Khamis, 29 Oktober 2015

TIPS SURI BEKERJAYA

Teks: Norhayati Mohd Nooh


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari ini hari Khamis, minggu terakhir bulan oktober. Terasa pantas masa berlalu dan kita akan melangkah masuk bulan yang baru..Hari ni saya perlu bersemangat untuk menyelesaikan kerja yang ditetapkan. Bila dipandang masih banyak lagi dokumen yang bertimbun-timbun masih tidak disentuh lagi.. maka bagi menghilangkan tekanan saya mengambil masa yang sedikit ini dengan menulis catatan blog. InsyaAllah saya berdoa semoga saya mampu menyelesaikannya..

Bagi anda yang masih bekerja..inilah cabaran yang perlu kita hadapi. Pembahagian masa amat perlu diseimbangkan antara Bekerja dan Berniaga.
Saya kongsikan tip kerja pejabat
1. Sampai pejabat, kemas meja yang bersepah. Kertas dan kerja yang bersepah di meja akan serabutkan lagi masalah
2. Cantas semua fikiran negatif. Banyakkan berdoa selalu
3. Listkan semua yang terlintas di minda dan kerja yang perlu diselesaikan.
4. Pilih semua kerja yang hanya melibatkan anda.
5. Delete task yang tak berkenaan
6. Berikan keutamaan kerja yang perlu diselesaikan.
7. Buat satu persatu sampai siap.
8. Lakukan sekarang. Jangan bertangguh.













Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam. InsyaAllah




Isnin, 26 Oktober 2015

MENGGANDAKAN PENDAPATAN MELALUI DROPSHIP


Peningkatan kos sara hidup yang tinggi memaksa kita untuk sentiasa berjimat cermat dari segi aspek pengurusan kewangan. Tambahan pula bagi anda yang menjalankan perniagaan, setiap  kos yang terlibat perlu diambil kira bagi mengelakkan sebarang bentuk kerugian. Perniagaan Dropship adalah pilihan terbaik untuk menggandakan pendapatan anda.

Terdetik dihati ini ketika masa lapang yang ada ini dengan memberi ulasan mengenai permulaan perniagaan tanpa memerlukan modal yang besar. Bagi anda yang berminat untuk mencuba, kita mulakan dengan berjinak-jinak  dengan perniagaan dropship(Bisnes Tanpa Modal).Alhamdullilah saya telah cuba lakukannya dan sehingga kini saya sentiasa belajar dan belajar ilmu pemasaran daripada mentor saya.


GAMBAR- Sumber cariaon google

Konsep Dropship.
Merupakan konsep menang-menang(win-win) yang perlu ada anda ambil peluang kerana anda tidak perlu keluarkan modal. Sekadar ayat-ayat yang memukau bagi menarik pembaca menjadi pembeli. Segala urusan pembungkusan dan pos semuanya dilakukan oleh pemilik produk dropship tersebut. Tiada kos sewa kedai, Tiada kos pos dan tiada kos belian barangan – hanya mengaut keuntungan atas angin. Modal hanyalah usaha dan masa.


Mengapa saya menjadikan pilihan buku sebagai Dropship :-
v  Saya suka membaca buku ilmiah, cara ini membolehkan  saya  berkongsi minat yang sama kepada pembaca diluar sana untuk mendapatkannya.
v  Kos permulaan dan risiko yang minimum. Sekiranya produk atau pasaran khusus yang kita pilih tidak membawa keuntungan.kita boleh pilih kepada produk-produk yang lain.
v  Kita boleh menjual pelbagai jenis buku yang boleh memberi manfaat kepada pembeli.
v  Kita tidak perlu menyimpan bekalan stok yang banyak.
v  Kita tidak perlu menanggung kos penghantaran dan pembungkusan.
v  Membantu pembeli menjimatkan masa.
v  Proses pemasaran yang sangat mudah.


InsyaAllah, semoga apa yang kita usahakan ini boleh membawa hasil dan kejayaan pada masa akan datang. Jangan berputus asa dalam setiap tindakan yang kita lakukan,.


Isnin, 19 Oktober 2015

GOODIES KEREPEK PILIHAN


Teks: Norhayati Mohd Nooh

Alhamdulillah... percubaan kali pertama menerima tempahan goodies  bagi kerepek bawang telah dapat disempurnakan. Sebenarnya ini adalah  pengalaman kali pertama kami membuat pembungkusan goodies untuk sesebuah majlis kenduri kahwin. Kebiasaanya saya lebih kepada jualan secara kecil-kecilan.  Perasaan sungguh seronok dapat kami rasakan setelah tempahan ini disiapkan dalam jangka masa yang singkat. Semoga tempahan goodies ini akan sentiasa berterusan buat kami sekeluarga. Perkongsian kali ini saya huraikan dengan anda apa yang dikatakan dengan goodies kenduri kahwin.

Apa itu goodies kenduri kahwin
Ianya lebih  kepada Istilah cenderahati  dalam bentuk  Doorgift / Goodies Bag kahwin sebagai buah tangan tetamu yang hadir di majlis tersebut. Dahulu kita lihat adanya pemberian bunga telur pada majlis kenduri kahwin kepada tetamu, tetapi sekarang mengikut arus kemodenan dan arus semasa, mereka lebih senang memberi goodies atau doorgift pada para tetamu mereka. Kita boleh lihat kebiasaannya goodies kenduri kahwin ialah mengikut kreativiti masing - masing atau mengikut bajet yang disediakan. Pelbagai jenis bentuk dan corak serta isi dalaman goodies itu tadi. Ada yang memberi dalam bentuk barangan contoh seperti mug,cawan dan sebagainya. Ada juga goodies dalam bentuk makanan seperti cup kek, biskut dan juga aneka kerepek.


Goodies Kerepek Bawang

Kenapa anda perlu menjadikan goodies kerepek kami sebagai pilihan
1)      Barangan kami adalah universal-sesuai dimakan pada bila-bila masa dan sesuai untuk golongan kanak-kanak dan dewasa.
2)      Menyediakan aneka kerepek seperti kerepek bawang atau kerepek ubi yang dijamin sedap dan ranggup.
3)      Dapat menjimatkan masa pembungkusan. Kami menyediakan perkhidmatan pembungkusan dalam kuantiti yang banyak. Pelbagai pilihan pembungkusan mengikut citarasa anda.
4)      Harga yang berpatutan dan penghantaran percuma di kawasan berhampiran.

Jika anda masih tercari-cari produk yang sesuai untuk melengkapkan majlis istimewa anda kami sedia membantu. Semoga usaha kecil saya ini boleh memudahkan proses kerja atau urusan anda.

DELIVERY AREA-seremban-bangi-kajang-putrajaya- -KL -shah alam-(kalau ada permintaan)
HARGA BORONG: sila call/sms/pm 012-7482126
Kepada yang berminat boleh berhubung terus kepada saya.


Jumaat, 16 Oktober 2015

MUHASABAH DIRI

Kesusahan mengajak kita RAPAT dengan Al-QURAN
**********************************************************
Bismillah.
Saya masih ingat lagi tatkala hidup saya sering di uji, sebenarnya pada saat itulah saya mula rapat dengan Al-Quran. Sebelum itu bukan saya tidak membacanya, tetapi saya tidak kisah untuk ambil tahu tentang tafsir dan maksud terjemahan kalam Allah.
Katakanlah: “Siapakah yang dapat melindungi kamu daripada (ketentuan) Allah jika Dia mengkehendaki bencana atasmu atau mengkehendaki rahmat untuk dirimu?” Mereka itu tidak akan mendapatkan pelindung dan penolong selain Allah.” (Al-Ahzab 33 : 17)
Tatkala membaca firman Allah di atas, barulah saya sedar bahawa Allah mahu saya belajar yakin bahawa setiap ujian yang menimpa hidup saya itu sebenarnya itu adalah kehendak Allah.
Allah yang Maha Menguruskan lebih tahu kenapa dan mengapa saya harus lalui ujian itu, untuk belajar yakin dan memperbaiki iman saya untuk benar-benar bergantung harap dan memohon pertolongan hanya kepada Allah.
Alhamdulillah! Masya-Allah! Bila saya lalui hari-hari yang sukar, Al-Quran saya ambil dan perlahan-lahan saya membukanya dan menjadi tempat saya merujuk. Al-Quran benar-benar hidup!
Tatkala membaca tafsir Al-Quran air mata saya berlinangan dan kadang-kadang saya menangis teresak-esak atas setiap pesanan kasih sayang yang Allah sampaikan melalui Kalam Suci.
*****
Izinkan saya memetik kata-kata Hadrat Hasan Basri r.a:
“Orang pada zaman dahulu meyakini bahawa Al-Quran itu adalah perintah Allah SWT. Sepanjang malam mereka memikir dan merenung tentang kandungannya dan pada waktu siang mereka beramal dengannya. Sementara kamu bersungguh-sungguh membetulkan sebutan huruf-huruf dan baris-baris huruf tersebut tetapi kamu tidak meyakini al-Quran sebagai perintah Tuhan dan tidak juga kamu merenung dan memikirkan kandunganal-Quran”
*****
Kerana itulah Allah mengilhamkan saya untuk memasukkan bab 16: Al-Quran adalah Rakan Terbaik dan bab 29: Mengundang Kesenangan dengan Al-Quran dalam buku Bersama Kesusahan Ada Kesenangan. Moga beroleh manfaat. Insya-Allah.

(sumber : penulis buku bersama kesusahan ada kesenangan)

Khamis, 15 Oktober 2015

HALA TUJU BISNES ONLINE

Teks: Norhayati Mohd Nooh
















Memulakan bisnes online bukanlah perkara mudah jika kita tiada ilmu pengetahuan.Tindakan pertama ialah  dengan membuat penilaian sesuatu produk. Berfikir sebelum bertindak supaya hasil yang diperolehi boleh menjana pendapatan kita sekeluarga. InsyaAllah..

Antara faktor yang perlu dipertimbangkan untuk memulakan perniagaan online ialah:
1)Mengenalpasti perniagaan anda lakukan halal atau haram?
Periksa sama ada perniagaan yang bakal anda lakukan menepati ciri-ciri yang dibolehkan dalam agama. Anda wajib siasat perkara ini dahulu sebelum memulakan perniagaan anda. Pastikan juga ia mematuhi peraturan negara. Barulah rezeki yang diperolehi halal untuk dimakan seisi keluarga

2) Menentukan jenis  perniagaan di internet.
Anda perlu fikir apa jenis perniagaan yang anda ingin jalankan secara online. Adakah perniagaan anda melibatkan penjualan barang (produk fizikal)? Adakah anda ingin menjual servis (perkhidmatan) atau anda hanya sebagai agen dropship. Semua ini perlu diberi perhatian bagi memastikan anda tidak lari dari matlamat asal.

3)Belajar pelaksanaan rancangan perniagaan.
Anda juga perlu memikirkan rancangan perniagaan yang bakal anda lakukan. Berapa modal yang anda perlu untuk memulakan perniagaan? Berapakah potensi keuntungan yang anda mahukan? Bagaimana dengan strategi pemasaran anda secara online?Belajar untuk membina tapak online.

4)Persediaan tempat kerja dan alatan.
Di manakah anda ingin lakukan perkerjaan anda? Jika di rumah, pastikan anda menyediakan ruang yang selesa untuk anda lakukan semua pekerjaan anda. Pastikan semua peralatan anda cukup seperti komputer, line internet yang berkelajuan tinggi, printer dan mungkin mesin faks. Bagi yang masih bekerja, pembahagian masa perlu seimbang antara bekerja dan berniaga. Ia bergantung kepada perancangan anda.

Semoga kita berusaha bersama-sama kearah kejayaan. 


Rabu, 14 Oktober 2015

DUNIAKU POSITIF

Teks: Norhayati Mohd Nooh

Selamat menyambut Maal Hijrah 1437H
















Alhamdullilah menginjak kita ke tahun baru Islam. Semoga tahun ini membawa perubahan positif ke dalam diri dan memberi sejuta kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita. Semoga Allah swt memanjangkan umur kita,memurahkan rezeki, mengampunkan dosa-dosa silam kita.Saya mengharapkan agar sambutan maal hijrah kali ini bukan sekadar sebagai ritual, bukan sekadar menyambut dengan ikut-ikutan, bukan dengan tulis azam demi azam.

Tetapi hijrah kali ini untuk mengosongkan diri,gali sedalam2nya untuk diisi dengan ilmu. Permulaan yang baik untuk kita mula berhijrah, daripada kurang baik kepada yang lebih baik. Daripada lebih baik, kekal istiqomah melakukannya.
Moga-moga Allah permudahkan usaha kita untuk melakukan kebaikan dan penghijrahan.


Kerana mahalnya sebuah HIJRAH.
 “Dan sesiapa yang berHIJRAH pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam),      nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berHIJRAH yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berHIJRAH kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala HIJRAHnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [an-nisa’:100]


Rabu, 7 Oktober 2015

PERMULAAN BISNES OFFLINE KEPADA ONLINE

Teks: Norhayati Mohd Nooh

Menjalankan perniagaan secara offline adalah permulaan saya berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Saya lebih kepada menjual produk fizikal terus kepada pengguna. Bagi saya pada ketika itu cara pemasaran sangat mudah, hanya menjual tapi sebenarnya saya silap terdapat  lagi kaedah yang lebih mudah untuk menjalankan perniagaan yang tidak saya ketahui. Perniagaan offline sebenarnya lebih banyak cabaran dan risiko yang perlu diambil kira sebelum memulakan perniagaan. Setelah mengalami dan merasai sendiri pengalaman tersebut baru saya sedar saya perlu berubah untuk mengembangkan perniagaan saya.

Alhamdulillah, saya sudah mencuba mengaplikasikan perniagaan saya ini kepada medium online pada musim perayaan yang lalu. Walaupun banyak kekurangan dalam bidang teknologi, itu bukan alasan untuk saya tidak belajar. Saya telah nekad untuk belajar perkara baru dan perlu mengorak langkah daripada berada di zon selesa. Dalam pemikiran saya kenapa saya tidak mula mengabungkan aktiviti perniagaan saya kepada kedua-dua medium perniagaan daripada berniaga secara offline kita berubah sedikit kepada online pulak. Produk yang kita jual adalah tetap sama sahaja. Pastinya cara ini akan memberi sedikit impak yang lebih tinggi.

Sebagai contoh saya telah menjual Biskut Bangkit, melalui medium offline pasaran untuk saya menjual adalah terhad pada satu-satu daerah sahaja serta kos yang tinggi untuk pengiklanan bagi memasarkan produk tersebut. Berbanding dengan menjalankan pemasaran online pasaran lebih luas dan kita boleh memasarkannya di keseluruhan Malaysia. Kos pemasaran juga rendah dan hampir tiada. Dengan cara ini saya berpontensi untuk mendapatkan pelanggan luar dari tempat tinggal. Nampak mudah tapi tidak ramai yang ingin mencuba.

Terdapat  banyak kelebihan jika kita boleh gabungkan perniagaan ini. Saya boleh menjual produk saya pada bila-bila masa dan tiada tempoh terhad untuk menjual berbanding jika kita fokus perniagaan offline tempoh menjual hanya pada masa tertentu sahaja. Maka dengan ini pilihan di tangan anda dan amatlah rugi jika kita tak menggunakan kesempatan yang ada untuk berjaya. Gunakan kreativiti anda untuk  berjaya di dunia dan akhirat. 


                                                         -Berniaga biarlah dari hati.-

Isnin, 5 Oktober 2015

PENGALAMAN PEMBELIAN ONLINE

Teks: Norhayati Mohd Nooh

Alhamdulillah, syukur pada Allah Yang Maha Pengasih & Pemurah
Sama-sama kita bersyukur & berdoa hari ini adalah hari yang terbaik dari hari semalam.
Jadi pengalaman & cabaran hari semalam untuk mematangkan kehidupan kita dalam mencari Redha Yang Maha 'Adil.

Hanya menggunakan internet, segalanya menjadi mudah di jari anda. Tidak dapat dinafikan, penggunaan internet masa kini semakin meluas. Jaringan komunikasi dapat dilaksanakan dengan mudah dengan adanya perhubungan internet. Permulaan saya berniaga hanya secara offline, kini timbul minat saya untuk mengembangkan perniagaan saya secara  online. Secara jujurnya saya bukanlah pembeli yang suka membuat pembelian secara online. Sebenarnya saya tidak yakin dengan produk yang dipaparkan secara maya. Kepuasan untuk membeli secara online tidak sama dengan membeli secara fizikal kerana kita tidak boleh membelek-belek barangan tersebut,tidak nampak  kualiti barangan, harga yang ditawarkan agak mahal dan takut  mudah ditipu jika barangan yang dipesan tidak menepati citarasa serta  tidak sampai mengikut masa penghantaran. Faktor –faktor ini membuatkan saya langsung tidak berminat untuk membuat sebarang pembelian secara online.

Namun, hati saya tergerak untuk membeli secara online pada tahun lepas. Cuba anda bayangkan daripada tak berminat, saya boleh terpengaruh dan berubah untuk membuat pembelian secara online. Seterusnya melakukan pengulangan belian terhadap barangan tersebut.  Pembelian pertama saya secara online adalah membeli tudung. Saya boleh tertarik jenis-jenis tudung  hanya di sebuah blog. Paparan blog tersebut boleh menarik hati saya cair untuk mendapatkan produk tersebut seterusnya membeli. Pada ketika juga kawan-kawan di office juga sibuk membuat pembelian online. Barangan yang menjadi pilihan mereka seperti pakaian, beg tangan, barangan komestik dan alat-alat make-up. Bayangkan bagaimana pengaruh blog dan facebook  boleh menjadi tumpuan menarik pelanggan. Oleh itu, fakta yang mengatakan kuasa pembelian barangan adalah wanita paling tinggi adalah BENAR sama sekali.

Dengan blog maklumat dapat dikongsikan kepada jutaan pengguna internet seluruh dunia. Tidak seperti laman web informasi seperti Wikipedia atau yang seumpama dengannya, blog memberikan perkongsian maklumat dengan cara yang lebih kreatif dan menarik bergantung kepada kreativiti dan teknik penulisan anda. Dengan ini pembaca dapat membaca entri, berkongsi maklumat dan info dengan cara yang lebih santai dan menarik.















Kami buka pendaftaran setiap hari. Mula daftar dan belajar hari ini
==============================
Di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR), kami menawarkan 2 kelas blog:
1) Kelas Asas Blog dan Penulisan

2) Kelas Asas Mula Bisnes Online

Khamis, 1 Oktober 2015

KEREPEK BAWANG- BISNES OFFLINE


Teks: Norhayati Mohd Nooh

Assalamualaikum..
Terima kasih buat anda yang sudi menziarahi blog saya dan sentiasa bersemangat untuk menjalankan perniagaan.

Idea bisnes offline  masih lagi saya teruskan di pasaran ketika ini  dengan menjual  kerepek. Bagi saya pilihan ini adalah tepat memandangkan modal permulaan ini kecil dan boleh dilakukan di rumah sahaja. Kita boleh membuat pembungkusan dengan cara yang mudah. Ada banyak jenis pilihan kerepek di pasaran yang menjadi tumpuan anda yang ingin menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan seperti kerepek ubi, pisang, keladi atau sukun.

Antara banyak pilihan kerepek yang saya jual untuk pembungkusan kecil-kecilan, kerepek bawang menjadi pilihan. Bagi saya kerepek bawang yang saya bekal kepada anda paling sedap dimakan di tekak saya.  Kerepek bawang ini berbeza kerana rasanyanya yang ranggup, nipis dan sedap. Bila dah mengunyah,sukar untuk berhenti.

Sedikit info kerepek bawang



















Tentang kerepek bawang ialah tidak diperbuat sepenuhnya dari bawang tetapi kenapa ia diberi nama kerepek bawang disebabkan oleh jalur lapisan permukaan kerepek sama dengan bentuk hirisan dalaman sebiji bawang.
Istilah kerepek pula adalah dari segi potongan dan hirisan nipis yang dibuat serta diproses untuk menjadi kerepek bawang. Ia adalah salah satu kerepek kesukaan saya kerana mempunyai rasa sedikit pedas dan ranggup sesuai sebagai kudapan untuk sebarang majlis dan boleh juga dijadikan cenderahati atau goodies kahwin perayaan dan sebagainya.


Tempahan kerepek bawang

Jika ingin membuat tempahan kerepek bawang untuk majlis tertentu atau perayaan boleh hubungi @ whatapps saya.(012-7482126)

Harga yang kami tawarkan sangat berpatutan dan sesuai bagi sesiapa yang ingin memborong dari kami.

Bagi saya usaha kecil yang saya laksanakan  ini boleh dihabiskan sehingga selesai  mengikut perancangan apa yang sudah kita mulakan. Yang penting mesti istiqamah dan konsisten. Rezeki Allah Maha Luas dan Allah Maha Kaya. Pohon dan berdoa bersunguh-sungguh denganNya.

-Berniaga biarlah dari hati.-