ALHAMDULILLAH..
5 Cara Berlatih BERSYUKUR
1. Latih diri untuk bersyukur setiap saat .
2. Latih diri untuk mudah Berterima Kasih.
3. Latih diri untuk mudah Memberi
4. Latih diri untuk menyantuni mereka yang kurang bernasib baik
5. Latih diri untuk bersyukur dengan memperbanyakkan amal soleh.
(Buku 21 Formula Hidup Luar Biasa)
Hari ni kita masih lagi diberi peluang meneruskan kehidupan. Amalan kesihatan yang
terbaik untuk diri sendiri di waktu pagi ialah dengan mengambil air kosong
sebagai rutin harian kita. Biasanya saya akan minum segelas air putih sebelum
saya mandi pagi bagi meningkatkan kecergasan serta saya juga tidak ketinggalan menyediakan sebotol air untuk dibawa ke tempat kerja sebagai bekalan.
Pengambilan minuman air kosong ini sebenarnya mempunyai manfaat dan
faedah. Antaranya adalah mengembalikan
kemudaan, senang cerita semakin awet muda lah. Malah tidak sedikit juga
pengamal perubatan menyarankan untuk minum air putih 6 sehingga 8 gelas sehari
dengan tujuan menyingkirkan toksin dalam badan, mengawal berat badan,
melancarkan peredaran darah dan paling penting menggantikan cairan tubuh yang
hilang semaca beraktiviti seharian.
Manakala bagi mereka yang sedang berdiet, banyakkanlah minum air kosong
ini. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata
mampu mengurangkan berat badan kita.Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas
setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari
mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda menjaga kesihatan diri
diperingkat awal. Mulakan hari-hari anda dengan sebaik mungkin..
Sumber: google |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan