertentu sahaja. Maka dengan ini pilihan di tangan anda dan amatlah rugi jika kita tak menggunakan kesempatan yang ada untuk berjaya. Gunakan kreativiti anda untuk  berjaya di dunia dan akhirat. 


                                                         -Berniaga biarlah dari hati.-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan