Teks: Norhayati Mohd Nooh
Saya ingin meneruskan coretan saya pada kali ini dengan
berkongsi pengalaman menjalankan perniagaan offline yang saya jalankan. Kita sedia maklum bahawa perniagaan offline
terdiri pelbagai jenis produk fizikal yang boleh anda jualkan. Sekitar tahun
2013, saya bersama suami pernah memulakan
perniagaan menjual selipar serta pakain t-shirt lelaki di Uptown Putra Nilai. Pengalaman berniaga
secara sambilan di Uptown membawa kenangan suka dan duka buat kami berdua.
Penglibatan kami bermula apabila kawan mengajak mencuba
berniaga disamping saya melihat
kemeriahan pengunjung yang datang terlampau ramai pada setiap hari sejak uptown di kawasan itu dibuka. Kami terasa
teruja untuk terlibat sama menyertainya.
Bila bercakap mengenai up town@ down town, sebenarnya
saya suka pergi ke tempat tersebut.Melihat ramai peniaga bersaing secara sihat
untuk mempromosikan produk mereka. Pelbagai jenis jualan boleh didapati , mudah
untuk aktiviti tawar menawar,dan harga yang dikenakan berpatutan. Waktu operasi
perniagaan juga sehingga ke larut malam dari 9.00mlm sehigga 2.00 pagi.
Alhamdulillah, kami dapat menjalankan operasi perniaagaan tersebut hanya selama 5 bulan sahaja. Hal
ini kerana hasil jualan semakin
berkurangan akibat kemerosotan pengunjung untuk datang. Kesukaran untuk
menigkatkan jualan disamping terpaksa
menanggung kos sewaan tapak yang mahal. Akhirnya
kami terpaksa mengambil keputusan untuk menutup. Namun bagi saya, peluang untuk
berniaga tetap ada. Kami pernah memasuki jualan karnival di Tapak Ekspo USIM,
Jualan Dataran Nilai pada hujung minggu serta Bazar Ramadhan walaupun
ianya hanya sementara sahaja.
Bagi anda yang berminat mencuba berniaga di Uptown,fikirlah
sebaik mungkin dan perlulah
- Bersedia dari segi fizikal dan mental kerana perlu sanggup bersusah dahulu buat permulaannya. Hati kena kental dan sentiasa tebalkan muka untuk promosikan barangan.Aktiviti pemunggahan sering dibuat.
- Jangan laburkan modal yang besar . Ada kalanya peniaga terlampau ghairah dengan membeli terlampau banyak stok. Lihat keadaan pasaran@ pengunjung dahulu di kawasan baru bagi mengelakkan menanggung kos kerugian yang tinggi.
- Tengok dahulu komitmen penganjur untuk menaikkan tapak tersebut. Ada setengah penganjur hanya ingin mengaut keuntungan sahaja dengan mengenakan kos sewaan tapak yang mahal. Ini menyebabkan peniaga sukar untuk bertahan lama.
- Bersabar menerima keadaan cuaca yang tidak menentu.Contohnya, bila musim hujan lebat, air mudah masuk ke khemah. Maka barangan tidak boleh simpan di khemah terlampau banyak.
- Mempelengkapkan ilmu pegetahuan serta carilah mentor yang berjaya untuk berkongsi ilmu dunia perniagaan ini.
Melaksanakan perniagaan ini membuatkan saya
benar-benar TAWAKAL kepada Allah sebab rezeki adalah RAHSIA Allah untuk kita.
InsyaAllah.
Semoga penulisan kali ini memberi manfaat buat anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan