Jumaat, 28 Ogos 2015

KEMERDEKAAN, Segalanya bermula disini..

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google



Salam Jumaat dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 58 tahun. Saya panjatkan kesyukuran pada Allah,negara kita masih berada dalam keadaan aman, harmoni  dan bebas daripada kuasa penjajah.

 Saya tertarik dengan tajuk yang diberikan dalam program Bicara Wahyu  yang dianjurkan oleh  Unit Bahagian Pendidikan Islam mengenai “Kemerdekaan. Segalanya bermula disini”.

Umumnya , kita sedia maklum bahawa kemerdekaan membawa maksud perubahan daripada keadaan sukar kepada ketenangan. Dalam konteks ini, Segalanya bermulanya disini bermaksud kita perlu menilai diri kita sendiri samaada masih berada pada tahap lama ataupun sudah bebas@ merdeka.   

Maka, disini kita renunglah dan cuba ambil sedikit masa untuk muhasabah diri. Luangkan sedikit masa untuk refleksi diri kita. Tanya pada diri , “Apa yang aku mahu ubah?” , “Apa yang akan terjadi jika aku tidak berubah?” dan “Apa yang saya dah buat untuk negara?” Sebutkan jawapan-jawapan tersebut hingga didengari oleh telinga kita sendiri. Berusahalah untuk memajukan anak bangsa kita dengan mendidik mereka untuk hidup berlandaskan syariat Islam dengan berpegang teguh  kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah. InsyaAllah..Semoga  kaedah ini dapat membantu anda kearah kebaikan dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Semoga Hari Kemerdekaan ke-58  yang berpaksikan semangat Sehati Sejiwa ini akan membuka dimensi baharu dalam menyemai semangat cintakan tanah air yang jitu dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya golongan muda selaku pewaris kepimpinan negara di masa depan.


Khamis, 27 Ogos 2015

PERNIAGAAN OFFLINE( SIRI 2)


Teks: Norhayati Mohd Nooh

Saya ingin meneruskan coretan saya pada kali ini dengan berkongsi pengalaman menjalankan perniagaan offline yang saya jalankan.  Kita sedia maklum bahawa perniagaan offline terdiri pelbagai jenis produk fizikal yang boleh anda jualkan. Sekitar tahun 2013, saya  bersama suami pernah memulakan perniagaan menjual  selipar  serta pakain t-shirt  lelaki di Uptown Putra Nilai. Pengalaman berniaga secara sambilan di Uptown membawa kenangan suka dan duka buat kami berdua.

Penglibatan kami bermula apabila kawan mengajak mencuba berniaga disamping  saya melihat kemeriahan pengunjung yang datang terlampau ramai pada setiap hari  sejak uptown di kawasan itu dibuka. Kami terasa teruja untuk terlibat sama menyertainya.

Bila bercakap mengenai up town@ down town, sebenarnya saya suka pergi ke tempat tersebut.Melihat ramai peniaga bersaing secara sihat untuk mempromosikan produk mereka. Pelbagai jenis jualan boleh didapati , mudah untuk aktiviti tawar menawar,dan harga yang dikenakan berpatutan. Waktu operasi perniagaan juga sehingga ke larut malam dari 9.00mlm sehigga 2.00 pagi.

Alhamdulillah, kami dapat menjalankan operasi perniaagaan tersebut hanya selama 5 bulan sahaja. Hal ini kerana  hasil jualan semakin berkurangan akibat kemerosotan pengunjung untuk datang. Kesukaran untuk menigkatkan jualan disamping terpaksa menanggung kos sewaan  tapak yang mahal. Akhirnya kami terpaksa mengambil keputusan untuk menutup. Namun bagi saya, peluang untuk berniaga tetap ada. Kami pernah memasuki jualan karnival di Tapak Ekspo USIM, Jualan Dataran Nilai pada hujung minggu serta Bazar Ramadhan  walaupun ianya hanya sementara sahaja.

 Bagi anda yang berminat mencuba berniaga di Uptown,fikirlah sebaik mungkin dan perlulah
  • Bersedia  dari segi fizikal dan mental kerana perlu sanggup bersusah dahulu buat permulaannya. Hati kena kental dan sentiasa tebalkan muka untuk promosikan barangan.Aktiviti pemunggahan sering dibuat.
  • Jangan laburkan modal yang besar . Ada kalanya peniaga terlampau ghairah dengan membeli terlampau banyak stok. Lihat keadaan pasaran@ pengunjung  dahulu di kawasan baru bagi mengelakkan menanggung kos kerugian yang tinggi.
  • Tengok  dahulu komitmen penganjur untuk menaikkan tapak tersebut.  Ada setengah penganjur hanya ingin mengaut keuntungan sahaja dengan mengenakan kos sewaan tapak yang mahal. Ini menyebabkan peniaga sukar untuk bertahan lama.
  • Bersabar  menerima keadaan cuaca yang tidak menentu.Contohnya, bila musim hujan lebat, air mudah masuk ke khemah. Maka barangan tidak boleh simpan di khemah terlampau banyak.
  • Mempelengkapkan ilmu pegetahuan  serta carilah mentor yang berjaya untuk berkongsi ilmu dunia perniagaan ini.

 Pengalaman ini banyak mengajar saya selok belok tentang perniagaan,mungkin ini kelemahan saya dahulu yang  cetek ilmu perniagaan. Saya tetapkan dalam hati jangan mengaku kalah. Saya bersyukur masih mendapat sokongan moral daripada keluarga.

Melaksanakan perniagaan ini membuatkan saya benar-benar TAWAKAL kepada Allah sebab rezeki adalah RAHSIA Allah untuk kita.

InsyaAllah. Semoga penulisan kali ini memberi manfaat buat anda.

Rabu, 26 Ogos 2015

PENCETUS SEMANGAT ANDA

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google


Hidup perlu bersemangat.  Dalam setiap hari yang anda lalui haruslah ada perasaan ini kerana tanpanya, akan layu dan suramlah kehidupan. Bagaimana mahu memperolehinya? Mudah saja sebenarnya. Hanya melalui pembacaan, anda mampu mencetuskan semangat dan inspirasi dalam diri.

Mengapa perlu membaca??

Melalui pembacaan kita akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Budaya membaca telah lama dipupuk sejak anak-anak kecil lagi kerana ada pepatah menyebut “Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya”.  Pada masa kini  pelbagai bahan bacaan mudah diperolehi yang mana boleh menggalakkan untuk anda membaca dan mendapatkan ilmu.

Berbalik kepada topik diatas, saya sebenarnya suka membaca tak kiralah majalah ,buku ilmiah atau artikel suratkhabar. Bagi saya membaca membawa ketenangan jiwa dan boleh boleh memberi  aura positif dalam diri. Umpamanya sewaktu saya berasa  sangat sedih, putus asa dan tiada keyakinan utuk melakukan tugasan.  Bukulah yang menjadi teman untuk membantu menaikkan semangat kepada saya. Melalui pembacaan saya dapat sumber kekuatan dalaman dan inspirasi.
 Antara buku yang boleh dikongsikan dengan anda:
 


















Dalam buku ini, ada 21 formula yang boleh anda gunakan untuk menjadikan hati lebih tenteram sekaligus kejayaan & keberkatan hidup mudah mendampingi.

Formula seperti :

 >>   The power of SEDEKAH. Bagaimana sedekah menjadi teknik terbaik menjemput rezeki & mengelakkan punca duit selalu 'bocor' & cepat kering.

 >>   The power of SUJUD. Bagaimana apabila anda kerap sujud kepada Tuhan, Dia akan pastikan segala yang kita inginkan mudah 'sujud' kepada kita.

 >>   The power of SERVICING OTHERS. Bagaimana sikap suka membantu orang lain mampu mendatangkan kebahagiaan hidup yang lebih bermakna, lebih besar ertinya dari memiliki 10 'Ferrari'.

 >>   The power of SUNNAH. Bagaimana sunnah Rasul membantu anda mencapai kejayaan bukan setakat di akhirat tetapi di dunia lagi. 
Pembaca juga boleh meziarahi blog ini


Semoga anda yang menziarahi blog saya mendapat hidayah dan dipermudahkan dalam segala  urusan. InsyaAllah..

Selasa, 25 Ogos 2015

PENGUSAHA BISKUT BANGKIT

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google

Selamat Hari WANITA . Semoga hari ini mendatangkan kebaikan buat anda.  

Saya nak kongsikan kegigihan golongan wanita yang dapat mengusahakan perniagaan Biskut Bangkit sehingga  berjaya. Saya juga antara peniaga yang bertuah kerana boleh mendapatkan bekalan biskut  disana sehingga membolehkan saya melakukan pemasaran di Nilai, Negeri Sembilan.


Pn Siti Raya memperluaskan perniagaan kuih bangkit yang diusahakan sejak dua dekad lalu di rumahnya di pekan Rengit, Batu Pahat, Johor




Tidak dimakan waktu, nama dan rasa biskut-biskut lama itu lebih melekat berbanding puluhan biskut moden yang ada di pasaran pada hari ini.
Permintaan yang tinggi terhadap biskut tradisi menyebabkan  Pn Siti Raya Bachok, 53, tidak teragak-agak untuk memperluaskan perniagaan kuih bangkit yang diusahakan sejak dua dekad lalu di rumahnya di pekan Rengit, Batu Pahat, Johor.

Kuih bangkit yang masih mengekalkan rasa tradisi itu menjadi buruan para pemborong di seluruh negara terutama menjelang hari raya.Tahun ini sahaja, tidak kurang 20,000 balang pelbagai jenis kuih bangkit yang bersaiz kecil dan besar habis dijual kepada pemborong. Jumlah itu sentiasa meningkat saban tahun.

Beroperasi di bahagian anjung hadapan rumah, Siti Raya baru sahaja membuka ruang pameran untuk enam jenis kuih bangkit yang dihasilkan.Ini bagi membolehkan orang ramai yang datang ke kedainya untuk melihat sendiri pemprosesan kuih bangkit yang dibantu 10 pekerja itu.

Beliau  hanya menfokus kepada kuih bangkit sahaja, namun permintaan terhadap kuih itu sentiasa meningkat. Pelanggan setia dari dahulu sentiasa datang setiap tahun untuk mendapatkannya.
Beliau juga berasa yakin dan tidak bimbang dengan persaingan terutama biskut yang lebih moden kerana pasaran untuk biskut tradisi tetap ada.

Walaupun, saya tidak mahir dalam segi pembuatannya, namun niat dan usaha membantu memasarkan jualan ini sememangnya dituntut sebagai saling membantu  memajukan Industri Kecil dan Sederhana(IKS) kita di Malaysia.

Semoga coretan kali membantu anda mengambil peluang menceburi bidang perniagaan ini.

DELIVERY AREA- seremban-bangi-kajang-putrajaya- -KL -shah alam-(kalau ada permintaan)
HARGA BORONG: sila call/sms/pm 012-7482126

Kepada yang berminat boleh berhubung terus kepada saya. Jadikan ni langkah permulaan anda untuk mulakan perniagaan.

Artikel Penuh:  http://www.kosmo.com.my/kosmo/


Isnin, 24 Ogos 2015

BUKU ILMIAH ( Bertanya Allah Dahulu)


Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google

Alhamdulillah, saya dapat menghabiskan pembacaan buku ilmiah yang bertajuk “ Bertanya Allah Dahulu. Penawar Buat Peragu Rezeki”. Bagi saya buku ini perlu ada untuk koleksi anda sebagai rujukan dan panduan dalam kehidupan kita. Buku motivasi ini mengandungi banyak maklumat untuk mendidik hati kita sentiasa mengingati dan mendahului Allah dalam setiap perkara.

Penulisan anak muda yang bernama Cik Insyirah  Azhar sangat memberi kesan kepada saya bahawa amalan bertanya Allah dahulu dalam setiap tindakan yang  kita lakukan,  kurang dipraktikkan. Hakikatnya, kita sendiri sering lalai, lupa dan mudah melakukan kesilapan untuk beriman dengan sepenuh hati kepada Allah. Perasaan tidak yakin dan ragu-ragu petanda diri kita perlu sentiasa bermuhasabah diri.

Penulis  juga telah menitikberatkan supaya kita belajar memperbaiki dunia dalaman kita, melebihi daripada dunia luaran. Sentiasa berusaha memperbaiki keyakinan kepada Allah melebihi dunia luaran kita semata-mata.  Kebanyakan masa kita dengan mencari manusia lain untuk luahkan perasaan/masalah. Sedangkan Allah Yang Maha Mendengar sentiasa ada bersama kita untuk dengar segala masalah kita.

 Saya kongsikan ringkasan buku BAD ini kepada ada.

  
TeknikBAD hanyalah sekadar sesi dialog dengan Allah. Antara hamba dan Pencipta. Seperti kita berbual dengan manusia. Namun, sesi dialog ini adalah lebih premium dan eksklusif antara hamba dan Pencipta.

Ada beza antara monolog (bercakap dengan diri sendiri) dan bercakap dengan Allah. Ketika kita marah, andai saat itu kita bercakap dengan Allah, insya-Allah kita akan rasa lebih tenang.

Berbeza dengan monolog, bercakap dengan diri sendiri. Yang seterusnya berkemungkinan besar diperdaya oleh syaitan, untuk terus-menerus mengeluarkan kemarahan itu seperti baling barang dan sebagainya.

Adakalanya kita perlu menjadi seorang kanak-kanak (walau saat ini kita adalah orang tua) apabila berdialog dengan Allah. Seperti ketika kita masih kecil. Adakalanya kita bercakap dengan Dia. Menjadikan Allah sebagai sahabat yang akrab untuk kita luahkan segalanya.

Cuma, kehadiran buku ini, hanya sebagai ulang kaji, bahawa aktiviti berdialog dengan Allah, telah lama kita tinggalkan. #KisahSuksesBAD, ia kelihatan seperti sesuatu yang baru orang tahu tentang berdialog dengan Allah.

Semoga dengan ini saya dan rakan-rakan dapat lebih 'berkomunikasi' dengan Allah.
Insyaa Allah, hidup kita akan lebih tenang dan bahagia.

** Saya hanya ingin berkongsi, tiada tujuan lain
** Spread the dakwah, utuhkan ukhwah, tonggak pembangunan ummah

** Credit to saudari Insyirah Azhar www.wrthrough.com

PAKSA DIRI UNTUK BERUBAH..

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google
                                                                                               

Pemilihan tajuk ini sebagai motivasi kepada diri saya untuk berubah kearah kebaikan kerana saya sedar saya tidaklah sempurna. Banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dalam kehidupan yang kita lalui. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengubah diri kita sekiranya kita sendiri tidak berusaha. Jika terdetik disanubari anda untuk berubah. Teruskanlah. Jangan jadikan faktor sekeliling membuat niat anda terhenti.Justeru itu, yakin dan cuba kita memaksa diri untuk berubah demi perubahan kearah lebih cemerlang.

Mengikut pandangan saya, ianya melibatkan faktor dalaman seseorang yang ada potensi untuk maju dan berjaya namun ia belum berupaya mengembangkan disebabkan terdapat halangan dalam hidup disamping menghadapai masalah yang kompleks.

InsyaAllah, mari kita sama-sama mencuba untuk melakukan TINDAKAN  LUAR BIASA bermula hari ini dengan:-

v  Mempelajari Kemahiran baru
v  Kuasai bidang yang disukai
v  Sentiasa memaksa diri untuk berfikiran positif
v  Bergaul dengan lingkungan orang berjaya
v  Berani menampilkan potensi diri
v  Sentiasa konsisten@ istiqamah dalam tindakan

Perumpamaan Inggeris ada menyebut  “ IF WE DO WHAT WE LOVE, THEN MONEY WILL FOLLOW YOU”, maka kita cuba usahakan apa yang kita minat.

Semoga saya saya dapat memberi semangat yang positif kepada anda.InsyaAllah kita sambung entri seterusnya.


Jumaat, 21 Ogos 2015

BUKU ILMIAH

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google


Salam Juma’at, Penghulu segala hari. Saya doakan anda yang menziarahi blog saya mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah. Hari ini saya ingin memberi ulasan tentang buku Bekerja & Berniaga Panduan Kejayaan Untuk Suri. Buku ini merupakan salah satu buku motivasi bisnes yang "MUST HAVE & MUST READ" bagi mereka yang sedang mencari-cari bagaimana untuk bermula dalam bisnes.

 Melaui pembacaan yang saya perolehi, dapat saya simpulkan bahawa perkara yang penting sebelum memulakan sesuatu perniagaan ini adalah NIAT sebenarnya apa yang kita hendak capai. Perkara ini adalah langkah permulaan sebelum kita melalui proses berikutnya. MATLAMAT yang jelas @ realistik perlu dihuraikan dengan terperinci bagi memudahkan TINDAKAN yang mantap dapat dilaksanakan. Antara daripada kesan disetiap penulisannya ialah kita perlu memerlukan sesuatu dalam keadaan selesa dan bukan tersedak, perlu berhijrah daripada zon selesa.

Saya suka dengan gaya penulisan yang cuba disampaikan kepada setiap pembacanya dengan bahasa yag mudah difahami, ringkas dan ilmu yang padat berdasarkan perkongsian maklumat serta pangalaman yang telah penulis laluinya.

Alhamdulillah!! Terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan. Semoga Puan Azura Abdullah terus maju dan hasilkan lebih banyak buku berbentuk motivasi begini.

Semoga perancangan yang  kita laksanakan mendapat RAHMAT dan LINDUNGAN daripada Allah S.W.T. InsyaAllah..Semoga dipermudahkan segalanya dengan izinNYA.

Khamis, 20 Ogos 2015

PERNIAGAAN OFFLINE

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google

Penulisan kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman menjalankan perniagaan secara offline yang pernah saya jalankan. Perniagaan offline yang saya jalankankan ialah menjual Biskut Raya semasa di musim perayaan yang lepas. Boleh dikatakan saya juga masih baru dalam dunia perniagaan ini, banyak yang perlu saya belajar dan mengutip ilmu daripada mentor yang telah berjaya demi meningkatkan hasil jualan saya pada masa akan datang.

Saya cuba kongsikan dengan anda perkara yang perlu ditekan semasa menjalankan perniagaan ini. Bagi saya kita perlu membuat persediaan dari awal lagi terutama sebelum,semasa menjelang perayaan dan selepas musim perayaan.

Antara langkah yang boleh diberi perhatian:-

  1)Sebelum Musim Perayaan
 Waktunya adalah sebelum mula bulan Ramadhan untuk kita berpuasa. Pada ketika ini, saya sudah  menyiapkan sample jualan untuk diagihkan kepada pengguna saya bagi mencuba dan merasai kualiti  biskut yang saya jual. Saya mula memberitahu dan mempromosikan kepada kawan-kawan di pejabat dan jiran tetangga. Dengan kaedah ini,  kita  boleh membina rangkaian perhubungan bagi memperkenalkan produk yang kita jual di pasaran. Usah berasa takut untuk bertindak.

 2) Menjelang Musim Perayaan
Apabila kita sudah bersedia untuk berniaga, perkara yang perlu ditekankan adalah tetapkan matlamat dan target jualan yang mampu untuk kita jual.  Jalankan sedikit promosi dikalangan kawan-kawan melalui media sosial dan melantik dealer@agent untuk sama-sama menjual biskut raya. Selain itu, penting untuk mendapatkan pembekal bagi mendapatkan stok yang banyak dengan kos yang minimum.

3) Selepas Musim Perayaan
Pastikan adanya menyimpan lebihan biskut raya yang sedikit bagi memudahkan pembeli membuat pengulangan belian terhadap produk kita. Perkara penting adalah usaha dan kesungguhan, yang merangkumi kesungguhan itu ialah kemahuan mempelajari sesuatu. Daripada tidak tahu kepada tahu. InsyaAllah, saya rasa anda boleh melakukan lebih baik daripada saya.

Semoga perkongsian ini membantu pembaca untuk membuat perancangan dimasa akan datang. InsyaAllah, semoga dipermudahkan urusan di dunia & akhirat.


BISKUT BANGKIT

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google

 










Ternyata biskut tradisional sejak zaman berzaman  ini tidak pernah mati. Apa yang menariknya, kini begitu banyak teknik membuatnya. Bahkan pelbagai bentuk dan variasi rasanya.  Bagi anda yang menyukai biskut  ini, pasti sedar permintaan biskut  Bangkit cukup mendapat perhatian pada Hari Raya yang lalu. Rasanya yang manis, lemak dan ranggup itu membuatkan ada yang merasa menjadi ketagih untuk mengunyahnya!



NAMA BISKUT: BANGKIT SANTAN ORIGINAL
HARGA: RM20 sebotol termasuk kos penghantaran










Bangkit Santan masih lagi mendapat permintaan  ramai kerana adaya pembeli yang tersendiri. Keaslian biskut ini tradisional masih dikekalkan. Rupanya yang gebu, sangat rapuh dan  mudah cair dimulut. Biskut ini adalah homemade sendiri dari Kampung Rengit, Batu Pahat.






NAMA BISKUT: BANGKIT CHEESE
HARGA: RM25 sebotol termasuk kos penghantaran









Namun, biskut bangkit Cheese tidak ketinggalan mendapat perhatian dan permintaan yang menggalakkan. Ramuannya telah divariasikan mengikut citarasa golongan muda , mempunyai kelainan ramuan dari segi  rasanya yang sedap dan mudah cair di mulut. Boleh juga dijadikan pemanis mulut @ “doorgift” untuk majlis-majlis keramaian.


DELIVERY AREA-seremban-bangi-kajang-putrajaya- -KL -shah alam-(kalau ada permintaan)
HARGA BORONG: sila call/sms/pm 012-7482126
Kepada yang berminat boleh berhubung terus kepada saya. 

Jadikan ni langkah permulaan anda untuk mulakan perniagaan.

InsyaAllah..saya sedia membantu. SELAMAT MENCUBA



Rabu, 19 Ogos 2015

Bersangka baik

 Bismilahirramannirrahim..

Mari kita mulakan hari kita dengan cas2 positif dalam diri kita.

Berfikir tentang sesuatu yang mengembirakan kita & melakukan sesuatu yang membuatkan hati kita tenang &  berusaha menyenangkan orang-orang disekeling.
















Bersangka baik dengan Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan, InsyaAllah akan dipermudahkan  segala urusan kita. Allah akan makbulkan permintaan kita. Kerana Allah akan berurusan dengan kita berdasarkan sangkaan kita, oleh itu jom mulakan hari kita dengan SANGKAKAN yang baik denganNYA.

Mudah-mudahan semua urusan kita hari ini dipermudahkan & diberkati oleh Allah,



Selasa, 18 Ogos 2015

PERNIAGAAN MUSIM PERAYAAN

Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Carian google

Berniaga di musim perayaan. Topik ini menarik perhatian saya untuk berkongsi dengan anda semua. Saya boleh dikategorikan sebagai “ Peniaga Bermusim” sahaja, selepas raya saya tidak lagi menjalankan aktiviti berniaga. Namun pengalaman ini sangat indah dan menjadi satu memori buat kami untuk dikenang kembali.

Idea berniaga di Tapak Bazar Ramadhan ini bermula apabila kawan suami mengajak kami berdua bersama-sama berniaga. Pada ketika itu, kami belum ada produk yang menarik untuk dijual sehinggalah En Suami mengajak saya  mencuba berniaga berasaskan manisan seperti aneka puding. Bagi saya, aneka puding juga boleh menarik pelanggan untuk membeli sekiranya mempunyai kualiti rasa yang sedap dan variasi yang pelbagai ,malah manisan jenis  ini tahan lama untuk disimpan ditempat sejuk.

Disamping itu, saya  mempelawa kawan-kawan yang ingin berniaga untuk sama-sama mencuba menjual produk mereka. Niat saya ingin membantu mereka mendapatkan pendapatan sampingan seterusnya dapat mempelbagaikan jenis barangan di gerai kami. Kita semua perlu mencuba melakukan sesuatu dan berani bertindak kerana jika kita mempunyai idea tapi tiada tindakan,maka usaha itu hanyalah sia-sia. Yakinlah untuk memulakan tindakan pertama kerana perkara lain akan menyusul dengan izinNya.

Alhamdullilah pada tahun ini, kami masih meneruskan aktiviti berniaga di Bazar Ramadhan yang berdekatan dengan rumah. Lokasi yang dekat ini memudahkan En suami memunggah barangan ke tempat berniaga.Saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana hasil air tangan kami berdua mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembeli. Pengalaman yang paling seronok apabila pelanggan yang sama sentiasa mengunjungi gerai kami pada setiap hari dan jalinan silaturrahim antara peniaga dapat dikekalkan sehingga kini.

Bagi saya perkara penting adalah NIAT @ TUJUAN kita laksanakan perniagaan ini. Semoga suatu hari nanti saya dapat memasarkan produk yang memberi manfaat kepada pembeli. InsyaAllah Rezeki Ramadhan yang saya dapat akan saya agihkan sebaik mungkin bagi mendapat keredhaan ALLAH.
Oleh itu, berniaga di musim perayaan adalah antara perniagaan yang boleh kita mulakan secara kecil-kecilan kerana terdapat banyak jenis perniagaan yang boleh dilakukan seperti berniaga pakaian, aksesoris dan makanan yang mana ianya menjadi tumpuan pembeli di musim perayaan.

Akhir sekali  saya kongsikan 6 tips yang saya amalkan.
1. Niat berniaga kerana ALLAH Taala.
2. Yakin bahawa rezeki daripada Allah.
3. Set matlamat dan target yang jelas.
4. Berdamping dengan golongan yang berjaya dan positif.
5. Tambah ilmu (ilmu akhirat dan dunia).
6. Bersedia dari segi fizikal & mental.


Saya doakan anda yang menziarahi blog saya dipermudahkan urusan didunia & akhirat. Semoga entri kali ini memberi manfaat kepada semua.

Tapak Bazar Ramadhan Nilai

Jumaat, 14 Ogos 2015

SALAM PERKENALAN


Teks: Norhayati Mohd Nooh
Foto: Norhayati Mohd Nooh


Alhamdullilah, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah atas nikmatNya kerana  masih diberikan limpahan kasih sayang, diberikan nikmat kehidupan yang baik, masih boleh untuk  berubah, masih boleh memperbaiki diri, masih boleh mencari rezeki, serta masih boleh bersama dengan orang tersayang. Sesungguhnya, saya berasa teruja untuk memulakan sesi penulisan diblog ini sebagai langkah permulaan untuk mengasah bakat terpendam ini. InsyaAllah saya cuba memberi  perkongsian yang menarik dan terbaik dalam setiap  penulisan saya.

Nama penuh saya Norhayati Binti Mohd Nooh. Yatie @ yan adalah singkatan nama saya dikalangan kawan2 dan ahli keluarga. Berasal dari Kluang, Johor dan sekarang menetap di Nilai, Negeri Sembilan .Penghijrahan saya ke Nilai bermula sejak awal  kami mendirikan rumahtangga. Disinilah tempat kami berdua mencari rezeki. Alhamdullilah,dapat jugak menyesuaikan diri ditempat orang, walaupun terasa  jauh jugak merantau.

Penulisan saya dalam blog ini sebagai platform untuk membina rangkaian perhubungan diantara sesama insan walaupun ianya dilakukan di alam maya.Perkembangan teknologi masa kini banyak membantu khususnya golongan wanita menjalankan perniagaan secara online seterusnya dapat menyumbangkan kepada ekonomi keluarga. Bagi saya masih belum terlewat untuk saya belajar berjinak2 dalam dunia blogging ini bagi menyampaikan saluran maklumat kepada pembaca diluar sana. Saya boleh dikategori sebagai seorang pendiam dan tidak pandai berkongsi secara percakapan, namun itu bukan halangan untuk saya berkongsi maklumat melalui kaedah penulisan.

Memandangkan saya masih berkerja, saya cuba untuk membahagikan masa yang ada dengan sebaiknya.  Saya memasang impian, alangkah seronoknya saya dapat menjalankan perniagaan yang saya minat hanya berkerja dirumah. Tapi buat masa ini agak mustahil untuk saya melakukan kerana keadaan kewangan kami sekeluarga yang masih belum stabil..InsyaAllah mungkin satu hari nanti impian saya boleh terlaksana dengan IzinNya.

Impian saya menyertai Akedemi Bekerja Di Rumah(ABDR) adalah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan bisnes online ini, maka saya memerlukan seorang mentor yang dapat memberi tunjuk ajar & bimbingan untuk berjaya dalam ABDR. Terima kasih Pn Anys Idayu binti Zakaria kerana memberi peluang untuk saya belajar bagi mengorak langkah lebih jauh lagi dalam dunia perniagaan melalui rangkaian online ini. Matlamat saya semoga perancangan yang saya buat ini dapat dipermudahkan oleh Allah S.W.T

Saya teringat petikan kata2  daripada usahawan wanita yang berjaya Pn Maria Firdaus  “ Siapa kita HARI INI ,adalah HASIL daripada apa yang kita telah PILIH 5-10 tahun yang lalu, dan apa yang kita PILIH HARI INI bakal menentukan SIAPA KITA 5-10 akan datang.  Jadi buatlah PILIHAN yang tepat” .
Semoga entri pertama saya ini dapat memberi manfaat kepada pembaca diluar sana dan kita semua berada dalam lindungan rahmat Allah S.W.T supaya Allah lorongkan hati kita untuk memilih yang terbaik dalam semua pilihan yang ada dalam hidup kita. InsyaAllah…
.
Terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa membaca coretan saya ini dan harapan saya semoga usaha yang sedikit ini boleh menjadi rujukan kepada semua.