Isnin, 24 Ogos 2015

BUKU ILMIAH ( Bertanya Allah Dahulu)


Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google

Alhamdulillah, saya dapat menghabiskan pembacaan buku ilmiah yang bertajuk “ Bertanya Allah Dahulu. Penawar Buat Peragu Rezeki”. Bagi saya buku ini perlu ada untuk koleksi anda sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan kita. Buku motivasi ini mengandungi banyak maklumat untuk mendidik hati kita sentiasa mengingati dan mendahului Allah dalam setiap perkara.

Penulisan anak muda yang bernama Cik Insyirah  Azhar sangat memberi kesan kepada saya bahawa amalan bertanya Allah dahulu dalam setiap tindakan yang  kita lakukan,  kurang dipraktikkan. Hakikatnya, kita sendiri sering lalai, lupa dan mudah melakukan kesilapan untuk beriman dengan sepenuh hati kepada Allah. Perasaan tidak yakin dan ragu-ragu petanda diri kita perlu sentiasa bermuhasabah diri.

Penulis  juga telah menitikberatkan supaya kita belajar memperbaiki dunia dalaman kita, melebihi daripada dunia luaran. Sentiasa berusaha memperbaiki keyakinan kepada Allah melebihi dunia luaran kita semata-mata.  Kebanyakan masa kita dengan mencari manusia lain untuk luahkan perasaan/masalah. Sedangkan Allah Yang Maha Mendengar sentiasa ada bersama kita untuk dengar segala masalah kita.

 Saya kongsikan ringkasan buku BAD ini kepada ada.

  
TeknikBAD hanyalah sekadar sesi dialog dengan Allah. Antara hamba dan Pencipta. Seperti kita berbual dengan manusia. Namun, sesi dialog ini adalah lebih premium dan eksklusif antara hamba dan Pencipta.

Ada beza antara monolog (bercakap dengan diri sendiri) dan bercakap dengan Allah. Ketika kita marah, andai saat itu kita bercakap dengan Allah, insya-Allah kita akan rasa lebih tenang.

Berbeza dengan monolog, bercakap dengan diri sendiri. Yang seterusnya berkemungkinan besar diperdaya oleh syaitan, untuk terus-menerus mengeluarkan kemarahan itu seperti baling barang dan sebagainya.

Adakalanya kita perlu menjadi seorang kanak-kanak (walau saat ini kita adalah orang tua) apabila berdialog dengan Allah. Seperti ketika kita masih kecil. Adakalanya kita bercakap dengan Dia. Menjadikan Allah sebagai sahabat yang akrab untuk kita luahkan segalanya.

Cuma, kehadiran buku ini, hanya sebagai ulang kaji, bahawa aktiviti berdialog dengan Allah, telah lama kita tinggalkan. #KisahSuksesBAD, ia kelihatan seperti sesuatu yang baru orang tahu tentang berdialog dengan Allah.

Semoga dengan ini saya dan rakan-rakan dapat lebih 'berkomunikasi' dengan Allah.
Insyaa Allah, hidup kita akan lebih tenang dan bahagia.

** Saya hanya ingin berkongsi, tiada tujuan lain
** Spread the dakwah, utuhkan ukhwah, tonggak pembangunan ummah

** Credit to saudari Insyirah Azhar www.wrthrough.com

1 ulasan:

  1. Salam Sis Norhayati.
    Memang seronok baca tulisan saudari Insyirah ni. Saya pun pernah baca BAD, tapi versi ebook :)

    BalasPadam