Teks: Norhayati Mohd Nooh
Assalamualaikum..
Terima
kasih buat anda yang sudi menziarahi blog saya dan sentiasa bersemangat untuk
menjalankan perniagaan.
Idea bisnes offline masih lagi saya teruskan di pasaran ketika ini
dengan menjual kerepek. Bagi saya pilihan ini adalah tepat
memandangkan modal permulaan ini kecil dan boleh dilakukan di rumah sahaja. Kita
boleh membuat pembungkusan dengan cara yang mudah. Ada banyak jenis pilihan
kerepek di pasaran yang menjadi tumpuan anda yang ingin menjalankan perniagaan
secara kecil-kecilan seperti kerepek ubi, pisang, keladi atau sukun.
Antara banyak pilihan
kerepek yang saya jual untuk pembungkusan kecil-kecilan, kerepek bawang menjadi
pilihan. Bagi saya kerepek bawang yang saya bekal kepada anda paling sedap
dimakan di tekak saya. Kerepek bawang
ini berbeza kerana rasanyanya yang ranggup, nipis dan sedap. Bila dah
mengunyah,sukar untuk berhenti.
Sedikit info kerepek
bawang
Tentang kerepek bawang
ialah tidak diperbuat sepenuhnya dari bawang tetapi kenapa ia diberi nama
kerepek bawang disebabkan oleh jalur lapisan permukaan kerepek sama dengan
bentuk hirisan dalaman sebiji bawang.
Istilah kerepek pula
adalah dari segi potongan dan hirisan nipis yang dibuat serta diproses untuk
menjadi kerepek bawang. Ia adalah salah satu kerepek kesukaan saya kerana
mempunyai rasa sedikit pedas dan ranggup sesuai sebagai kudapan untuk sebarang
majlis dan boleh juga dijadikan cenderahati atau goodies kahwin perayaan dan
sebagainya.
Tempahan kerepek bawang
Jika ingin membuat
tempahan kerepek bawang untuk majlis tertentu atau perayaan boleh hubungi @ whatapps saya.(012-7482126)
Harga yang kami tawarkan
sangat berpatutan dan sesuai bagi sesiapa yang ingin memborong dari kami.
Bagi saya usaha kecil yang
saya laksanakan ini boleh dihabiskan
sehingga selesai mengikut perancangan apa
yang sudah kita mulakan. Yang penting mesti istiqamah dan konsisten. Rezeki
Allah Maha Luas dan Allah Maha Kaya. Pohon dan berdoa bersunguh-sungguh
denganNya.
-Berniaga
biarlah dari hati.-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan