Isnin, 16 November 2015

MEMBINA NAMA PERNIAGAAN

Teks: Norhayati Mohd Nooh



Berpeluang untuk mendaftarkan nama syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) adalah satu pengalaman yang sangat berharga. Niat untuk mendaftar  syarikat seringkali tertangguh akibat kekangan masa dan sikap diri sendiri yang tidak serius  menyebabkan saya lewat untuk mendaftar walaupun sudah 2 tahun saya menjalankan aktiviti perniagaan kecil-kecilan tanpa mendaftar syarikat.
Alhamdulillah, kali ini Allah mempermudahkan  segala urusan saya. Semoga ianya langkah permulaan kepada saya untuk lebih fokus kepada perniagaan yang saya lakukan dan semangat baru untuk berusaha dengan giat lagi meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga.

Pemilihan nama “YANZ GLOBAL ENTERPRISE” menjadi pilihan saya. Ianya adalah singkatan nama saya dan suami yang sama-sama berminat melakukan perniagaan ini.Saya cuba senaraikan jenis-jenis perniagaan yang akan saya fokuskan. Bagi anda yang masih belum mendaftarkan syarikat sebaik-baiknya lakukannya sekarang. Namakan perniagaan anda dengan nama anda sendiri.

MENGAPA?

v  Syarat utama untuk membina jenama yang hebat adalah memberi nama yang unik kepada perniagaan anda. Nama anda sendiri adalah unik dan terbaik.
v  Perniagaan yang mudah diingat adalah perniagaan yang mempunyai personaliti. Anda adalah personaliti perniagaan anda sendiri.
v  Perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang membina perhubungan. Manusia membina perhubungan dengan manusia dan bukan sekadar nama perniagaan yang tidak ada kena mengena.

Semoga  usaha dan matlamat yang kita impikan dapat tercapai. Biar  ianya bermula perlahan-lahan dan berterusan bagi menampakkan hasil kejayaan pada masa hadapan. Bina sikap positif dalam diri.

Keep Going!!!!!!










Tiada ulasan:

Catat Ulasan