Teks: Norhayati Mohd Nooh
Alhamdulillah, syukur pada
Allah Yang Maha Pengasih & Pemurah
Sama-sama kita bersyukur
& berdoa hari ini adalah hari yang terbaik dari hari semalam.
Jadi pengalaman &
cabaran hari semalam untuk mematangkan kehidupan kita dalam mencari Redha Yang
Maha 'Adil.
Hanya menggunakan
internet, segalanya menjadi mudah di jari anda. Tidak dapat dinafikan, penggunaan
internet masa kini semakin meluas. Jaringan komunikasi dapat dilaksanakan
dengan mudah dengan adanya perhubungan internet. Permulaan saya berniaga hanya secara offline, kini timbul minat
saya untuk mengembangkan perniagaan saya secara online. Secara jujurnya saya bukanlah pembeli
yang suka membuat pembelian secara online. Sebenarnya saya tidak yakin dengan
produk yang dipaparkan secara maya. Kepuasan untuk membeli secara online tidak
sama dengan membeli secara fizikal kerana kita tidak boleh membelek-belek
barangan tersebut,tidak nampak kualiti
barangan, harga yang ditawarkan agak mahal dan takut mudah ditipu jika barangan yang dipesan tidak
menepati citarasa serta tidak sampai
mengikut masa penghantaran. Faktor –faktor ini membuatkan saya langsung tidak
berminat untuk membuat sebarang pembelian secara online.
Namun, hati saya tergerak
untuk membeli secara online pada tahun lepas. Cuba anda bayangkan daripada tak
berminat, saya boleh terpengaruh dan berubah untuk membuat pembelian secara
online. Seterusnya melakukan pengulangan belian terhadap barangan tersebut. Pembelian pertama saya secara online adalah
membeli tudung. Saya boleh tertarik jenis-jenis tudung hanya di sebuah blog. Paparan blog tersebut
boleh menarik hati saya cair untuk mendapatkan produk tersebut seterusnya membeli. Pada ketika
juga kawan-kawan di office juga sibuk membuat pembelian online. Barangan yang
menjadi pilihan mereka seperti pakaian, beg tangan, barangan komestik dan
alat-alat make-up. Bayangkan bagaimana pengaruh blog dan facebook boleh menjadi tumpuan menarik pelanggan. Oleh itu, fakta yang mengatakan kuasa
pembelian barangan adalah wanita paling tinggi adalah BENAR sama sekali.
Dengan blog maklumat dapat
dikongsikan kepada jutaan pengguna internet seluruh dunia. Tidak seperti laman
web informasi seperti Wikipedia atau yang seumpama dengannya, blog memberikan
perkongsian maklumat dengan cara yang lebih kreatif dan menarik bergantung
kepada kreativiti dan teknik penulisan anda. Dengan ini pembaca dapat membaca
entri, berkongsi maklumat dan info dengan cara yang lebih santai dan menarik.
Kami buka pendaftaran
setiap hari. Mula daftar dan belajar hari ini
==============================
Di Akademi Bekerja Di
Rumah (ABDR), kami menawarkan 2 kelas blog:
1) Kelas Asas Blog dan
Penulisan
2) Kelas Asas Mula Bisnes
Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan