Teks: Norhayati Mohd Nooh
Selamat menyambut Maal
Hijrah 1437H
Alhamdullilah menginjak kita
ke tahun baru Islam. Semoga tahun ini membawa perubahan positif ke dalam diri
dan memberi sejuta kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita. Semoga Allah
swt memanjangkan umur kita,memurahkan rezeki, mengampunkan dosa-dosa silam
kita.Saya mengharapkan agar sambutan maal hijrah kali ini bukan sekadar sebagai
ritual, bukan sekadar menyambut dengan ikut-ikutan, bukan dengan tulis azam
demi azam.
Tetapi hijrah kali ini untuk
mengosongkan diri,gali sedalam2nya untuk diisi dengan ilmu. Permulaan yang baik
untuk kita mula berhijrah, daripada kurang baik kepada yang lebih baik.
Daripada lebih baik, kekal istiqomah melakukannya.
Moga-moga Allah
permudahkan usaha kita untuk melakukan kebaikan dan penghijrahan.
Kerana mahalnya sebuah HIJRAH.
“Dan sesiapa yang berHIJRAH pada jalan Allah
(untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini
tempat berHIJRAH yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar
dari rumahnya dengan tujuan berHIJRAH kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia
mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala HIJRAHnya di sisi
Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[an-nisa’:100]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan