Teks: Norhayati Mohd Nooh
Assalamualaikum
"Bekerja" untuk Allah dahulu, sebelum memulakan sebarang
urusan setiap hari.Alhamdulillah hari-hari yang berlalu sungguh bermakna dalam
kehidupan saya. Tanamkan sifat dalam diri bersangka baik dengan Allah dalam setiap
tindakan yang kita lakukan kerana rezeki yang kita perolehi adalah rahsia Allah
untuk hambanya.
Misi saya masih lagi diteruskan dalam menjual pelbagai jenis kerepek.
Namun sejak kebelakangan ini, keutamaan
tugasan kerja di pejabat menyebabkan saya tidak dapat menumpukan penulisan di
blog. Hakikatnya, saya hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan
bersama suami bagi mengisi masa lapang kami. Perasaan seronok kini mula terasa apabila kita dapat melihat
pretasi perniagaan kita dari masa ke semasa. Saya dapat belajar untuk mencapai
untung yang kecil dahulu. InsyaAllah segala usaha yang saya lakukan biarlah
ianya berterusan.
Kini saya mula mengorak langkah dan belajar dalam pengurusan bekalan
niaga saya dan pengurusan kewangan. Saya pastikan bahawa saya boleh melihat
peningkatan perniagaan saya dalam masa 6 bulan dari sekarang untuk memastikan
perniagaan ini boleh mencapai keuntungan atau tidak. Pengalaman yang lepas
membuatkan saya berhati-hati dalam setiap perkara yang melibatkan kewangan
perniagaan.
Antara perkara asas dalam penyimpanan rekod perniagaan saya:-
v Suntikan
modal permulaan perniagaan. Biasanya kita akan keluarkan modal sendiri sebagai permulaan dalam membeli
barang-barang perniagaan. Anggaran kos yang terlibat akan saya perincikan satu
persatu.
v Asingkan
segala duit perniagaan. Simpan setiap resit keluar masuk yang telah diterima
atau digunakan. Ini sebagai bukti pembelian kita. Biasanya saya sediakan tabung
perniagaan sendiri dahulu sebelum kita membuka akaun syarikat di bank.
v Kos
Belian & Kos Jualan. Perlu diambil
kira bagi memastikan kita tidak mengalami kerugian. Setiap perkara perlu
direkodkan dengan terperinci. Item seperti Tarikh, Perkara, Kuantiti dan Harga
kos perlu dicatatkan. Sediakan Buku Lejar sebagai panduan ringkas kita untuk
memastikan keluar masuk duit perniagaan kita. Hasil jualan juga perlu dianalisa
mengikut mingguan dan bulanan.
v Perbelanjaan
lain-lain. Ini melibatkan perbelanjaan
untuk membeli kelengakapan perniagaan kita. Perlu disenaraikan satu persatu
mengikut keutamaan.
v Ambilan
untuk kegunaan peribadi. Wajib direkodkan.
Sumber: Carian Google |
Ini adalah perkara yang asas saya lakukan sendiri. Mungkin
ada yang lebih baik dalam perakaunan perniagaan mereka. Bagi yang baru bermula,
fokus untuk kembangkan perniagaan dan banyakkan cash sales anda. Gunakan sistem
menyimpan rekod yang mudah dahulu.
Semoga berjaya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan