Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google
Hidup perlu bersemangat.
Dalam setiap hari yang anda lalui haruslah ada perasaan ini kerana
tanpanya, akan layu dan suramlah kehidupan. Bagaimana mahu memperolehinya?
Mudah saja sebenarnya. Hanya melalui pembacaan, anda mampu mencetuskan semangat
dan inspirasi dalam diri.
Mengapa perlu membaca??
Melalui pembacaan kita akan dapat menambahkan ilmu
pengetahuan kita. Budaya membaca telah lama dipupuk sejak anak-anak kecil lagi
kerana ada pepatah menyebut “Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya”. Pada masa kini pelbagai bahan bacaan mudah diperolehi yang mana boleh
menggalakkan untuk anda membaca dan mendapatkan ilmu.
Berbalik kepada topik diatas, saya sebenarnya suka
membaca tak kiralah majalah ,buku ilmiah atau artikel suratkhabar. Bagi saya
membaca membawa ketenangan jiwa dan boleh boleh memberi aura positif dalam diri. Umpamanya sewaktu saya
berasa sangat sedih, putus asa dan tiada
keyakinan utuk melakukan tugasan. Bukulah
yang menjadi teman untuk membantu menaikkan semangat kepada saya. Melalui pembacaan saya dapat
sumber kekuatan dalaman dan inspirasi.
Antara buku yang boleh dikongsikan
dengan anda:
Dalam buku ini, ada 21 formula yang boleh anda gunakan
untuk menjadikan hati lebih tenteram sekaligus kejayaan & keberkatan hidup
mudah mendampingi.
Formula seperti :
>> The power of SEDEKAH. Bagaimana sedekah
menjadi teknik terbaik menjemput rezeki & mengelakkan punca duit selalu 'bocor'
& cepat kering.
>> The power of SUJUD. Bagaimana apabila
anda kerap sujud kepada Tuhan, Dia akan pastikan segala yang kita inginkan
mudah 'sujud' kepada kita.
>> The power of SERVICING OTHERS. Bagaimana
sikap suka membantu orang lain mampu mendatangkan kebahagiaan hidup yang lebih
bermakna, lebih besar ertinya dari memiliki 10 'Ferrari'.
>> The power of SUNNAH. Bagaimana sunnah
Rasul membantu anda mencapai kejayaan bukan setakat di akhirat tetapi di dunia
lagi.
Pembaca juga boleh meziarahi blog ini
Semoga anda yang menziarahi blog saya mendapat hidayah
dan dipermudahkan dalam segala urusan.
InsyaAllah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan