Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google
Selamat Hari WANITA . Semoga hari ini mendatangkan
kebaikan buat anda.
Saya nak kongsikan kegigihan golongan wanita yang dapat
mengusahakan perniagaan Biskut Bangkit sehingga
berjaya. Saya juga antara peniaga yang bertuah kerana boleh mendapatkan bekalan
biskut disana sehingga membolehkan saya
melakukan pemasaran di Nilai, Negeri Sembilan.
Pn Siti Raya memperluaskan perniagaan kuih bangkit yang diusahakan sejak dua dekad lalu di rumahnya di pekan Rengit, Batu Pahat, Johor
Tidak dimakan waktu, nama dan rasa biskut-biskut lama itu
lebih melekat berbanding puluhan biskut moden yang ada di pasaran pada hari
ini.
Permintaan yang tinggi terhadap biskut tradisi
menyebabkan Pn Siti Raya Bachok, 53, tidak teragak-agak untuk memperluaskan
perniagaan kuih bangkit yang diusahakan sejak dua dekad lalu di rumahnya di
pekan Rengit, Batu Pahat, Johor.
Kuih bangkit yang masih mengekalkan rasa tradisi itu
menjadi buruan para pemborong di seluruh negara terutama menjelang hari raya.Tahun
ini sahaja, tidak kurang 20,000 balang pelbagai jenis kuih bangkit yang bersaiz
kecil dan besar habis dijual kepada pemborong. Jumlah itu sentiasa meningkat
saban tahun.
Beroperasi di bahagian anjung hadapan rumah, Siti Raya
baru sahaja membuka ruang pameran untuk enam jenis kuih bangkit yang
dihasilkan.Ini bagi membolehkan orang ramai yang datang ke kedainya untuk
melihat sendiri pemprosesan kuih bangkit yang dibantu 10 pekerja itu.
Beliau hanya menfokus
kepada kuih bangkit sahaja, namun permintaan terhadap kuih itu sentiasa
meningkat. Pelanggan setia dari dahulu sentiasa datang setiap tahun untuk
mendapatkannya.
Beliau juga berasa yakin dan tidak bimbang dengan
persaingan terutama biskut yang lebih moden kerana pasaran untuk biskut tradisi
tetap ada.
Walaupun, saya tidak mahir dalam segi pembuatannya, namun niat
dan usaha membantu memasarkan jualan ini
sememangnya dituntut sebagai saling membantu memajukan Industri Kecil dan Sederhana(IKS)
kita di Malaysia.
Semoga coretan kali membantu anda mengambil peluang
menceburi bidang perniagaan ini.
DELIVERY AREA- seremban-bangi-kajang-putrajaya- -KL -shah
alam-(kalau ada permintaan)
HARGA BORONG: sila call/sms/pm 012-7482126
Kepada yang berminat boleh berhubung terus kepada saya.
Jadikan ni langkah permulaan anda untuk mulakan perniagaan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan