Selasa, 24 November 2015

TIP MUDAH UNTUK SURI BEKERJAYA



ANDA PERNAH MENGALAMINYA???


Setiap individu yang bekerja atau  yang bergelar surirumah memang mudah untuk mengalami satu simpton dalam diri iaitu sikap MALAS .Bagi suri-suri  yang bekerja seperti saya, kadang kala waktu di pejabat terasa begitu lambat sekali,rasa macam tak sabar untuk menunggu waktu pulang. Namun begitu, sebagai pekerja yang makan gaji dilarang  sama sekali menunjukkan sikap malas kita kepada orang lain.  Apa kata hari ni saya kongsikan kepada anda tip paling mudah untuk atasi sikap MALAS anda ditempat kerja.

Berikut adalah perkara yang boleh anda lakukan untuk atasi sikap malas:

1.         Amalkan doa .
Doa adalah senjata mukmin seperti mana Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya:
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Ghaafir 40:60)
Allah s.w.t sendiri telah memberikan jaminan bahawa Dia nescaya akan memperkenankan doa hamba-hambanya. Sama ada cepat atau lambat hasilnya itu tidak penting, yang penting kita sebagai hamba melakukan apa yang telah Allah s.w.t sarankan kepada kita.
“Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari kedukaan dan kesusahan, perasaan lemah, malas dan kebakhilan”.

2.         Ingat matlamat atau sasaran anda
Anthony Robbins seorang pakar motivasi terkenal di Amerika telah menulis dalam bukunya, ‘People are not lazy. They simply have impotent goals - that is, goals that do not inspire them.’ Maksudnya, ‘manusia tidak malas. Mereka sekadar memiliki matlamat yang mati – iaitu matlamat yang tidak merangsang diri mereka’.
Persoalannya sekarang bagaimana untuk kita mempunyai matlamat yang merangsang diri?
-Kongsikan matlamat dan impian anda dengan orang lain. Sentiasa ingat IMPIAN BESAR anda.

3.         10 minit keemasan!
Sekiranya anda malas maka cuba katakan pada diri anda bahawa anda bukan mahu belajar satu jam pun, tetapi anda hanya mahu belajar selama 10 minit sahaja. Tetapi syaratnya, dalam masa 10 minit ini anda MESTI berikan yang terbaik. Tumpuan anda mestilah 100%, anda juga perlu baca dan faham sungguh-sungguh dan buat catatan tentang apa yang anda baca. Anda juga perlu firkirkan kembali apa yang telah anda baca dan cuba ceritakan semula pada diri anda apa yang anda faham.

4.         Banyak membaca bahan motivasi
Memperbanyakkan membaca buku-buku motivasi yang mampu mencetuskan pemikiran positif dan merangsang diri untuk berubah menjadi rajin. Setidak-tidaknya bacalah artikel- artikel motivasi yang pendek-pendek yang boleh anda cari dengan mudah dalam internet.
Baca juga kisah-kisah kejayaan orang lain kerana apa yang dibaca itu nanti mampu memberikan inspirasi untuk anda turut berjaya seperti mereka. Malah mungkin melebihi pencapaian mereka dan ini bukanlah sesuatu yang mustahil.


5.         Rehat dan tidur yang cukup
Malas akan terbit apabila badan terasa lemah dan letih. Oleh itu rehat dan tidur yang cukup adalah satu cara yang boleh diambil bagi mengatasi rasa malas.

6.         Riadah
Ada ketikanya anda rasa malas sebab tiadanya aktiviti fizikal yang membolehkan darah dan oksigen berjalan lancar dalam badan. Cubalah libatkan diri dengan pelbagai aktiviti riadah dan anda pasti akan dapati tubuh badan yang segar menjana semangat belajar yang tinggi.

7.         Berkawan dengan orang yang positif
Tingkah laku dan sikap anda banyak dipengaruhi oleh kawan-kawan anda. Sekiranya anda berkawan dengan mereka yang positif, yang mahu belajar dan sering berbincang tentang tugas yaag diberikan, maka lama-kelamaan sikap positif ini akan mempengaruhi diri anda juga.

8.         Amalkan teknik pernafasan
Ada ketikanya anda rasa malas sebab oksigen yang dibekalkan ke otak berkurangan. Otak memerlukan 25% daripada bekalan oksigen yang dihantar ke badan untuk berfungsi dengan baik. Sebab itulah apabila kita baru sahaja selesai makan makanan yang berat seperti nasi maka diri terasa malas kerana sebahagian besar oksigen digunakan untuk menghadamkan makanan. Satu cara yang boleh dilakukan ialah tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan beberapa kali. Anda serta merta akan terasa lebih segar.



(Dipetik dari buku Motivasi Alihan Pelajar tulisan Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd.)

Semoga ianya bermanfaat kepada diri anda untuk sentiasa bersemangat dan berjaya.


Jumaat, 20 November 2015

TAMAR COCOA



TAMAR COCOA

Alhamdulillah. Permintaan Tamar Cocoa sentiasa ada. Saya kongsikan maklumat dengan anda “KHASIAT TAMAR COCOA”. Semoga ia menjadi pilihan kepada anda untuk mencuba dan merasai kelazatan minuman ini. InsyaAllah..

Kandungan:
Tamar (kurma) adalah sejenis tumbuhan palma atau bahasa saintifiknya, Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh di makan samada masak atau mentah.
Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8% hingga 2.0%, serat 2.0% hingga 4.0%, manakala kandungan gulanya 50% hingga 57% glukosa. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang di serap tubuh adalah serta-merta.

koko atau nama saintifiknya Theoborma cacao. Serbuk koko adalah produk yang di hasilkan bersama lemak koko sebagai bahan terakhir dalam pemprosesan buah koko.
Di anggarkan 100 gram serbuk koko mengandungi pelbagai zat yang diperlukan tubuh manusia termasuklah 10% lemak, 22.4% protein, 46.7% karbohidrat, 2.8% theobromina dan pelbagai vitamin iaitu A, B, D dan E. coklat mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.

Senergi antara Tamar dan Cocoa menjadikan dua sumber ini bertambah khasiat.


Fungsi:
Membantu masalah kesihatan seperti :-
Stress - Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan (stress)
Anemia - Kurma dgn zat besi sesuai bagi orang yg mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah). Malah wanita yang mengalami haid yg terlalu banyak setiap bulan jugak memerlukan zat besi.
Kulit - Koko melambatkan proses penuaan.
Tekanan Darah Tinggi - Kandungan salasilat (sejenis zat yg menyerupai aspirin) dalam kurma boleh bertindak spti ubat kerana ia mampu mencegah pembekuan darah dan jugak bertindak sebagai anti keradangan menurunkan tekanan darah.
Sembelit - Kurma membantu masalah usus & sembelit.
Dan sebagainya - Kaya dengan khasiat protein serat, glukosa, vitamin A&C, sodium serta potassium.

Kelebihannya:
Tamar Cocoa sesuai dengan lapisan umur bermula 2 tahun dan dapat mengurangkan masalah kesihatan yang anda sedang alami malah menjadi minuman kesihatan rutin harian anda.


Terdiri daripada 3 bentuk :
1. Pek 900g
2. Pouch Bag (20 sachet)
3. Gantung/papan (20)


Harga:
Harga pengguna SEMENANJUNG =RM22.00

Bagi anda yang belum cuba dan mahu cuba Tamar Cocoa ni, jangan ragu-ragu. Confirm lazat.


Buat tempahan sekarang dengan huhungi saya,

DELIVERY AREA-NILAI/SALAK TINGGI
Yatie Whatsapp/sms 012-7482126
Email:yatie6264@yahoo.com.my



Khamis, 19 November 2015

AMALAN DI WAKTU PAGI

ALHAMDULILLAH..

5 Cara Berlatih BERSYUKUR
1. Latih diri untuk bersyukur setiap saat .
2. Latih diri untuk mudah Berterima Kasih.
3. Latih diri untuk mudah Memberi
4. Latih diri untuk menyantuni mereka yang kurang bernasib baik
5. Latih diri untuk bersyukur dengan memperbanyakkan amal soleh.
(Buku 21 Formula Hidup Luar Biasa)

Hari ni kita masih lagi diberi peluang  meneruskan kehidupan. Amalan kesihatan yang terbaik untuk diri sendiri di waktu pagi ialah dengan mengambil air kosong sebagai rutin harian kita. Biasanya saya akan minum segelas air putih sebelum saya mandi pagi bagi meningkatkan kecergasan serta saya juga tidak ketinggalan menyediakan sebotol air untuk dibawa ke tempat kerja sebagai bekalan.

Pengambilan minuman air kosong ini sebenarnya mempunyai manfaat dan faedah. Antaranya  adalah mengembalikan kemudaan, senang cerita semakin awet muda lah. Malah tidak sedikit juga pengamal perubatan menyarankan untuk minum air putih 6 sehingga 8 gelas sehari dengan tujuan menyingkirkan toksin dalam badan, mengawal berat badan, melancarkan peredaran darah dan paling penting menggantikan cairan tubuh yang hilang semaca beraktiviti seharian.

Manakala bagi mereka yang sedang berdiet, banyakkanlah minum air kosong ini. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.


Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda menjaga kesihatan diri diperingkat awal. Mulakan hari-hari anda dengan sebaik mungkin..

Sumber: google

Rabu, 18 November 2015

AL HADDAD MARKETING

Teks: Norhayati Mohd Nooh

Kali ini saya ingin berkongsi satu produk yang sangat sesuai untuk seisi keluarga. Ianya adalah satu produk keluaran BEST MUSLIM FOOD. Mesti anda semua pernah dengar produk daripada keluaran Al Haddad Marketing di pasaran tempatan.  Jenama yang  dimiliki dan diusahakan oleh Usahawan Islam yang berjaya. Saya sekeluarga sentiasa menyokong segala produk-produk keluarannya. Mungkin  cara ini kita dapat beramal dengan membeli sambil beribadah. InsyaAllah..

Antara informasi yang saya perolehinya mengenai syarikat tersebut ialah:

Al Haddad Marketing mengeluarkan dan memasarkan produk HALAL & TOIYYIBAH. Produk yang dikeluarkan telah dikilangkan dalam persekitaran IMP. Apakah yang dimaksudkan dengan IMP ialah  singkatan bagi  Islamic Manufacturing Practice iaitu Amalam Pengilangan Islam. IMP  adalah satu garis panduan pengeluaran secara Islam bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah halal,suci dan bersih melalui garisan panduan yang ditetapkan.Ciri-ciri pengeluarannya adalah para pekerja mestilah beragama Islam,dalam keadaan suci dari hadas,sentiasa berwudhu dan pengeluaran dilaksanakan dalam suasana keislaman seperti adanya bacaan ayat Alquran,Zikir dan sebagainya.


Ini adalah antara contoh gambaran produk-prodok keluran Al Haddad Marketing.


Jenis-jenis produk

Kesemua produk yang diperkenalkan ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. InsyaAllah penulisan akan datang saya akan cuba membantu menghuraikan segala  kelebihan produk tersebut. 

Mari kita sama-sama menyokong produk muslim.

&

Menjana pendapatan dengan Al Haddad Marketing










Isnin, 16 November 2015

MEMBINA NAMA PERNIAGAAN

Teks: Norhayati Mohd Nooh



Berpeluang untuk mendaftarkan nama syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) adalah satu pengalaman yang sangat berharga. Niat untuk mendaftar  syarikat seringkali tertangguh akibat kekangan masa dan sikap diri sendiri yang tidak serius  menyebabkan saya lewat untuk mendaftar walaupun sudah 2 tahun saya menjalankan aktiviti perniagaan kecil-kecilan tanpa mendaftar syarikat.
Alhamdulillah, kali ini Allah mempermudahkan  segala urusan saya. Semoga ianya langkah permulaan kepada saya untuk lebih fokus kepada perniagaan yang saya lakukan dan semangat baru untuk berusaha dengan giat lagi meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga.

Pemilihan nama “YANZ GLOBAL ENTERPRISE” menjadi pilihan saya. Ianya adalah singkatan nama saya dan suami yang sama-sama berminat melakukan perniagaan ini.Saya cuba senaraikan jenis-jenis perniagaan yang akan saya fokuskan. Bagi anda yang masih belum mendaftarkan syarikat sebaik-baiknya lakukannya sekarang. Namakan perniagaan anda dengan nama anda sendiri.

MENGAPA?

v  Syarat utama untuk membina jenama yang hebat adalah memberi nama yang unik kepada perniagaan anda. Nama anda sendiri adalah unik dan terbaik.
v  Perniagaan yang mudah diingat adalah perniagaan yang mempunyai personaliti. Anda adalah personaliti perniagaan anda sendiri.
v  Perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang membina perhubungan. Manusia membina perhubungan dengan manusia dan bukan sekadar nama perniagaan yang tidak ada kena mengena.

Semoga  usaha dan matlamat yang kita impikan dapat tercapai. Biar  ianya bermula perlahan-lahan dan berterusan bagi menampakkan hasil kejayaan pada masa hadapan. Bina sikap positif dalam diri.

Keep Going!!!!!!










Rabu, 11 November 2015

PROSES PENGURUSAN PERNIAGAAN BERMULA


Teks: Norhayati Mohd Nooh

Assalamualaikum  

"Bekerja" untuk Allah dahulu, sebelum memulakan sebarang urusan setiap hari.Alhamdulillah hari-hari yang berlalu sungguh bermakna dalam kehidupan saya. Tanamkan sifat dalam diri  bersangka baik dengan Allah dalam setiap tindakan yang kita lakukan kerana rezeki yang kita perolehi adalah rahsia Allah untuk hambanya.

Misi saya masih lagi diteruskan dalam menjual pelbagai jenis kerepek. Namun sejak kebelakangan  ini, keutamaan tugasan kerja di pejabat menyebabkan saya tidak dapat menumpukan penulisan di blog. Hakikatnya, saya hanya menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan bersama suami bagi mengisi masa lapang kami. Perasaan seronok  kini mula terasa apabila kita dapat melihat pretasi perniagaan kita dari masa ke semasa. Saya dapat belajar untuk mencapai untung yang kecil dahulu. InsyaAllah segala usaha yang saya lakukan biarlah ianya berterusan.

Kini saya mula mengorak langkah dan belajar dalam pengurusan bekalan niaga saya dan pengurusan kewangan. Saya pastikan bahawa saya boleh melihat peningkatan perniagaan saya dalam masa 6 bulan dari sekarang untuk memastikan perniagaan ini boleh mencapai keuntungan atau tidak. Pengalaman yang lepas membuatkan saya berhati-hati dalam setiap perkara yang melibatkan kewangan perniagaan.

Antara perkara asas dalam penyimpanan rekod perniagaan saya:-
v  Suntikan modal permulaan perniagaan. Biasanya kita akan keluarkan modal  sendiri sebagai permulaan dalam membeli barang-barang perniagaan. Anggaran kos yang terlibat akan saya perincikan satu persatu.
v  Asingkan segala duit perniagaan. Simpan setiap resit keluar masuk yang telah diterima atau digunakan. Ini sebagai bukti pembelian kita. Biasanya saya sediakan tabung perniagaan sendiri dahulu sebelum kita membuka akaun syarikat di bank.
v  Kos Belian & Kos Jualan.  Perlu diambil kira bagi memastikan kita tidak mengalami kerugian. Setiap perkara perlu direkodkan dengan terperinci. Item seperti Tarikh, Perkara, Kuantiti dan Harga kos perlu dicatatkan. Sediakan Buku Lejar sebagai panduan ringkas kita untuk memastikan keluar masuk duit perniagaan kita. Hasil jualan juga perlu dianalisa mengikut mingguan dan bulanan.
v  Perbelanjaan lain-lain.  Ini melibatkan perbelanjaan untuk membeli kelengakapan perniagaan kita. Perlu disenaraikan satu persatu mengikut keutamaan.
v  Ambilan untuk kegunaan peribadi. Wajib direkodkan.


Sumber: Carian Google




















Ini adalah perkara yang asas saya lakukan sendiri. Mungkin ada yang lebih baik dalam perakaunan perniagaan mereka. Bagi yang baru bermula, fokus untuk kembangkan perniagaan dan banyakkan cash sales anda. Gunakan sistem menyimpan rekod yang mudah dahulu.

Semoga berjaya!


Selasa, 3 November 2015

THANKFUL FOR NOVEMBER




Tahun ini terasa bagai setiap bulan berjalan sangat cepat. Tak terasa sekarang sudah berganti bulan, dari Oktober menuju November. Oktober telah berlalu. Dan biarlah yang lalu berlalu, sekarang kita sambut awal bulan Nobember ini dengan harapan baru. Dalam pergantian bulan ini, tentunya banyak hal yang ingin dicapai, banyak harapan yang ingin  dilakukan, dan banyak doa yang ingin diucapkan kepadaNya, tentunya untuk kebaikan menyambut datangnya bulan November.

Bagi saya bulan November adalah antara bulan kasih sayang kami. Semua insan tersayang saya akan menyambut bulan kelahirannya pada bulan November. Kami adik beradik mesti teringat kenangan yang lalu menyambut sambutan hari lahir  bersama mak dan abah secara serentak pada bulan November. Kini sudah 4 tahun arwah abah meninggalkan kami semua. InsyaAllah kami adik beradik akan sentiasa mendokan arwah abah mendapat rahmat disana.

Setiap perancangan Allah ada hikmahnya, ia gantikan dengan suami dan bapa mentua yang penyayang, Suami saya berkongsi tarih lahir yang sama dengan ayahnya pada 21.November ini. Alhamdullilah kami bahagia..Semoga bulan ini, saya dapat meluangkan masa bersama mereka yang saya sayangi dunia dan akhirat.

Semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dengan izinNya.