ALHAMDULLILAH…Projek
biskut raya 2016 telah selesai, tak disangka-sangka permintaan untuk Bangkit
Cheese dan Bangkit Santan kali ini mendapat permintaan yang menggalakkan. Yati panjatkan kesyukuran kepada Allah yang telah membantu menggerakkan hati2 pembeli untuk membeli
biskut raya. Permintaan bangkit cheese pada kali ini yati dapat lihat banyak
perubahan berbanding tahun2 sebelumnya yati menjual. Pembeli sudah mula merasai
keenakkan tekstur biskut bangkit cheese yang dibuat dan ada yang sanggup membeli dalam kuantiti yang banyak. Namun
biskut bangkit santan yati cuba tidak dipinggirkan kerana biskut ini ada pegemarnya
tersendiri yang ingin merasai ramuan
tradisional di kekalkan.
Terima
kasih juga yati ingin mengucapkan kepada En Suami, sedara mara dan kawan2 yang
sama2 tolong berusaha menjualkan dan memasarkannya di kawasan2 mereka. Ada di antaranya
yg sanggup menjual di kampung, kawasan perjiranan dan tempat kerja masing2. Tima
kasih sekali lagi, hanya ini yang mampu yati lakukan untuk membantu mereka2 ini
menjana pendapatan untuk keperluan hari raya.
Akhir
sekali..jika anda masih lagi tercari2 bisnes apakah yang boleh dilakukan, saya
sarankan dengan bermula menjual biskut raya tak kira pelbagai jenis yang
penting biskut yang kita jual itu mempunyai rasa yang sedap dan berkualiti bagi
membina kepercayaan pembeli anda. InsyaAllah, jika ada rezeki di tahun hadapan
yati ingin mencari agen2 baru dikawasan Pantai Timur @ Utara supaya dapat membekalkan
biskut bangkit Cheese di pasaran luar. Rasanya ramai lagi yang belum mengetahui
kewujudan Bangkit Cheese dan yati yakin setiap tahun akan bersilih ganti
pembeli memandangkan di Malaysia terdapat 3 juta penduduknya. InsyaAllah doakan yati semoga dipermudahkan.
Antara
sebab Bangkit Cheese menjadi pilihan Biskut Terbaik 2016
2) Rugi kalo beli hanya satu balang sahaja..
3) Perusahaan yang diusahakan di Rengit, Batu Pahat..original daripada Johor
4) Boleh membuat pilihan untuk kedua2 nya sekali..mana yg peminat tegar cheese..boleh mencuba
5) Harga mampu milik..yg penting kita gembira..
Terima kasih kerana sudi membaca penulisan saya kali ini. Semoga anda semua mendapat hidayah dan rahmat daripada Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan