Peningkatan kos sara hidup yang tinggi memaksa kita untuk sentiasa
berjimat cermat dari segi aspek pengurusan kewangan. Tambahan pula bagi anda yang
menjalankan perniagaan, setiap kos yang
terlibat perlu diambil kira bagi mengelakkan sebarang bentuk kerugian.
Perniagaan Dropship adalah pilihan terbaik untuk menggandakan pendapatan anda.
Terdetik dihati ini ketika masa lapang yang ada ini dengan memberi
ulasan mengenai permulaan perniagaan tanpa memerlukan modal yang besar. Bagi
anda yang berminat untuk mencuba, kita mulakan dengan berjinak-jinak dengan perniagaan dropship(Bisnes Tanpa
Modal).Alhamdullilah saya telah cuba lakukannya dan sehingga kini saya sentiasa
belajar dan belajar ilmu pemasaran daripada mentor saya.
GAMBAR- Sumber cariaon google |
Konsep Dropship.
Merupakan konsep menang-menang(win-win) yang perlu ada anda ambil
peluang kerana anda tidak perlu keluarkan modal. Sekadar ayat-ayat yang memukau
bagi menarik pembaca menjadi pembeli. Segala urusan pembungkusan dan pos
semuanya dilakukan oleh pemilik produk dropship tersebut. Tiada kos sewa kedai,
Tiada kos pos dan tiada kos belian barangan – hanya mengaut keuntungan atas angin.
Modal hanyalah usaha dan masa.
Mengapa saya menjadikan pilihan buku sebagai Dropship :-
v Saya
suka membaca buku ilmiah, cara ini membolehkan
saya berkongsi minat yang sama
kepada pembaca diluar sana untuk mendapatkannya.
v Kos
permulaan dan risiko yang minimum. Sekiranya produk atau pasaran khusus yang
kita pilih tidak membawa keuntungan.kita boleh pilih kepada produk-produk yang
lain.
v Kita
boleh menjual pelbagai jenis buku yang boleh memberi manfaat kepada pembeli.
v Kita
tidak perlu menyimpan bekalan stok yang banyak.
v Kita
tidak perlu menanggung kos penghantaran dan pembungkusan.
v Membantu
pembeli menjimatkan masa.
v Proses
pemasaran yang sangat mudah.
InsyaAllah, semoga apa yang kita usahakan ini boleh membawa hasil dan kejayaan pada masa akan datang. Jangan berputus asa dalam setiap tindakan yang kita lakukan,.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan