Rabu, 27 April 2016

POSITIFKAN DIRI DENGAN MENULIS

Setiap hari kita melalui hari-hari yang sentiasa berubah. Adakalanya kita merasai situasi yang sangat  gembira dan adakalanya kita melalui kesedihan dalam kehidupan kita.  Perasaan ini sememangnya silih berganti selagi  kita masih bernyawa di muka bumi ini.
Jadi bagaimana tindakan anda saat melalui proses tersebut?  
Apakah kaedah dan cara yang kita boleh gunakan?
Disini saya ingin  berkongsi dengan anda  kaedah yang boleh kita gunakan adalah dengan MENULIS.
Tafsiran mengenai menulis  pelbagai.  Bagi saya, antara sebab saya suka  menulis adalah untuk menzahirkan apa yang ada di dalam minda saya untuk  diaplikasikan melalui  tulisan  agar dapat menghasilkan teks yang  mudah dibaca dan seterusya dapat  difahami oleh orang lain.
Secara jujurnya  saya sudah memulakan  amalan menulis dalam kehidupan harian tidak kira dari perkara yang sekecil-kecilnya  sampai lah kepada perkara yang besar. Bila kita dah memulakan secara tidak langsung akan muncul idea-idea yang menarik sehingga kita merasakan  seronok dan teruja untuk menulis.  

MENULIS  dalam keadaan sedih dapat membantu kita memendekkan tempoh kesedihan kita. Kenapa saya mengeluarkan fakta tersebut kerana saya sudah buktikan dan amalkan. Mungkin ketika  itu, kita menganggapkan  diri  kita ini kurang bersemangat dan terlalu  banyak perkara negatif  ada dalam diri kita, tapi bila kita menulis secara tidak langsung kita mula berfikir kepada perkara positif. Ini menunjukkan kita bersedia utuk menghadapi  segala cabaran dan bersangka baik dengan Maha Pencipta. Insyaallah,  mungkin ada perkara  yang lebih baik selepas ini sebab ianya RAHSIA Allah.

Jadikan  penulisan yang kita buat ini sebagai terapi dan amalan yang terbaik untuk kekal menulis walaupun  hanya satu nota. Semoga niat saya  menulis ini  dapat  menyampaikan mesej  secara berterusan di masa hadapan . InsyaAllah

Terima kasih buat anda yang sudi meluangkan masa membaca.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Mula daftar dan belajar hari ini
==============================
Di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), kami menawarkan 2 kelas blog:
1) Kelas Asas Blog dan Penulisan
2) Kelas Asas Mula Bisnes Online




Tiada ulasan:

Catat Ulasan