Khamis, 15 Oktober 2015

HALA TUJU BISNES ONLINE

Teks: Norhayati Mohd Nooh
















Memulakan bisnes online bukanlah perkara mudah jika kita tiada ilmu pengetahuan.Tindakan pertama ialah  dengan membuat penilaian sesuatu produk. Berfikir sebelum bertindak supaya hasil yang diperolehi boleh menjana pendapatan kita sekeluarga. InsyaAllah..

Antara faktor yang perlu dipertimbangkan untuk memulakan perniagaan online ialah:
1)Mengenalpasti perniagaan anda lakukan halal atau haram?
Periksa sama ada perniagaan yang bakal anda lakukan menepati ciri-ciri yang dibolehkan dalam agama. Anda wajib siasat perkara ini dahulu sebelum memulakan perniagaan anda. Pastikan juga ia mematuhi peraturan negara. Barulah rezeki yang diperolehi halal untuk dimakan seisi keluarga

2) Menentukan jenis  perniagaan di internet.
Anda perlu fikir apa jenis perniagaan yang anda ingin jalankan secara online. Adakah perniagaan anda melibatkan penjualan barang (produk fizikal)? Adakah anda ingin menjual servis (perkhidmatan) atau anda hanya sebagai agen dropship. Semua ini perlu diberi perhatian bagi memastikan anda tidak lari dari matlamat asal.

3)Belajar pelaksanaan rancangan perniagaan.
Anda juga perlu memikirkan rancangan perniagaan yang bakal anda lakukan. Berapa modal yang anda perlu untuk memulakan perniagaan? Berapakah potensi keuntungan yang anda mahukan? Bagaimana dengan strategi pemasaran anda secara online?Belajar untuk membina tapak online.

4)Persediaan tempat kerja dan alatan.
Di manakah anda ingin lakukan perkerjaan anda? Jika di rumah, pastikan anda menyediakan ruang yang selesa untuk anda lakukan semua pekerjaan anda. Pastikan semua peralatan anda cukup seperti komputer, line internet yang berkelajuan tinggi, printer dan mungkin mesin faks. Bagi yang masih bekerja, pembahagian masa perlu seimbang antara bekerja dan berniaga. Ia bergantung kepada perancangan anda.

Semoga kita berusaha bersama-sama kearah kejayaan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan