Jumaat, 14 Ogos 2015

SALAM PERKENALAN


Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Norhayati Mohd Nooh


Alhamdullilah, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah atas nikmatNya kerana  masih diberikan limpahan kasih sayang, diberikan nikmat kehidupan yang baik, masih boleh untuk  berubah, masih boleh memperbaiki diri, masih boleh mencari rezeki, serta masih boleh bersama dengan orang tersayang. Sesungguhnya, saya berasa teruja untuk memulakan sesi penulisan diblog ini sebagai langkah permulaan untuk mengasah bakat terpendam ini. InsyaAllah saya cuba memberi  perkongsian yang menarik dan terbaik dalam setiap  penulisan saya.

Nama penuh saya Norhayati Binti Mohd Nooh. Yatie @ yan adalah singkatan nama saya dikalangan kawan2 dan ahli keluarga. Berasal dari Kluang, Johor dan sekarang menetap di Nilai, Negeri Sembilan .Penghijrahan saya ke Nilai bermula sejak awal  kami mendirikan rumahtangga. Disinilah tempat kami berdua mencari rezeki. Alhamdullilah,dapat jugak menyesuaikan diri ditempat orang, walaupun terasa  jauh jugak merantau.

Penulisan saya dalam blog ini sebagai platform untuk membina rangkaian perhubungan diantara sesama insan walaupun ianya dilakukan di alam maya.Perkembangan teknologi masa kini banyak membantu khususnya golongan wanita menjalankan perniagaan secara online seterusnya dapat menyumbangkan kepada ekonomi keluarga. Bagi saya masih belum terlewat untuk saya belajar berjinak2 dalam dunia blogging ini bagi menyampaikan saluran maklumat kepada pembaca diluar sana. Saya boleh dikategori sebagai seorang pendiam dan tidak pandai berkongsi secara percakapan, namun itu bukan halangan untuk saya berkongsi maklumat melalui kaedah penulisan.

Memandangkan saya masih berkerja, saya cuba untuk membahagikan masa yang ada dengan sebaiknya.  Saya memasang impian, alangkah seronoknya saya dapat menjalankan perniagaan yang saya minat hanya berkerja dirumah. Tapi buat masa ini agak mustahil untuk saya melakukan kerana keadaan kewangan kami sekeluarga yang masih belum stabil..InsyaAllah mungkin satu hari nanti impian saya boleh terlaksana dengan IzinNya.

Impian saya menyertai Akedemi Bekerja Di Rumah(ABDR) adalah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan bisnes online ini, maka saya memerlukan seorang mentor yang dapat memberi tunjuk ajar & bimbingan untuk berjaya dalam ABDR. Terima kasih Pn Anys Idayu binti Zakaria kerana memberi peluang untuk saya belajar bagi mengorak langkah lebih jauh lagi dalam dunia perniagaan melalui rangkaian online ini. Matlamat saya semoga perancangan yang saya buat ini dapat dipermudahkan oleh Allah S.W.T

Saya teringat petikan kata2  daripada usahawan wanita yang berjaya Pn Maria Firdaus  “ Siapa kita HARI INI ,adalah HASIL daripada apa yang kita telah PILIH 5-10 tahun yang lalu, dan apa yang kita PILIH HARI INI bakal menentukan SIAPA KITA 5-10 akan datang.  Jadi buatlah PILIHAN yang tepat” .
Semoga entri pertama saya ini dapat memberi manfaat kepada pembaca diluar sana dan kita semua berada dalam lindungan rahmat Allah S.W.T supaya Allah lorongkan hati kita untuk memilih yang terbaik dalam semua pilihan yang ada dalam hidup kita. InsyaAllah…
.
Terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa membaca coretan saya ini dan harapan saya semoga usaha yang sedikit ini boleh menjadi rujukan kepada semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan