Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google
Salam Jumaat dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang
ke 58 tahun. Saya panjatkan kesyukuran pada
Allah,negara kita masih berada dalam keadaan aman, harmoni dan bebas daripada kuasa penjajah.
Saya tertarik
dengan tajuk yang diberikan dalam program Bicara Wahyu yang dianjurkan oleh Unit Bahagian Pendidikan Islam mengenai “Kemerdekaan. Segalanya
bermula disini”.
Umumnya , kita sedia maklum bahawa kemerdekaan membawa
maksud perubahan daripada keadaan sukar kepada ketenangan. Dalam konteks ini, Segalanya
bermulanya disini bermaksud kita perlu menilai diri kita sendiri samaada masih
berada pada tahap lama ataupun sudah bebas@ merdeka.
Maka, disini kita renunglah dan cuba ambil sedikit masa
untuk muhasabah diri. Luangkan sedikit masa untuk refleksi diri kita. Tanya
pada diri , “Apa yang aku mahu ubah?” , “Apa yang akan terjadi jika aku tidak
berubah?” dan “Apa yang saya dah buat untuk negara?” Sebutkan jawapan-jawapan
tersebut hingga didengari oleh telinga kita sendiri. Berusahalah untuk memajukan anak bangsa kita dengan mendidik mereka untuk hidup berlandaskan syariat Islam dengan berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah. InsyaAllah..Semoga kaedah ini dapat membantu anda kearah
kebaikan dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Semoga Hari Kemerdekaan ke-58 yang berpaksikan semangat Sehati Sejiwa ini
akan membuka dimensi baharu dalam menyemai semangat cintakan tanah air yang
jitu dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya golongan muda selaku
pewaris kepimpinan negara di masa depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan