ANDA PERNAH MENGALAMINYA???
Setiap individu yang bekerja atau yang bergelar surirumah memang mudah untuk mengalami
satu simpton dalam diri iaitu sikap MALAS .Bagi suri-suri yang bekerja seperti saya, kadang kala waktu
di pejabat terasa begitu lambat sekali,rasa macam tak sabar untuk menunggu
waktu pulang. Namun begitu, sebagai pekerja yang makan gaji dilarang sama sekali menunjukkan sikap malas kita
kepada orang lain. Apa kata hari ni saya
kongsikan kepada anda tip paling mudah untuk atasi sikap MALAS anda ditempat
kerja.
Berikut adalah perkara yang boleh anda lakukan untuk atasi sikap malas:
1. Amalkan doa .
Doa adalah senjata mukmin seperti mana Allah s.w.t telah berfirman yang
mafhumnya:
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku
perkenankan doa permohonan kamu.” (Ghaafir 40:60)
Allah s.w.t sendiri telah memberikan jaminan bahawa Dia nescaya akan
memperkenankan doa hamba-hambanya. Sama ada cepat atau lambat hasilnya itu
tidak penting, yang penting kita sebagai hamba melakukan apa yang telah Allah
s.w.t sarankan kepada kita.
“Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari kedukaan dan kesusahan,
perasaan lemah, malas dan kebakhilan”.
2. Ingat matlamat atau
sasaran anda
Anthony Robbins seorang pakar motivasi terkenal di Amerika telah menulis
dalam bukunya, ‘People are not lazy. They simply have impotent goals - that is,
goals that do not inspire them.’ Maksudnya, ‘manusia tidak malas. Mereka
sekadar memiliki matlamat yang mati – iaitu matlamat yang tidak merangsang diri
mereka’.
Persoalannya sekarang bagaimana untuk kita mempunyai matlamat yang
merangsang diri?
-Kongsikan matlamat dan impian anda dengan orang lain. Sentiasa ingat
IMPIAN BESAR anda.
3. 10 minit keemasan!
Sekiranya anda malas maka cuba katakan pada diri anda bahawa anda bukan
mahu belajar satu jam pun, tetapi anda hanya mahu belajar selama 10 minit
sahaja. Tetapi syaratnya, dalam masa 10 minit ini anda MESTI berikan yang
terbaik. Tumpuan anda mestilah 100%, anda juga perlu baca dan faham
sungguh-sungguh dan buat catatan tentang apa yang anda baca. Anda juga perlu
firkirkan kembali apa yang telah anda baca dan cuba ceritakan semula pada diri
anda apa yang anda faham.
4. Banyak membaca bahan
motivasi
Memperbanyakkan membaca buku-buku motivasi yang mampu mencetuskan
pemikiran positif dan merangsang diri untuk berubah menjadi rajin.
Setidak-tidaknya bacalah artikel- artikel motivasi yang pendek-pendek yang
boleh anda cari dengan mudah dalam internet.
Baca juga kisah-kisah kejayaan orang lain kerana apa yang dibaca itu
nanti mampu memberikan inspirasi untuk anda turut berjaya seperti mereka. Malah
mungkin melebihi pencapaian mereka dan ini bukanlah sesuatu yang mustahil.
5. Rehat dan tidur yang
cukup
Malas akan terbit apabila badan terasa lemah dan letih. Oleh itu rehat
dan tidur yang cukup adalah satu cara yang boleh diambil bagi mengatasi rasa
malas.
6. Riadah
Ada ketikanya anda rasa malas sebab tiadanya aktiviti fizikal yang
membolehkan darah dan oksigen berjalan lancar dalam badan. Cubalah libatkan
diri dengan pelbagai aktiviti riadah dan anda pasti akan dapati tubuh badan
yang segar menjana semangat belajar yang tinggi.
7. Berkawan dengan orang
yang positif
Tingkah laku dan sikap anda banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan anda.
Sekiranya anda berkawan dengan mereka yang positif, yang mahu belajar dan
sering berbincang tentang tugas yaag diberikan, maka lama-kelamaan sikap positif ini akan
mempengaruhi diri anda juga.
8. Amalkan teknik
pernafasan
Ada ketikanya anda rasa malas sebab oksigen yang dibekalkan ke otak
berkurangan. Otak memerlukan 25% daripada bekalan oksigen yang dihantar ke
badan untuk berfungsi dengan baik. Sebab itulah apabila kita baru sahaja
selesai makan makanan yang berat seperti nasi maka diri terasa malas kerana
sebahagian besar oksigen digunakan untuk menghadamkan makanan. Satu cara yang
boleh dilakukan ialah tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan
beberapa kali. Anda serta merta akan terasa lebih segar.
(Dipetik dari buku Motivasi Alihan Pelajar tulisan Dr. Tengku Asmadi T.
Mohamad terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd.)
Semoga ianya bermanfaat kepada diri anda untuk sentiasa bersemangat dan berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan