Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google
Penulisan kali ini, saya ingin
berkongsi pengalaman menjalankan perniagaan secara offline yang pernah saya
jalankan. Perniagaan offline yang saya jalankankan ialah menjual Biskut Raya semasa di musim
perayaan yang lepas. Boleh dikatakan saya juga masih baru dalam dunia
perniagaan ini, banyak yang perlu saya belajar dan mengutip ilmu daripada
mentor yang telah berjaya demi meningkatkan hasil jualan saya pada masa akan
datang.
Saya cuba kongsikan dengan anda
perkara yang perlu ditekan semasa menjalankan perniagaan ini. Bagi saya kita
perlu membuat persediaan dari awal lagi terutama sebelum,semasa menjelang
perayaan dan selepas musim perayaan.
Antara langkah yang boleh diberi
perhatian:-
1)Sebelum Musim Perayaan
Waktunya adalah
sebelum mula bulan Ramadhan untuk kita berpuasa. Pada ketika ini, saya sudah menyiapkan sample jualan untuk diagihkan kepada pengguna saya bagi mencuba dan
merasai kualiti biskut yang saya jual. Saya mula memberitahu dan mempromosikan kepada kawan-kawan di pejabat dan jiran tetangga. Dengan kaedah
ini, kita boleh membina rangkaian perhubungan bagi
memperkenalkan produk yang kita jual di pasaran. Usah berasa takut untuk
bertindak.
2) Menjelang Musim Perayaan
Apabila kita
sudah bersedia untuk berniaga, perkara yang perlu ditekankan adalah tetapkan
matlamat dan target jualan yang mampu untuk kita jual. Jalankan sedikit promosi dikalangan
kawan-kawan melalui media sosial dan melantik dealer@agent untuk sama-sama menjual biskut raya. Selain itu,
penting untuk mendapatkan pembekal bagi mendapatkan stok yang banyak dengan kos
yang minimum.
3) Selepas Musim Perayaan
Pastikan adanya
menyimpan lebihan biskut raya yang sedikit bagi memudahkan pembeli membuat
pengulangan belian terhadap produk kita. Perkara penting adalah usaha dan
kesungguhan, yang merangkumi kesungguhan itu ialah kemahuan mempelajari
sesuatu. Daripada tidak tahu kepada tahu. InsyaAllah, saya rasa anda boleh
melakukan lebih baik daripada saya.
Semoga
perkongsian ini membantu pembaca untuk membuat perancangan dimasa akan datang.
InsyaAllah, semoga dipermudahkan urusan di dunia & akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan